SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 17 Disember 2014

Pergerakan bayi dalam kandungan

Alhamdulillah kekeliruan umur kandungan dah settle.
Appoinment dengan dokter kk 29.12.2014. Hasilnya dokter kk follow edd pertama diambil masa kandungan awal 8 minggu tu. Aku dah 14 minggu :) Syukur masih diberi peluang untuk jadi seorang ibu. Terima Kasih Allah..

Dalam aku gembira sebenarnya hati risau sangat. Aku belum dapat rasa pergerakan bayi. Aku tau masih awal. Tapi pengalaman lalu buat aku takut. Dengan situasi aku yang perlu memandu sendiri ke tempat kerja. Makluman aku memandu kereta waja manual. Actually ok je tapi cluth tu berat. Tawakal je yang aku mempu sekarang ni. Balik rumah je first aku buat, baring dan tinggikan kaki. Taktau kenapa aku buat macam ni tapi ia sesuatu yang melegakan. Allah tolong lindungi kandungan aku..

Dalam mood risau ni, cari la apa maklumat yang mungkin membantu than terjumpa entry dari http://ibuamiruluwais.blogspot.com. Thanks to owner, boleh aku buat untuk rujukan masa akan datang..

Sebenarnya sejak bilakah tendangan bayi bermula?

Sebenarnya, anak kecil ini mula bergerak di dalam rahim ibu semenjak berumur 6 minggu, tetapi hanya dgn membengkokkan belakangnya dan pergerakan akrobatiknya boleh dilihat melalui ultrasound apabila kandungan 7 minggu. Walaubagaimanapun, bahagian otak yang mengawal pergerakan masih belum berkembang dengan baik sehinggalah bayi berada di akhir trimester kedua.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Royal College of Physician of Edinburgh, pergerakan bayi ('purposive movement') bermula apabila kandungan 18 minggu. Kemudian, perlahan-lahan ia digantikan dengan pergerakan reflex dan voluntari, yang seterusnya berkembang sehingga selepas dilahirkan.



Walaubagaimanapun, seorang ibu hanya dapat merasai pergerakan pertama bayi di dalam rahim seawal 16 - 22 minggu. Tetapi kebiasaannya seorang ibu muda (hamil anak pertama) merasai pergerakan anak lebih lewat daripada multipara (hamil utk kali kedua dan seterusnya). Ini adalah kerana rahim bagi ibu yang pernah hamil sebelum ini lebih relaks dan lebih mudah merasai pergerakan kandungan yang seterusnya.


Berikut, saya senaraikan aktiviti pergerakan bayi semasa dalam kandungan:

Trimester pertama:

9 minggu: menggerakkan tangan dan kaki
10 minggu: meregangkan badan ('stretches') dan menguap
11 minggu: membuka mulutnya dan menghisap jari
12 minggu: menelan air ketuban ('amniotic fluid')


Trimester kedua:

13 minggu: menendang, menggulung jari kaki, bergerak apabila sesuatu menyentuh kulitnya
16 minggu: ibu dapat merasakan tendangan bayi ('quickening')
20 minggu: pergerakan tangan dan kaki menjadi lebih kompleks kerana dapat melentur sendi-sendinya
21 minggu: pergerakan semakin tetap ('regular schedule of movement')
24 minggu: 'startle reflex' (bunyi yang kuat dan mengejut menyebabkan bayi meregangkan tangan dan melenturkan kakinya). Pergerakannya lebih tersekat kerana rahim ibu menjadi lebih sempit (bayi semakin membesar) untuk bayi ini menendang atau mengubah kedudukannya

Trimester ketiga:

Pergerakan dinamakan 'stepping' berkembang - iaitu pergerakan seperti 'mengayuh' ('circular "bicycling" motions of legs'), yang mana membolehkan bayi mengubah kedudukan kepalanya di bawah sebagai persedian untuk dilahirkan

Khamis, 4 Disember 2014

Terlupa Tarikh Last Period

Omg dear. Aku tak pernah miss rekod date period aku, tak tahu sama ada aku lupa atau memang tak datang period masa tu and aku xcatit. So now im in trouble how to make sure my expected due date.

Aku buat check up artenatal kat Pusat Bersalin Barakah since aku ada rekod keguguran 2 kali kat sana. So just nak make sure evrything ok aku start buat ceck up bila aku disahkan mengandung. On 9.11.2014 my due diberi pada 16.6.2015, mengikut ukuran fetus masa tu.

Aku bagi data, cuba korang bantu aku. Ada beberapa fakta yang aku boleh ingat time ni.

Bulan 6(keguguran) 14hb
Bulan 7 (period) 14hb
Bulan 8 (period) 15hb
Bulan 9 (xpasti) 7hb join Fit Malaysia (belom period)
21hb Celebrate birthday (belom period)
Sepanjang tempoh ni hingga 30hb saya still tak datang period sebab aku terfikir yang aku ada berusaha sikit
untuk hamil bagi tempoh 7hb hingga 30hb.

Bulan 10 (non) 20hb sah hamil (around 6-7 minggu dr Klinik Azian)
26hb sah hamil (around 7 minggu dari Pusat Bersalin Barakah)
Bulan 11 (non) 9hb sah hamil (around 8 minggu 3 hari dari Pusat Bersalin Barakah)
Bulan 12 (non) 1hb ceck up antenatal di Klinik Kesihatan Desa Kebun Baru & Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang
Follow this dokter my edd reduse 9 day berbanding edd yang diberi dokter pakar dari Pusat Bersalin Barakah.

Mengikut gerak hati aku yang tak pandai hal-hal ni. Kalau dikira dari segi pengiraan aku sederhana ni aku rasa edd dari Pusat Bersalin Barakah adalah hampir tepat. Aku akan cuba bagi details ni kat dokter KK ni. Mana tahu rumusan aku ni boleh diguna pakai.


Hopefully aku takde la disuruh buat macam-macm ujian. Kena g sana-sini, nanti kena cuti la, masuk lambat la. Nanti aku jadi malas dan penat. Sebab saya seorang pekerja makan gaji. Sekian..

Rabu, 3 Disember 2014

Hamil 12 minggu

Salam semua..
Sunyinya blog ni menandakan bertapa sibuknya tahun 2014 ni..

Seperti tajuk entry ni, aku nak maklum aku hamil 12 minggu :)
Hati gembira dan bercampur baur. Almaklumla, aku akan hadapi sessi muntah-muntah, loya, pening, moody yang aku sendiri tak boleh control. If sesiapa kata boleh control tu Alhamdulillah. Ni mungkin bahagian aku yang mungkin akan memudahkan proses bersalin aku. Who knows..

So far pekembangan kandungan baik. Almaklumla sebelum ni aku pernah gugur 2 kali. So perasaan risau tu boleh tahan la. Asyik nak merisau je, memang aku jaga sebaik mungkin walaupun hanya Allah sahaja yang tahu betapa stress sangat. Doakan kandungan aku selamat hingga bersalin nanti..

Aku detact aku pregnant masa kandungan aku masuk 6 minggu. Sebenarnya aku ceck klinik sebab aku rasa tak sedap badan dan rasa tak selesa perut. Yang aku jangka sebab kembung ke. Than dokter suggest jalankan scan. Well ur ar pregnant actually. Woww i'm not expect that. But alhamdulillah, suka sangat..

Doakan yang terbaik untuk aku..

Isnin, 8 September 2014

2014 part 1

Sepanjang 2014 ni banyak suka duka yang berlaku dalam hidup aku :)
Apa pun alhamdulillah aku mampu harungi bersama-sama keluarga.
Apa yang aku share takde niat untuk riak ye u alls. Sekadar diari untuk tatapan masa hadapan. Positif ok.

SAH PERKHIDMATAN & RUMAH
Rentetan dari sah perkhidmatan, aku tanpa menunggu lama terus memohon dari tuan rumah untuk persetujuan jual beli rumah. Alhamdulillah rumah yang aku sewa dulu since July 2010 now sah jadi milik aku. Alhamdulillah.

Proses yang agak panjang bagi aku sebab membuat pinjaman melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan. Rasa Puas sangat. I have my own house. Yes :) Nanti aku upkan story berkaitan proses pinjaman perumakan dengan pinjaman kerajaan ye.

Dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik. Aku bersyukur sangat. Pada Hajah yang sudi jual rumah ni kepada kami. Saya ucapkan terima kasih bebanyak sebab bagi peluang kepada kami memiliki rumah sendiri.

BERCUTI KE BUKIT TINGGI, PAHANG
Percutian pendek tapi sangat-sangat berharga pada 17-18/1/2014. Pergi berlima (B, aku, Hani, Ibu & Imah). Apa yang aku boleh cakap, tempat ni sangat sesuai untuk orang yang memerlukan rest. Sejuk, udara segar, tak bising, feel macam honeymoon OK. Disebabkan pergi berlima takde la honeymoon :)

Tempoh 2 hari 1 malam adalah memadai. Harga hotel RM450/day so mampu sehari je hahahaa. Lagi pun dalam masa 1 hari korang mampu untuk melawat semua tempat kat situ.

Makan minum its a bit expensive ye sayang2 semua. So if u can bring something from outside pls. Kalau tak sila sediakan duit banyak sikit untuk makan. Ko mampu makan kalau satu kepala RM80. Kalau mampu alhamdulillah. Paling murah pun kat situ RM15 ke atas dan air mineral sahaja ye.

SETIA ALAM CITY MALL
Pertama kali jejak kaki kat sini 16/2/2014. Kononnya reunion sepupu walaupun hanya berempat sahaja. ACtually group sepupu ni ada dalam 6 orang dalam umur 26-29 tahun tapi atas sebab kekangan jarak dan masa, what to do. Pasrah je la.

We alls still happy and korang doakan hubungan yang baik ni berkekalan hingga ke Jannah. Actually takde buat apa pun just main bowling, makan-makan, lepak gelak and tengok wanyang kat Harbour Place.

Feel hilang semua rasa tanggungjawab kat bahu. Takde nak fikir pasal kerja, kerja rumah, nak masak, jaga anak. Senyum je.

FIT MALAYSIA DATARAN MERDEKA 2014

Hi alls..
Atas invitation Atie aku berpeluang ke Program Fit Malaysia Just ahad lepas 7.9.14 kat Dataran Merdeka. Dia punya jem Subhanallah, korang bayangkan untuk aku yang tak biasa dengan jalan KL boleh tawaf KL macam tawaf kampung je. Fuhh berpeluh nak cari parking, semua jalan nak ke Dataran tutup. Discuss. Park kat Kota Raya. Alhamdulillah.

Belanja sikit picture tuan blog gojes :) without make up ok.


Tujuan utama datang ke FM, nak join Zumba. Hahhahaa Sisters Saka over there. Havoc sangat. Instructer yang lain pon ada like Along, Nana, Adilla and sorang lagi tak ingat hehehee.

Aku join dari pukul 10.00 till 11.30 u alls. Berpeluh tak hingat. Tapi owesome sangat sebab dapat mencabar diri berdance tanpa henti. Macam-macam gaya ada noks.


Antara muka-muka instruktor yang ada. HUhh aku tak tau mana dorang dapat anergy tu. Pitam jemah. Ada antara mereka sudah mencapai 40-an. Thumb up u alls.


Khemah atas ni yang ke dua 5 khemah, tapi khemah sebelah sana 10 khemah. Fuhhh.


Us with 3 Saka and Pn Sharifah Hanim :)
Ada macam team ninja turtle tak hahahahaaaaa..


Last pict bersama YB Khairi Jamaludin. Jangan jelous u alls. Boleh tahan handsome jugak KJ ni. Umur tak sure berapa ada uban sikit tapi nampak muda dan fit. Ramah orangnya, walau dalam panas still boleh spend masa bergambar dengan orang ramai.


#FitMalaysia#Zumba#NakFit#Sihat#NakKurus#Target55kg#Friend#

Isnin, 1 September 2014

Assalamualaikum Kesayangan

As Salam..

Bila dihitung WOW almost 9 bulan aku tak menyelak blog ni. Bersawang :)
Tahun 2014 banyak cabaran, dugaan, kegembiraan yang aku terlupa nak share.
Lupe? Yes.
Hope that reader aku still sudi lagi nak singgah ke blog yang seberapa ni.

Maaf sebab keraguan berblog ni bermula bila viral di FB berkaitan sekiranya kita mati aurat yang kita dedahkan still akan berjalan dosa nya. OK korang fahamkan. So mengenal diri yang xsebarap baik dan selalu khilaf so aku memilih berdiam diri. So lately ni hati didodoi rasa rindu nak berblog. Harap aku masih mampu menulis walau tiada gambar yang havoc2 ye. Mungkin hanya serba-sedikit tetapi menepati ciri-ciri wanita islam. Xpe kan korang. Sian aku. Kalau dosa melambak2 takut aku tak tertanding dengan pahala. Takot oii kena bakar(Takut dengan hukum Allah).

Insya Allah kelapangan nanti aku berkongsi serba sedikit kehidupan aku dalam tempoh 9 bulan ni ye.


Love By
SSA