SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 11 September 2015

MUHAMMAD HARRAZ B MOHD HAFIZ DOB 4 Jun 2016

Alhamdulillah. Syukur aku selamat bersalin anak ke 3 pada 4.6.2015 (Khamis) Jan 12.21 tengahari
Bersalin secara C-zer di Hospital Putrajaya dengan berat 3kg. And its a boy..
Disebabkan ini c-zer kali ke 2 aku, aku xla cemas sangat. Sebab aku dah ready dengan apa yang dorang nak buat. Dalam sibuk2 dokter buat persediaan, aku terus mohon tutup pandangan mata aku dari alatan pembedahan dan mintak tutup pandangan aku dari nampak perut sendiri. Tapi bukan setakat alatan pembedahan, perut aku terbuka pun aku nampak. Hahahaa seram tu memang seram tapi bila difikir tu pengalaman berharga. Tak boleh dapat kat mana2 kecuali alami sendiri perkara tu.

Tengah aku baring2 kat katil No.8A Wad5A tetiba nurse datang suruh bersiap. Ha bapak cuak aku. Laki dah balik rumah dulu ambil baju semua sebabnya boleh tunggu bersama isteri dan anak nanti. Boleh plak nurse datang awal. Call hubby cakap aku nak masuk bilik OT, kelam kabut dia datang balik. Masa nak tunggu aku bersiap ak boleh plak rasa nak membuang, dalam hati alhamdulillah takde la aku sengsara nak g membuang dalam sakit2 nanti. Punya lama aku duduk dalam toilet sampai nurse tu datang ketuk pintu. Baru sedar diri ni nak menyerah diri dibelah perut.

Berbekalkan baju pembedahan dan serkup rambut sahaja aku ditolak dengan katil ke bilik persiapan. Diterangkan tentang bius 1/2 badan dan sign prosedur. Then ditolak pulak ke bilik OT, fine dokter nak cucuk takla sebab aku dok pegang tangan adik dalam bilik. Siap mintak izin tau tapi bila selesai tengok tangan adik tu merah. Maafla dik, akak nervous sangat. Pengalaman aku masa disuntik tu tetiba badan aku macam kena renjatan elektrik melompat sendiri, tapi dokter kata its ok. Hurmmm apa la tu.

A few minute late Dr Hazim muncul, mintak izin untuk mulakan operasi. u know what, dia belah aku bukan main laju lagi macam belah ikan hahahhahaaa. And suprise aku dapat tengok harraz keluar dari perut aku sendiri berserta tali pusat and suara nangis Harraz Ya Allah kuat sangat. Masa tu tergaman dan terkejut pun ada but its to priceless. Dr Hazim lambung2 Harraz potong tali pusat and serahkan kepada nurse. Walaupun dah di bawa pergi, masih dengar suara Harras nangis.

Masa tu perasaan aku bercampur baur pun ada. Gembira bersyukur ada satu perasaan yang aku tak dapat masa bersalin Hani. Mungkin sebab jiwa aku kosong masa bersalin Hani dulu. Start dari Dokter inform Baby 1 dah takde jantung aku dah macam xde perasaan. Kalau ikotkan membawa ke 2-3minggu. Nasib aku cepat sedar dan kuat semangat. Sorry Hani mama banyak ignore kan Hani time tu, so sorry.

Sambung balik cerita Harraz. Selesai operation aku di tolak ke bilik pemerhatian dalam 1 jam. And masa tu aku perasan bag air kencing aku ada darah, tak banyak tapi mampu merubah warna urine tu. Hopefully takde apa la. Dalam jam 2.30 aku masuk bilik aku balik, nampak Baby dalam court. Hubby boleh plak tanya anak sapa ni. Hoii anak kau la, hahhaha. Katanya takut anak orang sebelah hihihi..

Dapat masuk bilik terus tido, tak mampu aku buka mata oi. Alhamdulillah susu badan melimpah ruah, harraz pulak kuat nyusu. Rezeki ko la dik. Hari ke 3 aku dah boleh disharge, but not for Harraz. Hasil ujian tali pusat Harraz ada GPD6. Aku hang, tapi dokter kanak-kanak tu dah breaffing so takla macam ??? je. So Harraz kena stay kat NICU aku plak boleh balik.

Masa balik ni breast dah bengkak, aku dah menangis menjurai2. Nak pecah rasanya sebab Harraz xde nak menyusu. Dalam sakit2 ni nak naik radang je, semua jadi tak kena. Dugaan betul. Last2 paksa hubby beli pum elektrik Pigeons kat JJ Bukit Tinggi. Nasib ada offer dapatla dalam RM250 kot ke RM225 entahla.

The next day aku melawat harraz and aku boleh stay dengan baby kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah. What ever la janji aku dapat sama dengan Harraz bagi susu badan. 3 hari tu banyak mengikat kasih sayang aku dengan Harraz. 24jam x 3 hari dalam 1 bilik just 2 of us :)

Hari selasa balik ke rumah. Fuhhh lega. Tak sabar nak duduk rumah sendiri, lebih selesa. Aku pantang 2 minggu rumah ibu, pastu terus pantang sendiri kat rumah. Dah ada pengalaman so semuanya jadi mudah :)

Nota kaki :
Harraz, mama sayang Harraz and u Hani. Semoga Harraz jadi anak yang baik, soleh, sihat dan taat kepada ibubapa. Takde apa yang mama harap, selain harraz jadi manusia yang bermanfaat.

Big Love for Harraz, Hani & Baba :)

3 ulasan:

  1. Salam. Saya ada baca satu artikel kat blog ni. Nak tanya lebih sikit. Boleh dpt phone num atau fb utk sy pm? Any medium la as long can interact on the topic. Hrp sgt dpt tolong.

    BalasPadam
  2. SALAM, SAYA NAK TANYA COST CZER FPP KAT SANA..SAYA BARU REGISTER KAT SANA..NAK TAHU ESTIMATE COST UNTUK ELECTIVE C-ZER (SERAH DIRI) MINTAK TOLONG YE. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf xperasan mesaj awak, xtau la klu da terlambat ke. Untuk costing saya bersalin c-zer FPP +- RM3600. Saya ada bertanya cost maksimum c-zer FPP dalam lingkungan RM5000, bergantung kpd proses c-zer tu sendiri. Yela setiap barangan akan di caj so xboleh nk estimed amount yg fix. Harap membantu :)

      Padam