SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 17 Disember 2014

Pergerakan bayi dalam kandungan

Alhamdulillah kekeliruan umur kandungan dah settle.
Appoinment dengan dokter kk 29.12.2014. Hasilnya dokter kk follow edd pertama diambil masa kandungan awal 8 minggu tu. Aku dah 14 minggu :) Syukur masih diberi peluang untuk jadi seorang ibu. Terima Kasih Allah..

Dalam aku gembira sebenarnya hati risau sangat. Aku belum dapat rasa pergerakan bayi. Aku tau masih awal. Tapi pengalaman lalu buat aku takut. Dengan situasi aku yang perlu memandu sendiri ke tempat kerja. Makluman aku memandu kereta waja manual. Actually ok je tapi cluth tu berat. Tawakal je yang aku mempu sekarang ni. Balik rumah je first aku buat, baring dan tinggikan kaki. Taktau kenapa aku buat macam ni tapi ia sesuatu yang melegakan. Allah tolong lindungi kandungan aku..

Dalam mood risau ni, cari la apa maklumat yang mungkin membantu than terjumpa entry dari http://ibuamiruluwais.blogspot.com. Thanks to owner, boleh aku buat untuk rujukan masa akan datang..

Sebenarnya sejak bilakah tendangan bayi bermula?

Sebenarnya, anak kecil ini mula bergerak di dalam rahim ibu semenjak berumur 6 minggu, tetapi hanya dgn membengkokkan belakangnya dan pergerakan akrobatiknya boleh dilihat melalui ultrasound apabila kandungan 7 minggu. Walaubagaimanapun, bahagian otak yang mengawal pergerakan masih belum berkembang dengan baik sehinggalah bayi berada di akhir trimester kedua.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Royal College of Physician of Edinburgh, pergerakan bayi ('purposive movement') bermula apabila kandungan 18 minggu. Kemudian, perlahan-lahan ia digantikan dengan pergerakan reflex dan voluntari, yang seterusnya berkembang sehingga selepas dilahirkan.



Walaubagaimanapun, seorang ibu hanya dapat merasai pergerakan pertama bayi di dalam rahim seawal 16 - 22 minggu. Tetapi kebiasaannya seorang ibu muda (hamil anak pertama) merasai pergerakan anak lebih lewat daripada multipara (hamil utk kali kedua dan seterusnya). Ini adalah kerana rahim bagi ibu yang pernah hamil sebelum ini lebih relaks dan lebih mudah merasai pergerakan kandungan yang seterusnya.


Berikut, saya senaraikan aktiviti pergerakan bayi semasa dalam kandungan:

Trimester pertama:

9 minggu: menggerakkan tangan dan kaki
10 minggu: meregangkan badan ('stretches') dan menguap
11 minggu: membuka mulutnya dan menghisap jari
12 minggu: menelan air ketuban ('amniotic fluid')


Trimester kedua:

13 minggu: menendang, menggulung jari kaki, bergerak apabila sesuatu menyentuh kulitnya
16 minggu: ibu dapat merasakan tendangan bayi ('quickening')
20 minggu: pergerakan tangan dan kaki menjadi lebih kompleks kerana dapat melentur sendi-sendinya
21 minggu: pergerakan semakin tetap ('regular schedule of movement')
24 minggu: 'startle reflex' (bunyi yang kuat dan mengejut menyebabkan bayi meregangkan tangan dan melenturkan kakinya). Pergerakannya lebih tersekat kerana rahim ibu menjadi lebih sempit (bayi semakin membesar) untuk bayi ini menendang atau mengubah kedudukannya

Trimester ketiga:

Pergerakan dinamakan 'stepping' berkembang - iaitu pergerakan seperti 'mengayuh' ('circular "bicycling" motions of legs'), yang mana membolehkan bayi mengubah kedudukan kepalanya di bawah sebagai persedian untuk dilahirkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan