SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 10 September 2013

Kemalangan Kecil Di Hujung Minggu

Macam biasa kalau hujung minggu aku anak beranak memang jarang melekat kat uma, hahhaaa biasa la ambil kesempatan hujung minggu spend time bersama. So ahad lepas, hubby ajak pergi office dia ada nak settle keje, so on the way dalan 10 minit hubby baru perasan kunci office tak bawak. Berpatah balik lah kitorang, dalam hati aku dah bercakap "tak baik dah berjalan patah balik ni"..

Dalam kul2.00 petang nak dijadikan cerita masa baru nak masuk ke gear dua tibe-tibe ada motor berdentum dari tepi kereta. Memang bersepah lah diaorang kat jalan tu. Tapi hubby cepat himpit ke kiri sikit sebab takut ada kenderaan lain yang hentam bebudak tu..

So hubby suruh bebudak tu ketepi, mintak jumpa dengan mak ayah, dia boleh dengan takde adapnya "Takde ape la bang " terus blah dan budak yang belakang cakap "butuh. Hahahaa silap la derrr, Hubby terus pecut kejor bebudak tu tapi tak dapat (bebudak tu lari ke jalan kampung). Plat motor dah awal-awal aku tulis..

So hubby decide report polis, sebab kalau boleh biar settle luar je hal kecik. Tapi bak kata hubby, kadang-kadang bebudak ni kena di ajar beradap sikit. Selesai wat report, pergi cari owner sekitar Kg Batu 9, tak besar mana pun kampung tu. Tanya orang sekeliling semua, jumpa. Bincang dengan mak ayah dia, mereka sanggup bayar kos ganti rugi dan mintak hubby tarik balik report. Alhamdulillah semuanya ok, hubby pun bukanlah orang yang cengel dan tak boleh dibawa berbincang. Cuma kita ni sesama melayu kena la beradap sikit, yang salah tu tetap salah..

Bebudak tu masing-masing dah menangis, katanya takut kena pukul (Tingk.4 & 3 tuhhh..). Tapi hubby memang suaranya agak tegas, kalau aku pun lari hhahaaa :) Siap kena lect dengan hubby lagi adeeiii. Bebudak tu pun ade mintak maaf, mungkin itu pengajaran untuk diaorang supaya berfikir sebelum bertindak. Tapi aku rasa yang membawa motor tu macam takkan insaf (insting aku la), cara dia bawa motor tu langsung tak berfikir..

Pagi selasa bila hubby nak tarikh report tak boleh, lorrrr. Tarik report hanya untuk kes2 jenayah dll, kemalangan tak boleh. Untuk makluman korang jaga si pesalah akan dikenakan kompaun RM600 ye bukan seperti dulu RM300. Hubby kesian, ownwe motor tu kerja kampung je, dan lagi baru lepas raya kan. Hubby pergi bincang mintak buat rayuan untuk owner motor tu, alhamdulillah masih ada rezeki untuk mereka juga. Kadang-kadang bebudak ni tak tau bertapa susahnya mak abah ni besarkan diorang, alahaiiiii anak..

Proses baikpulih Yellow Baba makan masa 2 hari, dan kos ni paling murah sebab kalau nak change pintu baru cost adalah mahal ok. Lagipun baba tak sanggup takde kereta lama-lama hahhaaaa..

Nampak tak cermin kereta dah retak membelah bumi, aku lah yang tanduk tu. Aptb, biol kejap kepala aku. Dagu aku pulak menghentam dashboard, bengkak bawah dagu aku ni tau. Babaa boleh pulak cakap, Kepala mama memang dah teruji kekerasannya.. Aku mestilah nak selamatkan anak dulu, peluk kuat-kuat. Aku cedera takpe, kalau tengok anak cedera memang takla.. Nasib pintu Hubby ada ambil insurans cermin kalau tau, owner motor please la bayar.. :)

* Semalam bawak Hani g makan char kiew tiaw, Hani tanya baba dia..
" Babaa.. Babaa.. Mana kete babaa??" Sweet sangat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan