SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 11 November 2013

Senamrobik di Taska Kowaja Taman Dato Hormat

Taska kowaja ni under Koperasi Kowaja tak silap aku. That why nama taska ni Kowaja. Tempat asuhan kanak-kanak sehingga berumur 6 tahun dan dijadikan tempat transit bagi kanak-kanak yg telah bersekolah. Minta diperbetulkan lah kalau aku salah ye ;) Cikgu Taska ni mintak dari Sis Watie bagi sedikit senaman pemanas badan kepada anak-anak taska. So di sini lah kami pada Sabtu jam 8.00 pagi (^-^)

Bergambar dulu sebelum sessi senamrobik. Tak sah ok klu tak bergambar dulu. Sis Watie n sis Fir thumb up for u alls. Actually aku kagum dengan semangat diaorang ni. Bila aku bersama diaorang semangat aku pon same naik bertingkek-tingkek heheee.

Bersama Cikgu Taska, if im not wrong Cikgu Su nama empunya diri. Sangat baik dengan anak murid pada pandangan mata aku la ye. Kalau tak, takkan anak murid berlari-lari peluk dia kan. Sweet sangat tengok bebudak tu. Tapi kalau korang kata tak, tak la ye.

Semasa sessi senamrobik aku tengok anak-anak kecil ni semangat betul selama 30 minit tu. Step yang we all buat mereka mampu untuk follow. Dalam hati surprise sangat. Yang berusia 2 3 tahun pun bersenam jugak rasa macam semacam je tau aura dia. Kat belakang anak-anak ni ada la segelintir ibu bapa yang sporting sama-same join beraerobik dengan anak-anak diaorang. Pakai selipar pun ok je ibu bapa ni follow kitorang heheee. Tapi sorry pict xde hehee.

Semasa di atas stage, muka aku senyum je tengok gelagat bebudak tu bersenam. Hurmmm seronok kan jadi bebudak. Mereka dengan dunia mereka sebelum mereka benar-benar mengenali realiti kehidupan. Acik Wawa doakan adik-adik semua sentiasa dilindingi Allah dan berjaya dunia akhirat ye. Aminn..

Seronok tengok gelagat anak-anak ni beraerobik, comel sangat. Lepas selesai sessi senamrobik, semua berebut cari air hahhaaa. Kebetulan kotak air ni kat sebelah aku, mak ai siap kena rempuh ni. Hihiiii almaklumla anak-anak. Nasib baik ajk sukan dah panggil untuk sessi merentas taman. Takla jauh pun, keliling padang je. Tapi mereka ni bukan berlari anak ye tapi berlari pecut hahaa, sukahati la dik.

Aku tak tunggu pun mereka selesai bersukan. Tepat 10.20 pagi aku balik nak sambung tido hahaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan