SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 26 November 2013

Kursus Asas Instruktor (Lanjutan) di IKBN K. Langat

Kehadiran aku sebenarnya kelulusan last minute. Hubby bagi pergi jam 7.10 pagi hari kejadian jugak. Hurmm nasib baik aku pergi, banyak ilmu yang aku dapat hasil dari tunjuk ajar Along (Tenaga Pengajar)dan cikgu-cikgu aerobik yang lain.

Datang-datang je terus duduk kat tempat biasa makan dulu. Tapi memasing makan sikit je sebab tau lepas ni nak buat senaman pagi dulu.

Sessi mendengar sedikit taklimat dari pihak urusetia sebelum sessi pembelajaran di mulakan

Untuk 2 hari ni, ini lah yang aku belajar. Senang cerita cara kau nak jadi instruktor kat depan. Nak susun step, dapatkan beat yang betul, counting yang betul. So far In Sya Allah aku boleh, cume aku ni perlukan sedikit latihan baru boleh confident nak bagi instruk kat depan.

Antara kenalan-kenalan baru. Haii korang. Sambil beraerobik sebenarnya kita boleh buat kawan. Musuh pulak jangan di cari.

Sessi penyampaian sijil. Done for 2 days. Alhamdulillah walaupun dapat hadir pada last minute. Ilmu yang aku dapat tu sebenarnya berharga sangat. Nasib baik last minute dapat gak pergi hahaaaa..

*Cari lah ilmu walau hingga ke negeri China. Tak kisah lah ilmu ape sekali pun. Masakan, menjahit, mengurut mahu pun aerobik. Tu semua jihad tau. Kalau niat tu baik dan kerana Allah..

Khamis, 21 November 2013

Perempuan Isteri Ibu

Mood ke laut sangat harini. Tanpa aku ketahui Dia dalam situasi yang sangat menyedihkan bagi aku. Mungkin kerana aku juga seorang perempuan isteri dan ibu.

Dia yang aku kenali hanya melalui catatan entry. Dari zaman gadisnya sehingga bergelar ibu. Dari seorang yang lalai dengan dunia kini sentiasa mengingati penciptanya. Alhamdulillah. Mungkin berkat dengan kehadiran permata hati.

Dia yang aku kenal. Cukup teratur dengan perancangan hidup, sesungguhnya Dia Aku dan kamu semua tahu. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Allahhuakbar.

Aku tak tahu ape yang menyesakkan hari-hari Dia. Dari setiap kata yang di tulis aku tahu ada sesuatu yang tersirat di benak fikiran Dia. Berselirat. Sesak. Semak. Tapi aku tahu Dia akan merintih dengan sang pencipta. Dan sekaligus mengingatkan aku juga bahawa Allah sentiasa ada mendengar doa dan keluhan umatnya.

Wahai Perempuan Isteri Ibu Anak. Bertabahlah engkau dengan dugaan Allah. Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar yang terbaik akan berpihak kepadamu. In Sya Allah, ape pun yang terjadi Allah sentiasa di sisi mu. Ingatlah Allah telah memberi kau permata hati yang bisa menjadi semangat untuk kau terus menjalani wayang dunia.

Simpan lah rasa sakit hati. Tenung lah wajah si permata hati dalam-dalam. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Chin up dear. May Allah bless u..




Isnin, 11 November 2013

Senamrobik di Taska Kowaja Taman Dato Hormat

Taska kowaja ni under Koperasi Kowaja tak silap aku. That why nama taska ni Kowaja. Tempat asuhan kanak-kanak sehingga berumur 6 tahun dan dijadikan tempat transit bagi kanak-kanak yg telah bersekolah. Minta diperbetulkan lah kalau aku salah ye ;) Cikgu Taska ni mintak dari Sis Watie bagi sedikit senaman pemanas badan kepada anak-anak taska. So di sini lah kami pada Sabtu jam 8.00 pagi (^-^)

Bergambar dulu sebelum sessi senamrobik. Tak sah ok klu tak bergambar dulu. Sis Watie n sis Fir thumb up for u alls. Actually aku kagum dengan semangat diaorang ni. Bila aku bersama diaorang semangat aku pon same naik bertingkek-tingkek heheee.

Bersama Cikgu Taska, if im not wrong Cikgu Su nama empunya diri. Sangat baik dengan anak murid pada pandangan mata aku la ye. Kalau tak, takkan anak murid berlari-lari peluk dia kan. Sweet sangat tengok bebudak tu. Tapi kalau korang kata tak, tak la ye.

Semasa sessi senamrobik aku tengok anak-anak kecil ni semangat betul selama 30 minit tu. Step yang we all buat mereka mampu untuk follow. Dalam hati surprise sangat. Yang berusia 2 3 tahun pun bersenam jugak rasa macam semacam je tau aura dia. Kat belakang anak-anak ni ada la segelintir ibu bapa yang sporting sama-same join beraerobik dengan anak-anak diaorang. Pakai selipar pun ok je ibu bapa ni follow kitorang heheee. Tapi sorry pict xde hehee.

Semasa di atas stage, muka aku senyum je tengok gelagat bebudak tu bersenam. Hurmmm seronok kan jadi bebudak. Mereka dengan dunia mereka sebelum mereka benar-benar mengenali realiti kehidupan. Acik Wawa doakan adik-adik semua sentiasa dilindingi Allah dan berjaya dunia akhirat ye. Aminn..

Seronok tengok gelagat anak-anak ni beraerobik, comel sangat. Lepas selesai sessi senamrobik, semua berebut cari air hahhaaa. Kebetulan kotak air ni kat sebelah aku, mak ai siap kena rempuh ni. Hihiiii almaklumla anak-anak. Nasib baik ajk sukan dah panggil untuk sessi merentas taman. Takla jauh pun, keliling padang je. Tapi mereka ni bukan berlari anak ye tapi berlari pecut hahaa, sukahati la dik.

Aku tak tunggu pun mereka selesai bersukan. Tepat 10.20 pagi aku balik nak sambung tido hahaaa..

Rabu, 6 November 2013

Review Insidious 2 & Thor 2

Tadaaaaaa.. Amik ko setiap minggu dok melepak kat panggung (^-^)

Seriously dah mahal la tiket wayang sekarang. Sekali masuk RM15 x 2 orang = RM30 (Couple seat). Jangan kata kalau takde duit amik la single seat. Yela hubby mak jemah kan besar sikit plus susah nanti nak polok polok :p Nampak gaya kena la cari alternatif lain kalau nak tengok movie baru T_T

Kami dok lepak, sambil amik gambar verangan buget retis macam lawa hehehee. Ape lagi nak buat itu je la dengan Hani nye tak tau duduk diam. Sabar je aku ni. First aku tengok Insidious 2. Ok la walaupun aku tak tengok siri 1. Masih boleh faham sebab dia ada review dari siri 1 so tak la aku nganga mulut je tak faham. Story tentang roh yang cuba untuk memiliki tubuh seorang lelaki berkeluarga.

Pict ni masa tengok second movie Thor 2. The next week aftar Insidious 2. Mengisahkan Thor anak ke-2 yang perlu menjaga keamanan 9 alam. Awesome sangat tapi kalau ade tengok The Avengers kot tu terlalu awesome sangat hehehee. Thor tu handsome sangat ko hahaaa, 6 pax tu buat mulut i nganga tau. Nangis ni kalau hubby baca. Tapi u alls, hubby punya 2 pax bulat tetap jadi pujaan hati ku tau hahaaaa (^-^)..

Alpa Dengan Pinjaman Allah

Kita sebagai hamba Allah yang kerdil ni kekadang alpa dengan anugerah yang Dia dah bagi. Mula la kita rasa diri ni terlalu tinggi darjatnya sampai satu tahap dah tak mampu nak menundukkan muka ke bawah. Terlalu agung dan angkuh diri sehingga tak mampu nak merasa sedikit kepayahan pun. Sesungguhnya aku tau Allah memandang sama sahaja umatnya.

Di suatu masa dulu, kau bukan lah dari golongan permata apatah lagi kilauan emas. Hadir dari ceruk belukar yang nan sentiasa bermandikan becak lumpur tatkala hujan menimpa. Tidurmu juga bertemanlan alunan unggas dan ciuman sang nyamuk. Tapi kini bila kau telah di beri sedikit anugerah Allah kau terlupa akan asal dirimu. Sehinggakan orang disekelilingmu merasa sungguh jauh berbanding kau yang dulu.

Terasa aku bersyukur dengan apa yang aku ada, takut terkadang aku terlupe bahawa semua anugerah itu sekadar pinjaman. Pinjaman yang tidak kekal abadi bersama. Tanpa isyarat Dia mampu untuk menariknya kembali. Tat kala itu, sekiranya kau sedar akan keangkuhan kau itu, harapku kau mula lah untuk menunduk diri semoga Dia mengampunkan kealpaan kau itu.

Aku kagum serta bersyukur melihat kau lebih dekat akan Dia berbanding aku yang terasa masih jauh di sisi Dia. Tidak merasa kah kau, dalam perubahan baik mu itu, kau mula merasa diri itu terlalu baik sehinggakan kau hanya dapat melihat yang tidak baik pada orang sekeliling kau.

Aku sedar akan perubahn mu itu, sedikit demi sedikit memang membuatkan mereka-mereka menjauhkan diri malah terasa jauh tarafnya berbanding kau. Aku di sini, hanya sekadar memandang dan tidak sekali untuk bersama-sama alpa dengan anugerah tuhan itu. Dan sesungguhnya aku tidak terkesan dengan anugerah yang Dia telah beri kepada kau tetapi aku terkesan kerana kini kau semua telah mula jauh dari genggaman erat semua.

Sesungguhnya aku tau Allah memandang sama sahaja umatnya. Ku harap semoga kau tidak terus alpa dan angkuh dengan anugerah yang telah diberi.


*aku terasa tidak mampu untuk berada di sisi kau lagi. Biarla aku dengan dunia ku tidak lagi aku mahu mencampuri hal urusan mu.

Jumaat, 1 November 2013

Jerawat Oh Jerawat

Stresssnye T_T

Seumur aku 27 tahun aku bukan la seorang yang mempunyai jerawat kat muka. Setakat 1 2 das tu biasalah, pemanis muka. Tapi masalahnya sekarang muka aku macam kena tabur dengan jerawat. Huwaaaaaa tak suka tak suka. Benci benci benci. Cane ni u alls T_T.

See u alls nampak tak. Muka aku ni siap bengkak sebelah sebenarnya. Lepas tu bahagian pipi rasa panas. Confident level i merundum tau. Since monday la ni, dia start naik mula dari dagu sampai la ni dah naik kat pipi.

Sebab aku makan seafood ke. Yela minggu sebelum ni kan aku melantak seafood tak hengat. Pastu aku ada makan supplement. Tapi takkan la sebab bukan untuk kecantikan pun. Produk Amway rasanya dah bertahun-tahun bertapak kat Malaysia ni. Aku makan Calcium, Lacithin E dan Bio C. Hurmm.

So sebagai conclusion nya, aku try tak makan Lacithi E dulu. Sebab setahu aku produk ni untuk membaiki darah tersumbat, memecah lemak. Mungkin disebabkan darah aku kotor so terkeluar la jerawat kat muka yang gebu ni. Entah la aku try and error dulu, mana tau mungkin ada kandungan tablet yang aku tak boleh makan.

Seriously since muka aku naik jerawat ni. Aku tak de nak garu muka. Walaupun subhanallah gatal tu memang Tuhan yang tahu. Tapi dalam hati ni memang buat bersabar je. Takut nanti merebak pastu tinggal kesan pulak. Ishhh ngeri ngeri tak nak. Dalam hati aku bukan jerawat ni, tapi entahla. Sebab muka aku ni macam muka orang kena gigit nyamuk merah merah dah. Alahaiii muka.

Sabar ye wawa. Nanti gebu la balik pipi tu. Tak nak tak nak tak nak sedih k. Hubby pun dah malas nak layan, addict beauty sangat kan :)Tapi tak cantik pun sebenarnya. Cukup la sekadar manis dipandang. Hehheee sebab dari dulu takde orang cakap aku cantik. Manjang cakap aku manis je. Tau la aku ni hitam hitam si tompok manis huh..