SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 16 Ogos 2016

HAPPT BIRTHDAY NOR HANI QAISARAH TURN-5

Selamat Hari Lahir anak mama Nor Hani Qaisarah ke 5 tahun.
Alhamdulillah permintaan Hani mama cuba untuk kabulkan, nak menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di Tadika Pasti Al-Falah. Dari Hani berumur 4 tahun mama dengar permintaan Hani ni, tapi Hani belum faham Hari Lahir bukan setiap bulan tapi setahun sekali sahaja. kebetulan tarikh 4.7.2016 jatuh pada bulan puasa minggu ke-3 :) Hani kena bersyukur tau sebab tak semua orang mampu nak buat sambutan hari jadi. Ni kira Hani bertuah sangat sebab mama baba pun tak pernah buat sambutan Hari lahir masa kanak-kanak.

hasil perbincangan dengan mualimah class Hani, mama setuju untuk buat beramai-ramai dengan murid seramai 75 orang dari 4 buah kelas. Ramai-ramai lagi seronokkan. Lagipun tahun ni Hani dapat 2 biji kek coklat hahahaaa dan yang paling penting kek tu sedap hahhaha. Aku sediakan juga makanan tambahan macam hot dog dan nugget. Rupanya budak-budak lebih suka hit dog ye :)

Hani potong kek dengan mama, tapi sebenarnya dalam hati mama sedih. Dah besar rupanya anak aku ni. Anak yang dulu dimanja2 sekarang dah beruisa 5 tahun T-T


Sebelum sesi memotong kek, anak-anak Pasti kena makan makanan yang disediakan oleh pihak sekolah than barulah sambutan hari jadi boleh dimulakan. Ni kisah susunan gambar dah salah ni hhahaha..


Lepas nyanyian dan ucapan hari lahir Hani dah dibuat, mama dah sediakan sedikit goodies untuk kawan-kawan Hani. Seronok tengok kawan-kawan Hani teruja dengan goodies tu :)


Ni terselit gambar Adam yang sama-sama teruja bila tengok ramai kanak-kanak lain yang bermain disekeliling dia. Lucu pun ada melihat keterujaan Adam ni hahhahaha..


Atas ni goodies yang aku sediakan untuk kawan-kawan Hani. Aku memang tak sediakan sebarang junk food ye, sebab aku kurang gemar kalau anak aku sendiri makan makanan junk food ni. Hubby ada cadangkan bagi roti dan air kotak tapi aku decide bagi set alatan tulis ni je, senang dan tak renyah. Maklumla ada anak kecik..

Hani,
besarla harapan mama baba untuk melihat Hani membesar dengan sihat dan baik. Pandai menjaga diri dan sentiasa berusaha untuk berjaya dunia akhirat. Doa mama dan baba tak pernah putus untuk Hani. Mama Sayang Hani. Muah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan