SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 31 Disember 2015

BYE 2015 WELCOME 2016

Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk tahun 2015 yang awesome. Banyak perkara yang baik dah aku lalui pada tahun ni dan perkara-perkara yang tak baik aku anggap sebagai pengalaman untuk mengajar aku erti kehidupan.

Awal tahun ni HANI QAISARAH BINTI MOHD HAFIZ mendaftar di TABIKA KEMAS AIN BAIDURI pada usia 4 tahun. Well sedikit mencabar sebenarnya. 1 bulan pertama aku asek dengar rengekan Hani nak school tangga. Sorry Hani tak boleh, school tangga Hani tak sehaluan tempat kerja Baba. tapi takpe, kat mana-mana pun boleh pandai. So far tak pandai baca lagi, hanya kenal beberapa huruf dan nombor. Hurm mana taknye, asek cakap dengan cikgu Hani boring. Lahai anak. Try next year Hani..

Adik perempuan aku aka makngah telah selamat menamatkan zaman bujang dia. Aku gigih jadi sebahagian perancang wedding dia time tu. Alhamdulillah succes. So far lom nampak ciri-ciri aku nak jadi maklong lagi. Sikit masa lagi la tu. And of course double happy sbb adik ipar. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga. Sorry, Ni je picture yg mampu aku share sbb gmbr yg cun2 xde dalam simpanan.

Antara yang terbaik dan awesome, aku selamat melahirkan MUHAMMAD HARRAZ BIN MOHD HAFIZ aka ADAM. Alhamdulillah aku terasa sangat-sangat lengkap dah keluarga aku. Allah permudahkan urusan bersalin aku, walaupun aku Czer tapi aku tau itu lah yang terbaik yang Allah dah tentukan untuk aku. Mama Love Adam.

Sambutan Hari Jadi Hani ke 4 tahun. Kecil-kecilan bersama ahli keluarga. Buat kat rumah jugak, yela mama kau ni dalam pantang lagi. Thanks makngah ima sponser kek and the present also from atok ibu. Hani beriya nak buat sambutan hari jadi kat school dia, tapi date birthday dia jatuh bulan puasa. So takdapatla, next year mama try kabulkan permintaan Hani ye.

Antara perkara yang terbaik untuk penghujung tahun 2015, adik bungsu aku MUHAMMAD MUIZ AFFANDY BIN ALI gots 5A in UPSR and Full mark (4) untuk soalan KBAT. Also Jayyid Jidan untuk PSRA 87.30%. Tq Allah, fuhh lega bila keputusan keluar. Mana taknye, dak ni belajar tak konsisten. Mungkin berkat doa ibu bapa dan usaha dia sendiri. Tq allah. Tawaran menjurai-jurai datang, SM Sains Tuanku Munawer (SASER), MRSM Muar interview, SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Hasil fikir panjang dan pengalaman kenalan SBP jadi pilihan. Semoga pilihan yang di pilih adalah yang terbaik. Good luck Muiz.

And di akhir tahun 2015, adik ipar aku yang sorang ni akhirnya bertunang. Well tahniah and cepat-cepat kumpul duit kahwin ye, seronok kawen ni ni hahhahaa. Lambat-lambat rugi :) Tahniah Hamim & Zue.

Itu antara yang aku ingat untuk perjalanan 2015. Harap 2016 memberikan perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup aku. Kalau cerita harapan 2016, aku lom fikir lagi target tahun depan hahahaa..

Bye 2015 :)

Jumaat, 11 September 2015

MUHAMMAD HARRAZ B MOHD HAFIZ DOB 4 Jun 2016

Alhamdulillah. Syukur aku selamat bersalin anak ke 3 pada 4.6.2015 (Khamis) Jan 12.21 tengahari
Bersalin secara C-zer di Hospital Putrajaya dengan berat 3kg. And its a boy..
Disebabkan ini c-zer kali ke 2 aku, aku xla cemas sangat. Sebab aku dah ready dengan apa yang dorang nak buat. Dalam sibuk2 dokter buat persediaan, aku terus mohon tutup pandangan mata aku dari alatan pembedahan dan mintak tutup pandangan aku dari nampak perut sendiri. Tapi bukan setakat alatan pembedahan, perut aku terbuka pun aku nampak. Hahahaa seram tu memang seram tapi bila difikir tu pengalaman berharga. Tak boleh dapat kat mana2 kecuali alami sendiri perkara tu.

Tengah aku baring2 kat katil No.8A Wad5A tetiba nurse datang suruh bersiap. Ha bapak cuak aku. Laki dah balik rumah dulu ambil baju semua sebabnya boleh tunggu bersama isteri dan anak nanti. Boleh plak nurse datang awal. Call hubby cakap aku nak masuk bilik OT, kelam kabut dia datang balik. Masa nak tunggu aku bersiap ak boleh plak rasa nak membuang, dalam hati alhamdulillah takde la aku sengsara nak g membuang dalam sakit2 nanti. Punya lama aku duduk dalam toilet sampai nurse tu datang ketuk pintu. Baru sedar diri ni nak menyerah diri dibelah perut.

Berbekalkan baju pembedahan dan serkup rambut sahaja aku ditolak dengan katil ke bilik persiapan. Diterangkan tentang bius 1/2 badan dan sign prosedur. Then ditolak pulak ke bilik OT, fine dokter nak cucuk takla sebab aku dok pegang tangan adik dalam bilik. Siap mintak izin tau tapi bila selesai tengok tangan adik tu merah. Maafla dik, akak nervous sangat. Pengalaman aku masa disuntik tu tetiba badan aku macam kena renjatan elektrik melompat sendiri, tapi dokter kata its ok. Hurmmm apa la tu.

A few minute late Dr Hazim muncul, mintak izin untuk mulakan operasi. u know what, dia belah aku bukan main laju lagi macam belah ikan hahahhahaaa. And suprise aku dapat tengok harraz keluar dari perut aku sendiri berserta tali pusat and suara nangis Harraz Ya Allah kuat sangat. Masa tu tergaman dan terkejut pun ada but its to priceless. Dr Hazim lambung2 Harraz potong tali pusat and serahkan kepada nurse. Walaupun dah di bawa pergi, masih dengar suara Harras nangis.

Masa tu perasaan aku bercampur baur pun ada. Gembira bersyukur ada satu perasaan yang aku tak dapat masa bersalin Hani. Mungkin sebab jiwa aku kosong masa bersalin Hani dulu. Start dari Dokter inform Baby 1 dah takde jantung aku dah macam xde perasaan. Kalau ikotkan membawa ke 2-3minggu. Nasib aku cepat sedar dan kuat semangat. Sorry Hani mama banyak ignore kan Hani time tu, so sorry.

Sambung balik cerita Harraz. Selesai operation aku di tolak ke bilik pemerhatian dalam 1 jam. And masa tu aku perasan bag air kencing aku ada darah, tak banyak tapi mampu merubah warna urine tu. Hopefully takde apa la. Dalam jam 2.30 aku masuk bilik aku balik, nampak Baby dalam court. Hubby boleh plak tanya anak sapa ni. Hoii anak kau la, hahhaha. Katanya takut anak orang sebelah hihihi..

Dapat masuk bilik terus tido, tak mampu aku buka mata oi. Alhamdulillah susu badan melimpah ruah, harraz pulak kuat nyusu. Rezeki ko la dik. Hari ke 3 aku dah boleh disharge, but not for Harraz. Hasil ujian tali pusat Harraz ada GPD6. Aku hang, tapi dokter kanak-kanak tu dah breaffing so takla macam ??? je. So Harraz kena stay kat NICU aku plak boleh balik.

Masa balik ni breast dah bengkak, aku dah menangis menjurai2. Nak pecah rasanya sebab Harraz xde nak menyusu. Dalam sakit2 ni nak naik radang je, semua jadi tak kena. Dugaan betul. Last2 paksa hubby beli pum elektrik Pigeons kat JJ Bukit Tinggi. Nasib ada offer dapatla dalam RM250 kot ke RM225 entahla.

The next day aku melawat harraz and aku boleh stay dengan baby kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah. What ever la janji aku dapat sama dengan Harraz bagi susu badan. 3 hari tu banyak mengikat kasih sayang aku dengan Harraz. 24jam x 3 hari dalam 1 bilik just 2 of us :)

Hari selasa balik ke rumah. Fuhhh lega. Tak sabar nak duduk rumah sendiri, lebih selesa. Aku pantang 2 minggu rumah ibu, pastu terus pantang sendiri kat rumah. Dah ada pengalaman so semuanya jadi mudah :)

Nota kaki :
Harraz, mama sayang Harraz and u Hani. Semoga Harraz jadi anak yang baik, soleh, sihat dan taat kepada ibubapa. Takde apa yang mama harap, selain harraz jadi manusia yang bermanfaat.

Big Love for Harraz, Hani & Baba :)

Selasa, 1 September 2015

HARI PERTAMA BERKERJA

Setelah 3 bulan @ 90 hari bercuti bersalin. 1.9.2015 (Isnin) aku start keje. Berat hati meninggalkan anak berusia 3 bula dirumah ibu tapi apakan daya, rezeki harus dicari untuk mencukupkan apa yang perlu.

2 3 hari sebelum kerja rasa semangat sangat, gosok baju laki bini anak sesiap untuk seminggu, Fuhh tak pernah aku serajin ni. 2 jam duduk dalam bilik menggosok. Bila dah selesai rasa puas hati :)Thumb up Salwa..
Story tentang Harraz belum lagi share. Huhuhuu nanti ye, 3 bulan tu sebok jaga anak la, nak mengemas lagi, memasak, lipat baju, sapu2 huh. salute pada suri rumah, kerja mereka tak habis-habis.

Bermulala duty seorang pekerja makan gaji untuk tempoh yang sangat panjang. Kalau nak cuti rehat2 lagi kena la pregnant. Hmmm Insya allah kalau masih diberi rezeki :). Semoga rezeki yg aku perolehi berkat dan dioerluaskan lagi pintu rezeki. Aminnn..

Rabu, 27 Mei 2015

FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) DAH 'ON'

Alhamdulillah.. Urusan aku dipermudahkan..
FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) telah di on kan semula :)
So aku takde la risau kalau nak terberanak nanti di tranfer ke mana-mana. Rezeki mama and baby.

26.5.2015 aku ceck up dengan Dr Hazim and memandangkan dia belom start keje lagi so aku ceck up dengan DR Liena kot. So far ok je, aku takde la cerewet pon. ALhamdulillah hasil pemeriksaan dia, baby ok je. And moment paling best, tengah scan baby gosok-gosok pipi, Allahh comelnye. Rasa tak sabar nak jumpa baby :)

Disebabkan Dr Hazim takde, Dr Liena decide aku tunggu Dr Hazim jugak sebab aku dibawah dia. And date untuk czer pun kne tggu Dr Hazim on 2.6.2015. Ok lah, mana-mana yang baik lah. Mintak-mintaklah on that week dah boleh, ye la aku risau sebenarnya. Pengalaman itu kalau boleh taknak dah.

Doakan yang terbaik untuk aku ye. Semoga dipermudahkan urusan bersalin, mama and baby sihat..

Khamis, 21 Mei 2015

Full Payment Paying Hospital Putrajaya Ditangguhkan April 2015

Sebelum ni aku ada story yang aku warded and that day baru aku tau yang skim FPP ni ditangguhkan. Risaunya aku tuhan je yang tahu. Sebab aku merancang untuk keselesaan & keselamatan semasa bersalin start dari first trimester lagi. Tapi nasib baik atas reason aku adalah ex FPP takdelah aku dicampak ke. Kalau kena gak, boleh tak faham bertapa stessnya aku. Bila aku merancang berbulan-bulan ending nya tak seperti diharapkan still jadi bola T-T

Kalau dibaca dari MEMO penangguhan skim FPP yang ada dikaunter bersalin tu, tarikh kepala surat bulan 4/2015. Dari soal selidik aku, ada satu surat yang miss untuk skim ni. Surat pengesahan, kebanaran entah. Whatever pun hopefully benda ni selesai awalla.

So buat masa ni sesiapa yang berminat nak berdaftar, aku rasa masih ditangguhkan lagi. So kena la tunggu FPP ni bermula balik. Hopefully next ceck up aku 26.5.2015 skim ni dah dimulakan semula seperti sediakala. Taknak la aku dicampak ke Hopital Kajang ke, nangis tau. Kalau setakat merancang 2 3 minggu masih boleh terima, ni dari aku usia kandungan 8 - 10 minggu dah merancang. Kalau dah 37 minggu ni Hospital mana la nak terima aku T-T.

So kalau korang ni bukan pesakit FPP korang memangla ada akan di tranfer sekiranya tiada kekosongan katil. Tapi kalau korang ex FPP pon chance tak diterima tu still ada. Walaupun aku ada discuss benda ni dengan dokter, dia takkan tranfer kita sebab semua rekod kita ada kat situ. Who knows kan? Harap perkara yang baik dan mudah berpihak pada aku nanti.

Next week 26.5.2015 aku ada appoinment dengan HP untuk putuskan date C-zer hopefully aku takla dilayan acuh tak acuh sebab Dokter Hazim takde mngerjakan Umrah. Harap sangat dapat date Czer tu next weeknya sebab hati aku ni risau gile. Ye lah pengalaman lalu tu menakutkan sebenarnya, aku tak kuat mana pun tapi redha tu perlu dicari. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Aminnnnnn.

Sabtu, 16 Mei 2015

Mengandung 33w Warded Hospital Putrajaya

Salam semua.
Around 5 bulan tak bukak blog ni. Tak seperti anak sebelum ni ghairah nak update, envent ceck up di KK pon pon nak update. Alhamdulillah kandungan kali ni dah mencecah 35 minggu. So far perut tak sebesar dulu :) Tapi kali ni melonjong ke depan, terasa macam peluru berpandu pun ada hahhahaha. Tak kiasahlah nak janji kamu ok ok je.

Since kandungan aku 27 minggu aku dah start ceck up di FPP Hospital Putrajaya. Dari start 27minggu setiap sebulan sekali aku ceck up kat HP tapi TCA dengan pihak KK still on. Now dah 35 minggu aku decide nak stop ceck KK. Why? Sebab nak amik darah je sebabnya. Aku tau untuk kebaikan aku jugak. Tapi result missing i cant excaptla. Nak suruh berapa kali amik darah, menunggu, than cakap hilang. Nangis tau penat, dengan kerusi pon bapak2 orang yang duduk. Hurmmmmm.

Last week aku warded HP. Bukan nak beranak ye, hanya disebabkan kontraksi dah berlaku pada usia kandungan 33minggu. patotla aku sakit perut non stop. Bertolak ke HP jam 10.30malam sampai dalam 11.15 aku di ceck. Walawei stress aku bila dengar ibu-ibu ni kena tranfer ke Hospital Kajang sipa ada yang bergaduh dengan dokter. tapi aku faham maksud dokter tu, cuma si suami ni tak faham ke apa. Entahla.Apa pun kondisi, priority adalah bayi dalam kandungan and si ibu (ada GDM dan dah overdue). Terkebel-kebel mata si ibu, malu kot suami tu dah bebel macam tu. Atas Reason tiada kekosongan katil, tapi memang sedia maklum HP katil tak banyak T-T. Masa tu nasib aku pun tak tau lagi. Entah disuruh balik atau dihantar ke mana-mana. Robbiryasirwalatuasir / Semoga dipermudahkan segala urusan aku.

Akhirnya CTG dibuat, hasilnya memang ada kontraksi. Hasil semakan dokter. Head 4/5. Bukaan belum ada. Dia ambil sample vagina semua. Than mereka decide untuk aku ambil suntikan Dexa 2kali and petherden kot spelling dia. So far tak sakit sangat cucuk tu, mungkin sebab dokter tu dah bercerita bahaya bayi pramatang. Aku cakap buatla apa pun dokter tapi sempat cakap sakit tak hahhahahaa. Hasil suntikan Dexa N Phateden aku macam orang kena bomoh, mata berat gile terus aku tertido sampai kol7.30pagi ko. Aku taksedar apa pun. Tau-tau ada dokter ronda. Malu betul tido mati macam tu.

Pagi tu Dokter Azmi buat rondaan and mintak aku di warded untuk pantauan 24jam. Alhamdulillah rezeki aku dimasukkan ke Wad Executive (2 beded), selesa sangat. Hasilnya bukan 24 jam 48 jam pantauan aku kena. Sebabnya kontraksi masih berlaku. Bacaan jantung bayi 121. Sebenarnya aku tak faham tapi aku iyakan je apa jururawat buat. Aku tau dorang lebih arif. Thanks jururawat semua, yes tak semua manis muka tapi overall dari emergency ke wad muka memasing tak kedekut senyuman and ada yang owesome hihhii. Very helpfull person.

7-10 Mei aku warded oiii. Memula tu rasa ok je masuk hari ke 3 aku dah rindu dengan Hani. Rindu sangat dengan budak pempuan sorang tu. Makanan hurmmmm macam meriah tapi tak sedapla. Aku turun 1.5kg hahhaha yesss kurus dok hospital. Mana tak aku makan hanya kalau laki aku bawak lauk and makan roti je. Petang 3.30petang tu aku dah boleh discharge.

Kebetulan that day Hari Ibu, aku bawa ibu and mak mertua pergi makan Wong Solo Sek.7 Shah Alam makan-makan. Baru keluar wad dah berjalan kan tapi balik rumah terus tido kepenatan hahahhaaa.

Ada benda aku nak story tentang FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) tapi kita jumpa next entry ye..

Jumaat, 2 Januari 2015

PENDAFTARAN FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP)

Alhamdulillah 15 minggu usia kandungan sekarang.
So far morning sickness semakin berkurangan, kadang-kadang je meroyan bila rasa mual tu datang. Pertambahan selera makan dah ada walaupun nasi dan sayur sahaja. Pregnant kali ni, Fav aku seafood. Omg udang sotong kambing bakar wow sangat, menyelerakan tekak hihi. Tak suka makan ikan and ayam, sungguh meloyakan, event rupanya. Bukan dibuat-buat ye, bila terpegang atau terpandang boleh keluar semua isi perut.

Ok back to tajuk entry.
Untuk makluman aku mendaftar ke Full Paying Patient (FPP) Putrajaya. And sedia maklum scheme ni dah jadi pilihan ibu-ibu mengandung memandangkan fasiliti nya yang cukup. Perkhidmatan dari kerajaan tapi kita perlu bayar. Dan aku berkali-kali di ingatkan dari others blog that dont aspect is like other swasta. Kita masih perlu menunggu ye.

Yang detail you all cari la ye kat laman web dia. Tapi yang penting kena booking awal ye. Macam aku daftar masa kandungan 15 minggu ceck up masa 27 minggu nanti. Tak kisahlah, mungkin itu yang terbaik buat aku. Alhamdulillah.

kalau ada masa aku share pengalaman aku ye. Kalau berkeinginan nak ke FPP and call asek tak dapat try call waktu petang ye. Insya allah kalau ada rezeki adalah yang pick up phone tu. Sebab aku pun try and error dalam 2 hari hahhaaa. Tak tau la kat mana busy nye.