SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 11 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA 2016


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari SH Family. Hafiz, Salwa, Hani & Harraz aka Adam. Hani pict dia takde sebab dia nak naik car dengan ayahmim dia hehehee..

Tahun ni dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya aku menyambut hari raya di kampung belah suami. Alhamdulillah walaupun keluarga belah suami tidak serami kerabat sebelah aku, yang ada pun cukup memadai. Cukup untuk memastikan Hari Raya disambut dengan penuh makna :)

Raya 1- Kampung Sijangkang
Raya 2- Kampung Sarang Buaya, Parit Jawa & Semerah
Raya 3- Sungai Balang, Pontian, Kukup & Kota Tinggi
Raya 4- Back to Home Sweet Home :)

Raya tahun ni aku buat kelainan sikit dengan gerak ke Johor malam raya pertama. Seronok jugak, jalan slow-slow sambil melayan lagu raya yang tak henti-henti walaupun terkadang muncul rasa bosan dengar lagu raya hahhaa. Dikesempatan ini aku mohon maaf atas kesalahan aku tidak sengajakan, dikala tangan menulis tanpa sedar mungkin aku ada mengguris hati sesiapa. Mohon ampun yang ikhlas dari aku yang tidak sesempurna mana.

Walaupun sambutan raya kali ni tidak memberi kegembiraan yang sepenuhnya kerana aku dan keluarga sedang diuji. Ku harap ujian ini datang untuk membawa seribu satu kebaikan dan rezeki yang halal melimpah ruah. Redha, berserah, tawakal, doa dan kata-kata positif sentiasa dititip sesama sendiri dalam memastikan kami sekeluarga mampu menerima ujian yang sedang dilalui. Ya allah semoga dengan berakhirnya Bulan Ramadhan dan Syawal yang penuh makna ini membawa sinar yang memberikan kelegaan kepada hati kami Ya Allah. Sesungguhnya kepada Mu tempatku bermohon :(

Family kecil ku. Semoga semua dipanjangkan usia dan kesihatan berpanjangan untuk terus bersama-sama menyambut hari lebaran pada tahun-tahun akan datang..

#6Syawal
#Dugaan2016
#KeluargaSH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan