SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 3 Oktober 2013

Hasil Cukai Hani Qaisarah

Cakap pasal cukai, korang jangan ingat LHDN je tau..
Ni anak aku pun tau nak cukai mak apak dia, redha je la. Sebab hasil cukaian tu masuk dalam tabung Kitty dia. Actually tabung ni tabung yang ke dua selepas tabung kelapa dari Bank Pertanian tak silap aku. Tapi jodoh tak panjang, pecah. Ko tau la Hani kalau boleh nak berpeluk je dengan kelapa tu, owhh Hani panggil kelapa tu Baby. Bit funny tapi tak kisahla nak..

Setiap hari antara pagi atau petang dia mesti mintak duit, lagi suka kalau dapat duit syiling. Baba dia baru je masuk rumah keluarkan wallet semua, dia dah menadah tangan mintak duit he3. Mama ko senyum je la pandang. Belum lagi kes, makan kat kedai mamak tu nak bagi duit baki Hani dah mintak dulu dengan mamak, "Nak wet masauk Kitty"..

Seronok Hani dengan syiling dia, mama pun tumpang seronok anak dah pandai menabung :)

Kalau dengan aku, memang Hani tak bercakap. Nampak handbang mama tersadai nampak wallet terus gali cari wellet. Alahaiii anak, tapi biasanya aku bagi dalam 2 3 keping. Tak jadi hal la sebab masuk tabung pun ngeh ngeh ngeh.

FYI, atok abah dia ni rajin bagi Hani duit, tak kisah lah syiling ke kekadang kalau baru lepas gaji tu dia hulur kat cucu dia yang sorang ni note merah. Aku tukang simpan la tapi kalau syiling ke RM1 ke aku suruk dia masuk tabung je. Suka tengok anak bertepuk tangan suka..

Nie hasil collection Hani dalam 3 bulan la. Total RM53.45 dan semalam atok abah bagi lagi duit kat Hani. Dan tadi tengahari dah selamat aku masukkan RM65.00 dalam Tabung Haji, alhamdulillah. Walaupun sikit, aku tak kisah tu pun kira menabung untuk masa tua jugak. Hajat aku nak daftarkan Hani untuk pergi Haji, mana tau rezeki dia nak ke tanah suci tu ada tapi belum berkesempatan..



Hani :)Ape pun Mama buat mesti fikirkan Hani dulu. So jadi anak yang baik ye. Hal duit tu mama tak kisah untuk anak mama jugak. Setakat ni mama cuma mampu buat potongan RM10 je setiap bulan untuk Hani tapi setiap kali mama ada urusan kat TH mama tak lupa untuk masukkan sedikit untuk Hani. Alhamdulillah duit Hani dalam TH lebih banyak dari Mama hahaaaahaa.. Mama sayang Hani banyak-banyak :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan