SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 17 Oktober 2013

Lutut Berbunyi "Kreukk"

Korang pernah tak mengalami masalah lutut berbunyi kat lutut kiri aku ni.
Aku sekarang perasan lutut kiri aku ni mengeluarkan bunyi macam pinti di buka tutup, T_T tension mak dengar. Rasanya aku masih dikategorikan masih dalam usia muda lagi tapiii.

Mungkin disebabkan masa zaman sekolah aku seorang yang aktif, berkawad start dari form 2-5, jungle trackking, PLKN, zaman IPT dok sebok bertarian je, dah zaman berkerja sampai hari ni beraerobik pulak. Ye, mungkin disebabkan faktor ni. Penjagaan lutut is very takde uhuks :)

Aku dapat info dari En. Google, so aku share untuk korang sekali ye yang ada masalah macam aku ni.

Sebenarnya ada 2 jenis rawan pada lutut :

rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)
rawan artikular - berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.

Rawan tidak memiliki bekalan darah (avaskular),sekiranya berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Di antara simptom kerosakan rawan ialah :

lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.
sakit pada sendi
sendi bengkak
lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan


See nampak tak, beza antara tulang rawan yang cedera dan yang masih baik. So sekarang aku tengah nak cari mana-mana supplement untuk tulang rawan aku ni. Aku nak pakai lama lagi noks, lama lagi nak pakai.

Ade suggestion tak korang. Produk yang biasa aku makan Amway tapi biasa tak sure la ade ke untuk rawan. Cari maklumat tak jumpa plak. Shaklee, nama yang selalu gak aku dengar baru-baru. Ok ke produk dia, halal tak.


Nota : Aku hidup tak pernah rehatkan kaki aku ni. Hurmmm pasni mesti cari something untuk lutut aku ni

4 ulasan:

  1. Hai wa..akhirnye i da jumpa u punye blog..good..dpt brkongsi mklumat..
    jga2 lutut tu..mcm kta tdi "nk pkai lama"..fitness dance mnunggu..huhuhu

    BalasPadam
  2. Hahahaa hi kak ju.. Welcome to my blog.. i share mane yang i mampu, yang tak mampu i simpan ketat2 he3.. Pasal lutut tu, i tengah cari something supplement untuk musle joint. Tak tau la, maybe nak try shaklee kot he3.

    Fitness dance. Hahaa dah umum kan akan diadakan pada 16.11.2013.. Jom berlatih..

    BalasPadam
  3. Hye sis.. saya pn ade masalah ltut berbunyi gak.. huhu.. mula2 tak sedar pun.. tapi bila naik tangga.. dengar bunyi.. seram jugak la sebab jalan sorang2 malam2 buta.. hehe.. sekarang macam mana? bunyi lagi ke sis pnye lutut..? ade treatment o suppliment x ?

    BalasPadam
  4. umur saya muda lagi 33 tahun..dalam 2,3 bulan ni tiba2 lutut boleh berbunyi lak,masa sembahyang masa naik tangga lagilah kuat bunyinyer..takut sakit lutut kronik pulak masa umur 40 nanti,tapi badan saya naik mendadak tahun lepas..dulu 68kg sekarang dah 80kg..rasanya sebab gemok,saya nak kuruskan badan dulu pastu baru cari ubat lutut tu..yang belum mengalami lutut berbunyi sentiasa jaga berat badan anda...

    BalasPadam