SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 27 September 2013

PELAT "R"

Salam semua..

Malam tadi aku laki bini dok berhimpit-himpit la depan TV, baru bilik kursus katanya. Haruslah berhimpit-himpit rindu kowt. Yang Hani dok silang kiri kanan, panas vontot dia bila tengok mama baba dia dah berhimpit-himpit macam tu. Terjejas kecomelan dia kot, dok cari akal nak selit kat mana, last last sentap sendiri. Hahahaaa tak bole bla tengok mama baba sendiri feelling bercinta, jeles sangat anak aku ni..

Berbalik kepada tajuk entry ni, aku laki bini baru tau malam tadi yang Hani pelat "R". Al kisahnya dia nak sebut "RINDU MAMA" tapi bungyi tu macam kelaut sikit. FYI hani tak pelat tau, patah perkataan dia dah terang tapi R R R R R R R R tu, ke laut T_T

OMG Baba, anak ko ni pelat. Ikut sapa la ni. Masing-masing dah saling berpandangan, tak ngaku pelat. Hahhaaa matik laki bini macam ni, hal pelat pun nak tuduh menuduh. Hani dah duk atas baba dia, nak tarik perhatian..

So hubby try ajar Hani A To Z, and confirm pelat "R". Hurmm mudah mudahan lama-lama lidah Hani lembutla sikit sebut "R" tu. Tak best la dik pelat-pelat ni, nanti nak baca Al-Quran pun susah tau. Takpe-takpe adik kecik lagi, slow slow ye. Nanti baba mama ajar lagi..
-------------------------------Sayang Hani banyak-banyak, Muah 143..

Isnin, 23 September 2013

KURSUS ASAS INSTRUKTOR SENAMROBIK 2013

Hi korang aku nak share aktiviti hujung minggu aku. Serius dalam hati mak dah teringat anak dan suami, kesian diaorang sendiri kat rumah. Hujung minggu tu terasa pendek sangat sebab tak dapat nak membuta sampai tengahari T_T, tapi takpe kerana ilmu ku ikutkan jua. Pahala jugakkan namanya..

Aktiviti berlangsung selama 2 hari (sabtu till ahad) jam 8-6petang bertempat di Institut Kemahiran Belian Negara Kuala Langat. Pict tak banyak sangat tau, ni pon nasib ade ihsan dari teman-teman, mak jemah malas nak bawak HP kehulu ke hilir..:)

Day 1 - Bergambar sebelum aktiviti bermula, actually muka-muka yang ada ni memang dah selalu jumpa so tali persahabatan tu dah mula ada walaupun jumpa tu kadang-kadang dan jarang sekali. Tak salahkan nak manis muka meramaikan kawan, bukan gediks tau. Tapi ada jugak dah berpuluh kali jumpa muka still ketat je, itu sumpah mak tak senyum lagi, aptb. Mak rasa dia buget good good tau, tak pon dia iri hati jelous dengan mak nokss XOXO..

Selepas pendaftaran, warming up dimulakan dulu, ofcos la kan kata event senamrobik :) Havent sangat, dapat berpeluh pagi-pagi lagi. Nampak tak aku terselit dicelah-celah orang ngeee..

Pict ni waktu rehat, kitorang sebenarnya ada sessi pembelajaran dari asas senamrobik. Dari segi Etika & ciri2 seorang instruktor, fasa-fasa aerobik, high impact, low impact, non impact, cara elak kecederaan, dan yang paling sukar bagi aku nak belajar otot-otot badan (otot kecil otot besar)hamstring, deltoid, sternocleidomastoid, adductor, abductor ok tu je aku tau. Mak dah tua, slow gile ram kepala aku..

Tapi paling best bagi aku time belajar nama gerakan dan belajar kira beat. Sebelum ni bila instruktor sebut je nama gerakan baru aku tau, sekarang sebut je hahahhaaaa, angkuh mak nokssss. Step touch, V-step, knee lift, leg lift, mambo, arm roll, grapevine wahwahwahhh tunjuk hebat nampakkk. Korang jangan nak kutuk-kutuk aku ye, aku ni budak baru belajar. Nak jadi instruktor siap buka class tu memang tak la, tapi sekadar nak belajar ;)

Day 2 - Hari ke dua sebelum sessi pembelajaran, wajib bergambar dulu. Lepas tu wat aerobik senamseni dan sessi pembelajaran chereo dimulakakan. Pelatih instruktor diminta present seperti event senamrobik. wahhhh kecut mak, mak tak biasa dok atas pentas macam tu nokkkss..

Ni team aku, TOMOI. Time ni akak Salmiah tengah buat present pastu aku pulak dan seterusnya. Time aku pulak, boleh hilang kiraan beat tu mungkin sebab aku dah biasa tak sebut beat kot. Semua orang kena buat tanpa excuse ok. Nangis la kau .

See akak ni steady je, umur dah 4++ tau. Time present ada yang tak terbuka mulut pun ada, yang diam kaku ada, yang terover pun ada hahaaa tapi pape pun semua orang ok. Biasala tu kelam-kabut, namanya pun kursus ASAS he3..

Selepas selesai sessi present tu, ada pulak ujian bertulis subjektif 25 soalan. Adeeiiii mak jemah taktau nak jawab ape, beserah. Hope cekgu2 yang tanda paper i tak menangis tengok jawapan i..
Ini lah gaya mak-mak orang nak ambil exam, yang menonggeng layan bertimpuh lain, tak kurang kaki dah terangkat sebelah pun ada. Tutup mata je la kalau nampak ape-ape heheheee. Actually petang tu ada event AerobikFun individu tapi HP mak dah takde bateri, yang penting mak tak menang pape hahahaaa. Mak dah tak terdaya dah masa tu, kepala hotak ku ingat rumah je..



Hoyeeee dapat sijil, dah boleh jadi instruktor kecil-kecilan ni hhahhaaaaaa gelak sambil garu vontot. Last sekali bergambar reramai sebelum kitorang cabutttt balik. Hope lepas ni kalau diizinkan dapat la aku join lagi, kalau tak simpan je niat, sebab tau diri takla berbakat mana uhukks..:)

Sampai balik uma kepala asek ingat 12345678, 22345678, Ready for V-step, 432 let go!!
Hahaha penangan Along la ni..
*Along fasilitator yang dijemput memberi kursus kat we all..

HAPPY BIRTHDAY WAWA

Alhamdulillah Allah panjangkan umurku setahun lagi untuk menikmati nikmat dunia yang sekejap ni. Terima kasih kepada keluarga,teman-teman, kenalan jauh dekat yang wish birthday kat saya. Memang saya hargai sangat ucapan tu hahahaa, terasa diri ini sangatttttt disayangi ;)

To hubby TQ for the cake and rose :)
Suprise sangat, sebab rasanya macam ba dah tak ingat pun birthday ma sebab dah busy sangat dengan aktiviti Extremers tu hi3. Dapat makan satay lagi, TQ sangat ba..

Ini diriku kini, bulat je bila tengok muka sendiri hahaaa. Diet aku ni mesti diteruskan lagi sebab target 56kg tu masih jauh dari genggaman, 3.5kg je lagi. Syukur sebab diberi kesihatan yang baik, walaupun aku sentap sebelum ni sebab Dokter cakap aku obesiti T_T..

Selain tu dalam usia aku mencecah 27 tahun ni aku bersyukur sebab aku dah mempunyai keluarga walaupun pada asalnya niat aku nak berumahtangga pada usia 27 tahun he3. Tq ba sebab jadi hushband ma.. Dan..
*Bersyukur jugak sebab Allah dah beri anak-anak yang comel kat aku, Mama sayang Hani Qaisarah & Hani Maisarah.
*Bersyukur sebab aku mempunyai keluarga yang sangat sayang menyanyang, setakat gaduh-gaduh sentap tu perkara biasa.
*Bersyukur sebab mempunyai kawan-kawan yang sangat friendly, sporting dan tak lupa juga sudi dengar aku membebel bila tertekan. Love u all..

Terima Kasih Allah..

Isnin, 16 September 2013

Nenek datang lagi

Petang semalam atok ibu (ibu aku) ada cerita yang Hani tiba datang kejutkan atok ibu, time tu atok ibu tertido..

Hani : Ibu ibu ibu (Atok ibu).. Nenek datangggg..
Ibu : Erkkk.. Mana nenek tu..
Hani : (Hani pandang sekeliling rumah) Nenek dah takde laaa..
Ibu : Hani kawan dengan nenek ke?(saja nak cungkil minat supaya Hani bercerita)
Hani : A'haa.. pastu terus wat muka selamberr
Makngah: Hani, nenek cantik tak??
Hani : Taaaak..

Sebelum ni pon aku ada perasan, time umur Hani setahun hingga nak cecah 2 tahun dia selalu menangis beriya-iya sambil tutup muka. Bila kita panggil, amik bantal dia lagi dia meraung macam ketakutan tapi now since umur dia nak masuk 2 tahun dah takde dah menangis tapi bercakap-cakap la plak..

Aku penah dengar Hani cakap tentang nenek ni tapi rasanya nenek ni tak mengganggu kot. Yelaa sebab dia tak meraung pun..

Ni cerita dari makngah sbb masa tu diaorang tinggal berdua kat uma dan tengah tido. Tiba2 makngah dengar suara hani menangis sambil bersandar kat katil angah. Pastu Hani boleh cakap sensorang, hahaa maknga ko memang tak boleh harap, dengar anak buah kesayangan menangis cakap sensorang. Terus dia tutup muka dengan selimut aptb..

Antara dialog Hani :
* Nenek janganla.. jangan kacau hani..
Taknak kawan nenek..
suara hani alaa alaa budak nak nangis

Makngah ko memangla tutup je muka dengan selimut adeiii..

Aku ada gak bawa berubat, org tu cakap benda2 ngikut hani tapi tak mengacau. Benda2 ni suka dengan anak kau ni. Dalam hati, tak payah la nak suka suka ke ikut ikut ke, tak payah ye. Sian anak aku dah macam ape cakap sensorang, kadang2 aku pun naik Confius hani ni bercakap ke berangan..

Lagi satu dia kalau cerita tentang kawan ke nenek ke dia xkan layan kita cakap melainkan dia sendiri yang buka mulut. Tu aku perasan, kalau diasak dengan pertanyaan je, dia boleh jadi marah macam nak mengamok. Dah la dik tak payah kawan dengan mereka2 tu. Kalau adik nak main ajak mama dengan baba je..

Hopefully pasni takde lagila story-story macam ni ye dik..

Khamis, 12 September 2013

Ghost

Tajuk tak le tahan kan.. Ghost la sangat..
Semalam aku sesaja nak tengok gambar dalam hp. Memang dah jadi kebiasaan aku nak tenung gambar anak bila dah penat kerja, nak tenung gambar lakik bila penat. Sekali tengok punya tengok, pict semua gelap je, apahal ni. Dalam hati dah agak dah ni mesti Hani punya keje ni. Memang dah selalu dia wat hal macam tu..

Tapi yang tak boleh tahan dalam 46 pict(gelap semata-mata) yang Hani ambil boleh plak ada satu keping gambar ni terselit minah ni. Time ni aku laki bini dah membuta dalam bilik. Adeeeii la anak, ko ni kalau tak main hp mama tak boleh ye..

Gambat yang dimaksudkan. Diambil pada 12.02 am dalam gelap..

Minah yang dimaksudkan selepas di zoom. Jelita ke..?

Hahaaaaa korang tak payah lah tertipu macam aku, ni semua trik camera 360 ye. Tapi aku tak tau macam mana hani boleh adjust sampai ada minah tu. Macam yang korang tau, Hani baru berusia 2 tahun 2 bulan ye..



*Hope memang betul la trik Camera 360 tu, sebab aku pun tak sudi nak berkongsi rumah dengan minah ni..

Rabu, 11 September 2013

Program 10,000 Langkah Merdeka, Morib

Event anjuran Pej. Kesihatan Kuala Langat diadakan pada 7.09.2013 (Sabtu)jam 8 pagi till 12.00 tengahari. So far acara dah dimulakan dengan senaman aerobik dan acara perasmian. Team aku join Aerobik Chereo untuk event tu, dan sesungguhnya untuk makluman korang kitorang berlatih dalam tempoh 5 hari, walaupun hari ketiga baru nak buat step hahhaaaaa..

Time ni pukul 8.30 pagi kitorang baru terhegeh-hegeh nak sampai hu3. Baju sponser by Pn Ojane (IM4U)hahaaa, aku suka je dapat baju free :)

Menggedik sebelum acara dimulakan. Sumpah dah nerves aku time ni T_T. Baju ni kitorang tempah sendiri, belakang ada tulisan ape ye "Fun To Fit Aerobik Fittness" kot, aptb lupe la makkk..

See tali kasut pun nak sama, baru semangat. Kat bawah ni antara persembahan time tu, 3 lagu around 10 minute..

Habis je lagu ke tiga, lega mak noksss. Syukurrrrr..

Alhamdulillah menang rupenya, tempat pertama tau. Sukeeeeee sangat, rezeki kitorang. Hadiah hamper jer, no money okey..

Bergambar bersama sebelum balik, ada pict lagi tapi mak malas nak upload.. Yeaaaa, next time boleh join lagi..

Selasa, 10 September 2013

Kemalangan Kecil Di Hujung Minggu

Macam biasa kalau hujung minggu aku anak beranak memang jarang melekat kat uma, hahhaaa biasa la ambil kesempatan hujung minggu spend time bersama. So ahad lepas, hubby ajak pergi office dia ada nak settle keje, so on the way dalan 10 minit hubby baru perasan kunci office tak bawak. Berpatah balik lah kitorang, dalam hati aku dah bercakap "tak baik dah berjalan patah balik ni"..

Dalam kul2.00 petang nak dijadikan cerita masa baru nak masuk ke gear dua tibe-tibe ada motor berdentum dari tepi kereta. Memang bersepah lah diaorang kat jalan tu. Tapi hubby cepat himpit ke kiri sikit sebab takut ada kenderaan lain yang hentam bebudak tu..

So hubby suruh bebudak tu ketepi, mintak jumpa dengan mak ayah, dia boleh dengan takde adapnya "Takde ape la bang " terus blah dan budak yang belakang cakap "butuh. Hahahaa silap la derrr, Hubby terus pecut kejor bebudak tu tapi tak dapat (bebudak tu lari ke jalan kampung). Plat motor dah awal-awal aku tulis..

So hubby decide report polis, sebab kalau boleh biar settle luar je hal kecik. Tapi bak kata hubby, kadang-kadang bebudak ni kena di ajar beradap sikit. Selesai wat report, pergi cari owner sekitar Kg Batu 9, tak besar mana pun kampung tu. Tanya orang sekeliling semua, jumpa. Bincang dengan mak ayah dia, mereka sanggup bayar kos ganti rugi dan mintak hubby tarik balik report. Alhamdulillah semuanya ok, hubby pun bukanlah orang yang cengel dan tak boleh dibawa berbincang. Cuma kita ni sesama melayu kena la beradap sikit, yang salah tu tetap salah..

Bebudak tu masing-masing dah menangis, katanya takut kena pukul (Tingk.4 & 3 tuhhh..). Tapi hubby memang suaranya agak tegas, kalau aku pun lari hhahaaa :) Siap kena lect dengan hubby lagi adeeiii. Bebudak tu pun ade mintak maaf, mungkin itu pengajaran untuk diaorang supaya berfikir sebelum bertindak. Tapi aku rasa yang membawa motor tu macam takkan insaf (insting aku la), cara dia bawa motor tu langsung tak berfikir..

Pagi selasa bila hubby nak tarikh report tak boleh, lorrrr. Tarik report hanya untuk kes2 jenayah dll, kemalangan tak boleh. Untuk makluman korang jaga si pesalah akan dikenakan kompaun RM600 ye bukan seperti dulu RM300. Hubby kesian, ownwe motor tu kerja kampung je, dan lagi baru lepas raya kan. Hubby pergi bincang mintak buat rayuan untuk owner motor tu, alhamdulillah masih ada rezeki untuk mereka juga. Kadang-kadang bebudak ni tak tau bertapa susahnya mak abah ni besarkan diorang, alahaiiiii anak..

Proses baikpulih Yellow Baba makan masa 2 hari, dan kos ni paling murah sebab kalau nak change pintu baru cost adalah mahal ok. Lagipun baba tak sanggup takde kereta lama-lama hahhaaaa..

Nampak tak cermin kereta dah retak membelah bumi, aku lah yang tanduk tu. Aptb, biol kejap kepala aku. Dagu aku pulak menghentam dashboard, bengkak bawah dagu aku ni tau. Babaa boleh pulak cakap, Kepala mama memang dah teruji kekerasannya.. Aku mestilah nak selamatkan anak dulu, peluk kuat-kuat. Aku cedera takpe, kalau tengok anak cedera memang takla.. Nasib pintu Hubby ada ambil insurans cermin kalau tau, owner motor please la bayar.. :)

* Semalam bawak Hani g makan char kiew tiaw, Hani tanya baba dia..
" Babaa.. Babaa.. Mana kete babaa??" Sweet sangat..

Isnin, 2 September 2013

Happy Bithday Muhammad Fayyad

02.09.2013 ulang tahun kelahiran Fayyad ke 2 tahun..
Maknye buat makan-makan sikit dengan ahli-ahli keluarga..
Korang layan pict kejadian k, wahh kejadian sangat kan.. uhukkss..

Fayyad dengan ummi nya..
??

Bersama atok ibu, mak ngah, hani, puksu muiz.. Yang lain sorok muka..

Hani macam biasa ape yang Fayyad punya dia mesti nak, Fayyad potong cake dia pun sama nak potong cake. Hani hani :)

Ok hadiah, untuk Fayyad itu je lah yang mampu maklong bagi ye, pict memang takde la sebab hati dah berjoget nak pergi aerobik, kejam kan maklong ko ni hahhaaaa.. Baru bagi kat Fayyad dah kenan rebut dengan Hani.. Aptb la Hani nie..T_T

Untuk Fayyad,
Maklong/Mama doakan fayyad membesar jadi anak yang baik, lelaki yang baik..
Semoga Fayyad sentiasa dilindungi Allah dan diberi keberkatan hidup..
Maklong Fayyad sayang Fayyad ketat2.. Muahhh