SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 16 Ogos 2016

HAPPT BIRTHDAY NOR HANI QAISARAH TURN-5

Selamat Hari Lahir anak mama Nor Hani Qaisarah ke 5 tahun.
Alhamdulillah permintaan Hani mama cuba untuk kabulkan, nak menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di Tadika Pasti Al-Falah. Dari Hani berumur 4 tahun mama dengar permintaan Hani ni, tapi Hani belum faham Hari Lahir bukan setiap bulan tapi setahun sekali sahaja. kebetulan tarikh 4.7.2016 jatuh pada bulan puasa minggu ke-3 :) Hani kena bersyukur tau sebab tak semua orang mampu nak buat sambutan hari jadi. Ni kira Hani bertuah sangat sebab mama baba pun tak pernah buat sambutan Hari lahir masa kanak-kanak.

hasil perbincangan dengan mualimah class Hani, mama setuju untuk buat beramai-ramai dengan murid seramai 75 orang dari 4 buah kelas. Ramai-ramai lagi seronokkan. Lagipun tahun ni Hani dapat 2 biji kek coklat hahahaaa dan yang paling penting kek tu sedap hahhaha. Aku sediakan juga makanan tambahan macam hot dog dan nugget. Rupanya budak-budak lebih suka hit dog ye :)

Hani potong kek dengan mama, tapi sebenarnya dalam hati mama sedih. Dah besar rupanya anak aku ni. Anak yang dulu dimanja2 sekarang dah beruisa 5 tahun T-T


Sebelum sesi memotong kek, anak-anak Pasti kena makan makanan yang disediakan oleh pihak sekolah than barulah sambutan hari jadi boleh dimulakan. Ni kisah susunan gambar dah salah ni hhahaha..


Lepas nyanyian dan ucapan hari lahir Hani dah dibuat, mama dah sediakan sedikit goodies untuk kawan-kawan Hani. Seronok tengok kawan-kawan Hani teruja dengan goodies tu :)


Ni terselit gambar Adam yang sama-sama teruja bila tengok ramai kanak-kanak lain yang bermain disekeliling dia. Lucu pun ada melihat keterujaan Adam ni hahhahaha..


Atas ni goodies yang aku sediakan untuk kawan-kawan Hani. Aku memang tak sediakan sebarang junk food ye, sebab aku kurang gemar kalau anak aku sendiri makan makanan junk food ni. Hubby ada cadangkan bagi roti dan air kotak tapi aku decide bagi set alatan tulis ni je, senang dan tak renyah. Maklumla ada anak kecik..

Hani,
besarla harapan mama baba untuk melihat Hani membesar dengan sihat dan baik. Pandai menjaga diri dan sentiasa berusaha untuk berjaya dunia akhirat. Doa mama dan baba tak pernah putus untuk Hani. Mama Sayang Hani. Muah....

SEPUPU SEPIPIT FAMILY DAY 2016 (Part 2)


Day 2

Pagi-pagi bangun nak pergi mandi kolam, kolam keruh jadi HIJAUUUUUU. Hahahaaa. Disebabkan hal ni we all semua mencari tempat mandi manda kat area Melaka tu. Mena tidaknya muka anak-anak dah mula merengek tak dapat mandi.

Selepas habis mandi mandi, cari la shopping mall kat area sana. Nama tempat gagal di ingati. Mainla mak pak budak, tak terkecuali ibu mengandung hahhaaa. Hanya gambar selepas aktiviti sahaja yang mampu dikongsi. Okla dari takde kan.


Habis main terus mencari tempat makan dan atas permintaan aku. Aku nak makan Asam Pedas yang dikatakan sedapppp sangat dan nak makan dari masa mengandung Adam lagi. So pada pandangan lidah aku So So je la hahahaa. Sebab aku rasa ayah aku masak lagi sedap kot. Mungkin disebabkan masakan yang dimasak secara lump sum ni, mengurangkan kualit makanan tu sendiri. Walau apa pun, tetap bersyukur dapar merasa Asam Pedas Melaka ni.

Balik dari makan asam pedas, memasing dah tak sabar nak balik membongkang. Anak-anak pun dah ketiduran dalam kereta. Tapi sempat gak malam tu makan Maggie dulu untuk bebudak makan sambil layan TV yang tak berapa nak cantik pandangannya, tapi disebabkan masa masih awal layan gak la berkumpul ramai2 depan TV tu.

Day 3

Hari last memasing bangun lewat sikit. Tapi aku tengok laki aku dah lain, macam nak demam katanya. Bila di cek2, macam nak kena Chicken pop je, belek2 badan hubby sah berbonjol gelembung air di badan. Fine Hubby dah berjangkit dengan Hani. Get ready je lah untuk bercuti panjang selepas ni huhuhuhuuu.

We all check out jam 12 tengahari. Sebelum keluar posing sikit untuk kenangan di masa akan datang. Hopefully akan ada next Sepupu Sepipit Family Day. Harap sebarang kekurangan dalam menjayakan program ni dihalalkan ye. Yang penting kita semua enjoy dan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita..


WITH LOVE; Ketua program :)