SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 15 Julai 2016

SEPUPU SEPIPIT FAMILY DAY 2016 (Part 1)

Sepupu Sepipit ni sebenarnya sepupu-sepupu aku belah mak aku. Kitorang rapat dari zaman budak-budak, kawan keluar masuk parit kebun, main api, main panas, merayau semua benda yang budak kampung buat kitorang dah buat. Termasuk curi rokok lenteng poklong dan hisap hahaaa. Gile perangai perempuan-perempuan ni. Namun aku syukur disebabkan ni semua kami rapat dan sepupu-sepupu kenal antara satu sama lain. Alhamdulillah..

Al-kisah sebenar ni event ke tiga kami bersama cuma kali ni kami libatkan encik-encik suami dan anak-anak. Dan tujuan entry ni diwujudkan untuk buat kenangan anak cucu. So bertabahla kepada sesiapa yang meneliti entry aku ni. Takde niat lain selain dari untuk tatapan di masa akan datang. Chill k..

Tarikh : 6-8 Mac 2016 (3 hari 2 malam)
Tempat: Desa Balqis, Kuala Linggi,Melaka
Buget : RM500 Perfamily (Tak habis pon siap ada balance hihi)
Kehadiran :
Miah & Lufti, Salwa Hafiz Hani & Adam, Ani Azmi Aqila & Afiqa, Bedah Yus Haiqal & Rizqi, Imah & Nordin


Pengerusi Program : Aku hihihi
Bendahari : Aku
Menu BBQ : Azmi Ani
Tempahan Baju : Bedah Yus
Program : Miah Ima
Kudapan : Imah Aku
Cadangan bermalam : Yus

Punyer semangat kitorang siap buat baju family day lagi. Hurmm bila terpndang baju ni terbayang keseronokan masa yang dah diluangkan bersama. Kenangan betul..


Location berkumpul di R&R PD, bertolak sama-sama and sampai ke Desa Balqis dalam jam 1.00petang. Check in jam 2petang, disebabkan rumah belum sipa dikemas, we all makanla bekal yang dibawa di tepi pantai. Walaupun berlaukkan sambal sardin, kari sardin dan kangkong goreng dah sedap sangat dah tu hahhaha . Untuk makluman Desa Balqis terletak dihadapan pantai. Pict nak dishare takde, maklumla aku ni beranak kecik, so gambar yang ada ni pun dari hp mereka-mereka hihihii..

Dapat check in je, terus berehat dan mentedarah lagi. Hahaahaa takde keje betul makan je keje nye. Gambar mentedarah mcm hantu raya, takde jugak hehehee. Kat Desa Balqis ni aku amik Rumah Pakngah yang ada 5 bilik dan 2 bilik. So far aku boleh terima rumah ni airnya kecik kejap besar kejap kecik. Tapi bila 3 hari kitorang tunggu nak guna kolam mandi tapi tak boleh sebab air warna hijau lumut air tebu. Sedikit kecewa la, lebih kecewa bila anak-anak dah merengek siap menangis. Adoiii terus kecewa datang tak habis-habis. Sebab point pertama pilihan tempat bermalam adalah kolam mandi. So, nak ubat rasa kecewa nak-anak tu, second day kitorang di la mandi kolam air panas ke arah Melaka tu. Aku pon tak tau apa namanya. Time kitorang datang actually tempat tu belom buka sebab tempoh untuk cuci. Bila dah di pujuk dek Yus, diorang bagi masuk tapi ada tempat tak boleh masukla. Its ok, kitorang terima je janji anak-anak ada senyum. Sebabkan hal ni Azmi dok mintak aku refund kerugian kat pejabat pengurus hahhahahaa. Takpe lah bukan rezeki, mungkin masa tu keadaan betul-betul tak memihak kat kita..

Dalam around 4.00 petang start main 3 game. Stick Kiss, Betul ke Salah dan pusing & lari. 3 game pon dah macam orang gile hahhaaa. Tapi sayang no picture, sepipit mohon share gambar kalau ada ye. Yang ada dalam simpanan game Stick Kiss tapi sensor, berahi sangat hahhaa. Tak mampu nak tepek kat sini, hahhaha. Selesai acara game, sessi bertukar-tukar hadiah. Setiap orang kena sediakan hadiah bernilai RM10 dan diserahkan secara undian bernombor 1-10. Korang layan la gambar mak bapak budak yang tak berapa siuman penangai bila berjumpa, hahhahaaa. Sekali pandang macam tak empok pun ada wakakkakaa..


Kanak-kanak pun aku dah sediakan hadiah. Ye la, sian anak-anak ni. Tengok mak bapak seronok dapat hadiah dorang tengok je. Nah maklong dah sediakan hadiah sorang satu. Dari atas sebelah kiri Hani Haiqal Afiqah Aqilah, Bawa Adam dan Rizqi :) Sayang semua..

Malam acara BBQ, kredit to Mr. Chef Azmi. Tq sebab sudi jadi tukang masak kami. Dengan buget RM200 macam-macam menu dapat disediakan ayam bakar, kambing bakar, hot dog, spagetti carbonara, ikan bakar, sirap ais, sos black paper and sos pedas. Kami bagi 5 bintang hihihi. Menu yang paling winn KAMBING BAKAR. Pict menu tak dapat ambil, memasing sebok masak, jaga anak nangis, anak gaduh hahhahha macam-macam..


Malam tu memasing tido dalam kekenyangan, Alhamdulillah. Seronok bila dapat berkumpul sesama macam ni..

Nota kaki : I LOVE MY COUSIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan