SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 31 Oktober 2013

Tak Jujur Dalam Berniaga

Aku nak mengadu ni, kenapa lately ni aku selalu terkena dengan peniaga yang tak jujur. Aku makan kat sebuah kedai ni, dah selalu makan kat situ so rate harga tu memang dah tau. Dalam hati tak la berkira sangat, cuma merungut sikit sebab rasa macam kena bodoh pun ada. Kalau sekali kena boleh tutup mata, kira bukan rezeki aku la kan. Mungkin tersilap ke tapi bila dah kali ke dua. Aku rasa macam, ishhh kenapa ko ni..

Situasi

1- Dia dah kira dengan kalkulator, tap tap tap amount RM14.80. Dia mintak kat aku RM15.00. OOOk ada penggenapan harga agaknya. Ok fine itu kali ke dua aku kena kat kedai yang sama.

2- Aku beli Teh O Ais bungkus satu. Dia punch RM1.40 tapi mintak aku RM1.50.

Fine. Mesti korang kata aku kedekut kan. Yela seposen pon nak berkira. Bukan berkira tapi aku rasa macam dia tak hormat aku as a customer. Feel sedih tau, sedih la sangatkan hehee. Tapi rasa macam diperbodohkan la. Hilang respect aku kat peniaga macam ni..

Aku halalkan dont worry. Tapi next time please lebih jujur ye, nanti Tuhan marah. Tak berkat nanti keuntungan yang kita perolehi. Sedihkan macam tu, kita ni berniaga nak lama. Kalau ada customer yang sentap, tak nak dah datang lagi.

Aku pernah kena harga macam melampau. Taktau la maybe salah kira kot. Aku suruh cashier tu tulis satu-satu harga makanan yang aku beli. Fine almost 7 ringgit tau. Itu sebab terlalu tak logik. Dan sengeh je la ko mampu, no sorry kan. Hurmmm..

Saya sayang family saya. Motif hehehe. Nak jugak tenyeh gambar kan.

Ahad, 27 Oktober 2013

Jam Ini Milik Mu

Hahhahaaa.. Maaf la baba, hari ni mama pinjam jam tangan baa.
Mesti hangin kan baba mencari jam satu rumah tapi tak jumpa :0)

I is so malas nak mencari jam yang entah kat mana.
Punca dan sebab is terbangun lambat aptb.
Aku kalau pergi kerja tak pakai jam tangan, macam pergi keje tak pakai bra ko tau. Sangat tak selesa. Terasa kosong hahhahaaaa..



#Jam tangan#Pertunangan#Hantaran#

Jumaat, 25 Oktober 2013

Makan di Flaming Steamboat Buffet

Hujung minggu lalau saje la aku ajak satu family makan-makan kat sini. Biasa kalau aku nak makan steamboat aku mesti nak ke Seol Gaerden. Tapi aku rasa tempat ni pun boleh tahan juga. Harga, variasi makanan, tempat, masa. Ok la, not bad. Insya Allah akan datang lagi ke sini.

Harga bagi dewasa RM28.50 dan kanak-kanak berapa tahun ke atas (tak sure) RM10.90. Tax ade tak ye, hurmmm tak tengok bil pulak hi3. Makanan boleh tahan sedap, stok makanan mentah cepat refill, ice cream, air, mashmello coklat hi3 dan lain-lain yang tak tahu aku nak terjemahkan macam mana..

Sori pict makanan aku tak dapat ambik, almaklumkan aku duduk kat tepi dinding dengan pegang anak lagi. Alasan je ko tau kan, maaf. And aku recommend kat korang, sebab aku tau kalau kat tempat yang tut RM38 kan belom masuk tax hi3. Tapi tempat tu kelebihan dia boleh grill, heaven :)

Kami yang sangat sepadan. Sepadan ke Jah. Hurmmm pujaan hati yang mekar membara. Blueerkk :P

Adik aku Ima and someone Mr Nor :). Insya Allah takde aral tahun depan bertunang.

Dan yang lain-lain. Ko tengok ayah aku, dah sakit-sakit pun gigih lagi nak folloe kan. Sukahati, nak naik tangga mencungap pon takde masalah nak ikut punya hal heheee.

Ni je gambar suasana kat sana. Meja tengah ni dia letak makanan macam nasi goreng, mee goreng, kari ayam dan makanan gorenf yang lain. Depan meja kat dinding dia ketak minuman panas, sejuk, gas. Actually kedai ni 2 kedai dijadikan 1. Ada area atas dan bawah. Dibuka tak silap jam 5 hingga 12 malam.

Sebelum balik amik gambar dulu. Seronok jugak sesekali berkumpul kat luar macam ni. Maybe next time boleh buat lagi la.

Ehhh gambar kereta pun ada, hahaaa nak tunjuk parking sebenarnya, mudah atau senang heheee. Kat bawah ni address dia kalau korang nak try makan kat situ. Dekat dengan Giant Bukit Naga tak silap aku. Sampai pagi aku kekenyangan ko tau. Ok daa :)

No. 7 & 9, Jalan Kemuning Prima A33/A, Seksyen 33, 40400 Shah Alam, Selangor, Malaysia ‎

Ahad, 20 Oktober 2013

Kursus Zumba Kolej Komuniti K.Langat

Sabtu 19.10.13 aku join Kursus Zumba "katanya". So aku dgn semangat pagi-pagi dah siapkan nasi lemak untuk hubby and hani. Tapi korang tau, ade ke diaorang cakap nasi lemak aku tak sedap. Ishhh aptb, merajuk dah aku xnak masak lg. Nak mkn sila la beli. Buat aku sentap je. Hani siap makan dan muntah cakap tak sedap. Sentap mak T_T, batu belah batu bertangkup. Telan lah aku, kunyah lah aku T_T

Aku di hari kejadian;) Hahaa tak sah kalau tak tepek gambar tuan blog kan. Bila tengok pict body sendiri rasanya belum ada shape la kan. Korang jangan la kutuk aku, cakap beraerobik beria tapi body hampeh. Tapi the problem is makan makan makan makan and makan. Dokter please jangan cakap saya obey ye. Saya akan berusaha lagi.

Teach by Siti Syuhaila bt Zahari lecture dari KKKL. Rasanya event dah bertukar dari kursus zumba ke party zumba kot. Hhahaaa, nak story lebih pon tak boleh tapi yang penting we all enjoy sangat teeheeee ;)

Antara perserta yang hadir. Walaupun sebenarnya peserta yang hadir tu dari berbagai group tapi we all enjoys sangat. Selain dari faktor beraerobik untuk stamina, aku boleh buat kawan. Kan seronok bila kita boleh kenal ramai orang. Tapi ada jugak certain individu yang tak boleh buat kawan. Hahaha ni jenis orang memang kena pulau baru nak sedar diri kot. Excuse me, ada ok jenis manusia macam ni. Tapi alhamdulillah, semua peserta on that day sangat sporting. Takde beza antara ko dari group mana. Thumb up gurls.

Ahhh bebel plak aku. Korang layan gambar ye. Takde ape tip yang boleh aku nak share kat sini heee.

2 orang kat depan tu atie dan firdaus. Syokkk tengok dorang dance, semangat jadinya aku ni. Ni sesi baru nak bermula, memasing baru nak ambil tempat duduk.

Wajah-wajah ceria. Atas : Kak ena,zana, atie,Gbam, nurul. Bawah :Kak Ju, Wawa gojes,Fir, Lily. Yang namanya kak Ju tu, first cekgu yang aku mula-mula join aerobik tahun 2007 ke 2008. Since now 2 3 tempat aku ikut. He3, almaklumla aku jenis tak kisah nak g mana-mana ye. Sebab aku orang yang berkerja so ikut mana masa aku free.

Perlu sebut nama ke. Takyah la, tengok je ye. Sorry. Muka yang sama je kan.

Last bergambar bersama lect. Sorry lect, anak murid u over sangat. Ape pun on that day we all have a best moment. Rasanya next time kalau ada lagi event zumba zombi macam ni i nak join lagi.


Nota kaki :
Hi my new silent reader. Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ni. Blog ni sekadar berkongsi perjalanan hidup yang kekadang tak selalu indah dan kekadang terlebih indah. Harap u all enjoy.. _wawa_

Khamis, 17 Oktober 2013

Lutut Berbunyi "Kreukk"

Korang pernah tak mengalami masalah lutut berbunyi kat lutut kiri aku ni.
Aku sekarang perasan lutut kiri aku ni mengeluarkan bunyi macam pinti di buka tutup, T_T tension mak dengar. Rasanya aku masih dikategorikan masih dalam usia muda lagi tapiii.

Mungkin disebabkan masa zaman sekolah aku seorang yang aktif, berkawad start dari form 2-5, jungle trackking, PLKN, zaman IPT dok sebok bertarian je, dah zaman berkerja sampai hari ni beraerobik pulak. Ye, mungkin disebabkan faktor ni. Penjagaan lutut is very takde uhuks :)

Aku dapat info dari En. Google, so aku share untuk korang sekali ye yang ada masalah macam aku ni.

Sebenarnya ada 2 jenis rawan pada lutut :

rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)
rawan artikular - berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.

Rawan tidak memiliki bekalan darah (avaskular),sekiranya berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Di antara simptom kerosakan rawan ialah :

lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.
sakit pada sendi
sendi bengkak
lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan


See nampak tak, beza antara tulang rawan yang cedera dan yang masih baik. So sekarang aku tengah nak cari mana-mana supplement untuk tulang rawan aku ni. Aku nak pakai lama lagi noks, lama lagi nak pakai.

Ade suggestion tak korang. Produk yang biasa aku makan Amway tapi biasa tak sure la ade ke untuk rawan. Cari maklumat tak jumpa plak. Shaklee, nama yang selalu gak aku dengar baru-baru. Ok ke produk dia, halal tak.


Nota : Aku hidup tak pernah rehatkan kaki aku ni. Hurmmm pasni mesti cari something untuk lutut aku ni

Selasa, 15 Oktober 2013

APPETON LYSINE untuk Hani

Salam.. Entry ni dah lama sebenarnya dah lama aku buat, sebulan maybe hi3. Tapi dek kerana terlupa maka terduduk la dia dalam draf..

Ok, seperti sedia maklum Hani ade masalah berat dan tinggi yang tidak meningkat. Biasanya check up umur 2 tahun di klinik, pihak klinik akan panggil masa umur 2.6 tahun. Tapi Hani masih dipanggil, untuk 2.1 tahun & 2.3 tahun. So atas nasihat nurse mereka suggest kan aku bertukar susu dan makan supplement T_T..

First- Susu done, aku bertukar ke Dumex (gagal, Hani cirit-birit sama macam dia minum susu S26, Anmum) so aku cuba Dutch Lady ok ngam. Takde masalah nampaknya, so dah 2 bulan Hani minum susu DL. Alhamdulillah serasi..

Second-Aku pergi farmasi cari ada la supplement and ada beberapa jenis. Tapi untuk jenama Appeton ada yang cecair dan gula-gula. Aku tanya tentang rasa, bau, struktur nasib baik budak tu tau jawab so taklah susah aku nak decide beli yang mana. So aku beli yang cecair, sebab boleh masukkan dalam susu dan hanya 1 kali sehari. And memang ada berubah sikit bau susu tu. Tapi alhamdulillah Hani bukan jenis yang susah makan ubat so boleh bagi direct..

Tak sabar nak tengok perkembangan Hani lepas 2 bulan. Hope Hani dapat membesar dengan sihat. Mama LOVE u Honey :)

Ahad, 13 Oktober 2013

Puasa untuk Hari Raya Aidiladha

Asalamualaikum..
Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan buat pertama kalinya aku pun terpanggil bersama-sama mereka untuk menjalankan ibadah puasa sunat ni. Insya-Allah kalau diizinkan berjaya lah aku berpuasa untuk hari ni..

Hukum berpuasa :


Dan kelebihan berpuasa sunat arafah ni :


Kerana sedar akan diri kerdil aku yang alpa dan selalu melakukan dosa ni. aku rasa ada baiknya aku berpuasa dan mari lah kita bersama-sama menjalani ibaah puasa Arafah ni. Wahhh, ustazah sangat kan hi3. Semoga diri kita semua lebih dekat dengan Allah dan sentiasa dalam lindungan Nya, Aminnn..

Khamis, 3 Oktober 2013

Hasil Cukai Hani Qaisarah

Cakap pasal cukai, korang jangan ingat LHDN je tau..
Ni anak aku pun tau nak cukai mak apak dia, redha je la. Sebab hasil cukaian tu masuk dalam tabung Kitty dia. Actually tabung ni tabung yang ke dua selepas tabung kelapa dari Bank Pertanian tak silap aku. Tapi jodoh tak panjang, pecah. Ko tau la Hani kalau boleh nak berpeluk je dengan kelapa tu, owhh Hani panggil kelapa tu Baby. Bit funny tapi tak kisahla nak..

Setiap hari antara pagi atau petang dia mesti mintak duit, lagi suka kalau dapat duit syiling. Baba dia baru je masuk rumah keluarkan wallet semua, dia dah menadah tangan mintak duit he3. Mama ko senyum je la pandang. Belum lagi kes, makan kat kedai mamak tu nak bagi duit baki Hani dah mintak dulu dengan mamak, "Nak wet masauk Kitty"..

Seronok Hani dengan syiling dia, mama pun tumpang seronok anak dah pandai menabung :)

Kalau dengan aku, memang Hani tak bercakap. Nampak handbang mama tersadai nampak wallet terus gali cari wellet. Alahaiii anak, tapi biasanya aku bagi dalam 2 3 keping. Tak jadi hal la sebab masuk tabung pun ngeh ngeh ngeh.

FYI, atok abah dia ni rajin bagi Hani duit, tak kisah lah syiling ke kekadang kalau baru lepas gaji tu dia hulur kat cucu dia yang sorang ni note merah. Aku tukang simpan la tapi kalau syiling ke RM1 ke aku suruk dia masuk tabung je. Suka tengok anak bertepuk tangan suka..

Nie hasil collection Hani dalam 3 bulan la. Total RM53.45 dan semalam atok abah bagi lagi duit kat Hani. Dan tadi tengahari dah selamat aku masukkan RM65.00 dalam Tabung Haji, alhamdulillah. Walaupun sikit, aku tak kisah tu pun kira menabung untuk masa tua jugak. Hajat aku nak daftarkan Hani untuk pergi Haji, mana tau rezeki dia nak ke tanah suci tu ada tapi belum berkesempatan..



Hani :)Ape pun Mama buat mesti fikirkan Hani dulu. So jadi anak yang baik ye. Hal duit tu mama tak kisah untuk anak mama jugak. Setakat ni mama cuma mampu buat potongan RM10 je setiap bulan untuk Hani tapi setiap kali mama ada urusan kat TH mama tak lupa untuk masukkan sedikit untuk Hani. Alhamdulillah duit Hani dalam TH lebih banyak dari Mama hahaaaahaa.. Mama sayang Hani banyak-banyak :)

Selasa, 1 Oktober 2013

Happy 3rd Anniversary Dear

Assalamualaikum..

Di hari yang penuh barakah ini, tanggal 1hb Oktober 2013 genaplah 3 tahun perkahwinanku bersama hubby (Mohd Hafiz). Sepanjang menjalani kehidupan perkahwinan ini, lahirlah hasil dari benih kasih dan cinta kami (Nor Hani Qaisarah & Nor Hani Maisarah). Terima kasih Allah sebab memberikan aku mereka-mereka yang sangat awesome ini. Semoga perkahwinan aku ini akan kekal abadi hingga ke Jannah. Love you all ketat-ketat..


Nikah 1.10.10 (Jumaat)
Bersanding belah aku 3.10.10 (Ahad)
Bersanding belah hubby 10.10.10 (Ahad)

Suatu masa dulu, kad jemputan perkahwinan ni lah yang aku pilih ngeh ngeh ngeh. Warna putih, kertas keras, bercorak bunga timbul dan tulisan warna silver. Simple but nice bagi aku, aku pilih yang murah-murah je RM0.50/pcs. Sebab dalam kotak kepala aku cakap, lastly diaorang buang jugakkan kad aku tu T_T. Tapi kalau ada yang simpan buat collection tak tau plak aku kan..

Semalam borak-borak dengan hubby atas motor, baba bawak Hani jalan-jalan. Atas motor tu saja wish kat dia :

Aku : Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 30 Tahun :)
Hubby : Eh banyak sangat tahun, kenapa dah terasa lama ke?
Aku : Saja ;)Mana tau panjang umur kita, panjangla lagi jodoh kita dapat kita hidup bersama lama-lama sampai 30 tahun lagi. Umur ma pun dah 57 tahun nanti (dalam hati terbayang situasi tua nanti).
Hubby : @_@ speecless kot..

Moga masih ada lagi ruang dan peluang untuk aku hidup bersama mereka yang awesome ni. Mesti korang tertanya-tanya ade yang speciel ke, hahaaahaaaa ada tapi tunda minggu depan. Kitorang akan bercuti ke LANGKAWI lagi,ye LANGKAWI lagi tapi just bercuti dan luangkan masa. No shopping shopping. Kalau ikut dalam perancangan, jalan lepak pantai, island hopping, makan laksa, rojak singapore, ikan bakar, naik jambatan gantung bagai. Insya-Allah sekiranya diberi kesempatan..