SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 6 November 2013

Alpa Dengan Pinjaman Allah

Kita sebagai hamba Allah yang kerdil ni kekadang alpa dengan anugerah yang Dia dah bagi. Mula la kita rasa diri ni terlalu tinggi darjatnya sampai satu tahap dah tak mampu nak menundukkan muka ke bawah. Terlalu agung dan angkuh diri sehingga tak mampu nak merasa sedikit kepayahan pun. Sesungguhnya aku tau Allah memandang sama sahaja umatnya.

Di suatu masa dulu, kau bukan lah dari golongan permata apatah lagi kilauan emas. Hadir dari ceruk belukar yang nan sentiasa bermandikan becak lumpur tatkala hujan menimpa. Tidurmu juga bertemanlan alunan unggas dan ciuman sang nyamuk. Tapi kini bila kau telah di beri sedikit anugerah Allah kau terlupa akan asal dirimu. Sehinggakan orang disekelilingmu merasa sungguh jauh berbanding kau yang dulu.

Terasa aku bersyukur dengan apa yang aku ada, takut terkadang aku terlupe bahawa semua anugerah itu sekadar pinjaman. Pinjaman yang tidak kekal abadi bersama. Tanpa isyarat Dia mampu untuk menariknya kembali. Tat kala itu, sekiranya kau sedar akan keangkuhan kau itu, harapku kau mula lah untuk menunduk diri semoga Dia mengampunkan kealpaan kau itu.

Aku kagum serta bersyukur melihat kau lebih dekat akan Dia berbanding aku yang terasa masih jauh di sisi Dia. Tidak merasa kah kau, dalam perubahan baik mu itu, kau mula merasa diri itu terlalu baik sehinggakan kau hanya dapat melihat yang tidak baik pada orang sekeliling kau.

Aku sedar akan perubahn mu itu, sedikit demi sedikit memang membuatkan mereka-mereka menjauhkan diri malah terasa jauh tarafnya berbanding kau. Aku di sini, hanya sekadar memandang dan tidak sekali untuk bersama-sama alpa dengan anugerah tuhan itu. Dan sesungguhnya aku tidak terkesan dengan anugerah yang Dia telah beri kepada kau tetapi aku terkesan kerana kini kau semua telah mula jauh dari genggaman erat semua.

Sesungguhnya aku tau Allah memandang sama sahaja umatnya. Ku harap semoga kau tidak terus alpa dan angkuh dengan anugerah yang telah diberi.


*aku terasa tidak mampu untuk berada di sisi kau lagi. Biarla aku dengan dunia ku tidak lagi aku mahu mencampuri hal urusan mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan