SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 27 Mei 2015

FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) DAH 'ON'

Alhamdulillah.. Urusan aku dipermudahkan..
FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) telah di on kan semula :)
So aku takde la risau kalau nak terberanak nanti di tranfer ke mana-mana. Rezeki mama and baby.

26.5.2015 aku ceck up dengan Dr Hazim and memandangkan dia belom start keje lagi so aku ceck up dengan DR Liena kot. So far ok je, aku takde la cerewet pon. ALhamdulillah hasil pemeriksaan dia, baby ok je. And moment paling best, tengah scan baby gosok-gosok pipi, Allahh comelnye. Rasa tak sabar nak jumpa baby :)

Disebabkan Dr Hazim takde, Dr Liena decide aku tunggu Dr Hazim jugak sebab aku dibawah dia. And date untuk czer pun kne tggu Dr Hazim on 2.6.2015. Ok lah, mana-mana yang baik lah. Mintak-mintaklah on that week dah boleh, ye la aku risau sebenarnya. Pengalaman itu kalau boleh taknak dah.

Doakan yang terbaik untuk aku ye. Semoga dipermudahkan urusan bersalin, mama and baby sihat..

Khamis, 21 Mei 2015

Full Payment Paying Hospital Putrajaya Ditangguhkan April 2015

Sebelum ni aku ada story yang aku warded and that day baru aku tau yang skim FPP ni ditangguhkan. Risaunya aku tuhan je yang tahu. Sebab aku merancang untuk keselesaan & keselamatan semasa bersalin start dari first trimester lagi. Tapi nasib baik atas reason aku adalah ex FPP takdelah aku dicampak ke. Kalau kena gak, boleh tak faham bertapa stessnya aku. Bila aku merancang berbulan-bulan ending nya tak seperti diharapkan still jadi bola T-T

Kalau dibaca dari MEMO penangguhan skim FPP yang ada dikaunter bersalin tu, tarikh kepala surat bulan 4/2015. Dari soal selidik aku, ada satu surat yang miss untuk skim ni. Surat pengesahan, kebanaran entah. Whatever pun hopefully benda ni selesai awalla.

So buat masa ni sesiapa yang berminat nak berdaftar, aku rasa masih ditangguhkan lagi. So kena la tunggu FPP ni bermula balik. Hopefully next ceck up aku 26.5.2015 skim ni dah dimulakan semula seperti sediakala. Taknak la aku dicampak ke Hopital Kajang ke, nangis tau. Kalau setakat merancang 2 3 minggu masih boleh terima, ni dari aku usia kandungan 8 - 10 minggu dah merancang. Kalau dah 37 minggu ni Hospital mana la nak terima aku T-T.

So kalau korang ni bukan pesakit FPP korang memangla ada akan di tranfer sekiranya tiada kekosongan katil. Tapi kalau korang ex FPP pon chance tak diterima tu still ada. Walaupun aku ada discuss benda ni dengan dokter, dia takkan tranfer kita sebab semua rekod kita ada kat situ. Who knows kan? Harap perkara yang baik dan mudah berpihak pada aku nanti.

Next week 26.5.2015 aku ada appoinment dengan HP untuk putuskan date C-zer hopefully aku takla dilayan acuh tak acuh sebab Dokter Hazim takde mngerjakan Umrah. Harap sangat dapat date Czer tu next weeknya sebab hati aku ni risau gile. Ye lah pengalaman lalu tu menakutkan sebenarnya, aku tak kuat mana pun tapi redha tu perlu dicari. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Aminnnnnn.

Sabtu, 16 Mei 2015

Mengandung 33w Warded Hospital Putrajaya

Salam semua.
Around 5 bulan tak bukak blog ni. Tak seperti anak sebelum ni ghairah nak update, envent ceck up di KK pon pon nak update. Alhamdulillah kandungan kali ni dah mencecah 35 minggu. So far perut tak sebesar dulu :) Tapi kali ni melonjong ke depan, terasa macam peluru berpandu pun ada hahhahaha. Tak kiasahlah nak janji kamu ok ok je.

Since kandungan aku 27 minggu aku dah start ceck up di FPP Hospital Putrajaya. Dari start 27minggu setiap sebulan sekali aku ceck up kat HP tapi TCA dengan pihak KK still on. Now dah 35 minggu aku decide nak stop ceck KK. Why? Sebab nak amik darah je sebabnya. Aku tau untuk kebaikan aku jugak. Tapi result missing i cant excaptla. Nak suruh berapa kali amik darah, menunggu, than cakap hilang. Nangis tau penat, dengan kerusi pon bapak2 orang yang duduk. Hurmmmmm.

Last week aku warded HP. Bukan nak beranak ye, hanya disebabkan kontraksi dah berlaku pada usia kandungan 33minggu. patotla aku sakit perut non stop. Bertolak ke HP jam 10.30malam sampai dalam 11.15 aku di ceck. Walawei stress aku bila dengar ibu-ibu ni kena tranfer ke Hospital Kajang sipa ada yang bergaduh dengan dokter. tapi aku faham maksud dokter tu, cuma si suami ni tak faham ke apa. Entahla.Apa pun kondisi, priority adalah bayi dalam kandungan and si ibu (ada GDM dan dah overdue). Terkebel-kebel mata si ibu, malu kot suami tu dah bebel macam tu. Atas Reason tiada kekosongan katil, tapi memang sedia maklum HP katil tak banyak T-T. Masa tu nasib aku pun tak tau lagi. Entah disuruh balik atau dihantar ke mana-mana. Robbiryasirwalatuasir / Semoga dipermudahkan segala urusan aku.

Akhirnya CTG dibuat, hasilnya memang ada kontraksi. Hasil semakan dokter. Head 4/5. Bukaan belum ada. Dia ambil sample vagina semua. Than mereka decide untuk aku ambil suntikan Dexa 2kali and petherden kot spelling dia. So far tak sakit sangat cucuk tu, mungkin sebab dokter tu dah bercerita bahaya bayi pramatang. Aku cakap buatla apa pun dokter tapi sempat cakap sakit tak hahhahahaa. Hasil suntikan Dexa N Phateden aku macam orang kena bomoh, mata berat gile terus aku tertido sampai kol7.30pagi ko. Aku taksedar apa pun. Tau-tau ada dokter ronda. Malu betul tido mati macam tu.

Pagi tu Dokter Azmi buat rondaan and mintak aku di warded untuk pantauan 24jam. Alhamdulillah rezeki aku dimasukkan ke Wad Executive (2 beded), selesa sangat. Hasilnya bukan 24 jam 48 jam pantauan aku kena. Sebabnya kontraksi masih berlaku. Bacaan jantung bayi 121. Sebenarnya aku tak faham tapi aku iyakan je apa jururawat buat. Aku tau dorang lebih arif. Thanks jururawat semua, yes tak semua manis muka tapi overall dari emergency ke wad muka memasing tak kedekut senyuman and ada yang owesome hihhii. Very helpfull person.

7-10 Mei aku warded oiii. Memula tu rasa ok je masuk hari ke 3 aku dah rindu dengan Hani. Rindu sangat dengan budak pempuan sorang tu. Makanan hurmmmm macam meriah tapi tak sedapla. Aku turun 1.5kg hahhaha yesss kurus dok hospital. Mana tak aku makan hanya kalau laki aku bawak lauk and makan roti je. Petang 3.30petang tu aku dah boleh discharge.

Kebetulan that day Hari Ibu, aku bawa ibu and mak mertua pergi makan Wong Solo Sek.7 Shah Alam makan-makan. Baru keluar wad dah berjalan kan tapi balik rumah terus tido kepenatan hahahhaaa.

Ada benda aku nak story tentang FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) tapi kita jumpa next entry ye..