SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 8 September 2014

2014 part 1

Sepanjang 2014 ni banyak suka duka yang berlaku dalam hidup aku :)
Apa pun alhamdulillah aku mampu harungi bersama-sama keluarga.
Apa yang aku share takde niat untuk riak ye u alls. Sekadar diari untuk tatapan masa hadapan. Positif ok.

SAH PERKHIDMATAN & RUMAH
Rentetan dari sah perkhidmatan, aku tanpa menunggu lama terus memohon dari tuan rumah untuk persetujuan jual beli rumah. Alhamdulillah rumah yang aku sewa dulu since July 2010 now sah jadi milik aku. Alhamdulillah.

Proses yang agak panjang bagi aku sebab membuat pinjaman melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan. Rasa Puas sangat. I have my own house. Yes :) Nanti aku upkan story berkaitan proses pinjaman perumakan dengan pinjaman kerajaan ye.

Dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik. Aku bersyukur sangat. Pada Hajah yang sudi jual rumah ni kepada kami. Saya ucapkan terima kasih bebanyak sebab bagi peluang kepada kami memiliki rumah sendiri.

BERCUTI KE BUKIT TINGGI, PAHANG
Percutian pendek tapi sangat-sangat berharga pada 17-18/1/2014. Pergi berlima (B, aku, Hani, Ibu & Imah). Apa yang aku boleh cakap, tempat ni sangat sesuai untuk orang yang memerlukan rest. Sejuk, udara segar, tak bising, feel macam honeymoon OK. Disebabkan pergi berlima takde la honeymoon :)

Tempoh 2 hari 1 malam adalah memadai. Harga hotel RM450/day so mampu sehari je hahahaa. Lagi pun dalam masa 1 hari korang mampu untuk melawat semua tempat kat situ.

Makan minum its a bit expensive ye sayang2 semua. So if u can bring something from outside pls. Kalau tak sila sediakan duit banyak sikit untuk makan. Ko mampu makan kalau satu kepala RM80. Kalau mampu alhamdulillah. Paling murah pun kat situ RM15 ke atas dan air mineral sahaja ye.

SETIA ALAM CITY MALL
Pertama kali jejak kaki kat sini 16/2/2014. Kononnya reunion sepupu walaupun hanya berempat sahaja. ACtually group sepupu ni ada dalam 6 orang dalam umur 26-29 tahun tapi atas sebab kekangan jarak dan masa, what to do. Pasrah je la.

We alls still happy and korang doakan hubungan yang baik ni berkekalan hingga ke Jannah. Actually takde buat apa pun just main bowling, makan-makan, lepak gelak and tengok wanyang kat Harbour Place.

Feel hilang semua rasa tanggungjawab kat bahu. Takde nak fikir pasal kerja, kerja rumah, nak masak, jaga anak. Senyum je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan