SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 28 Ogos 2013

Aktiviti terbaru Hani Qaisarah

Hi korang, story terbaru yang dah tertunggak seminggu sebenarnya. Ape lagi nak story kalau bukan tentang Hani. Actually aktiviti terbaru Hani sekarang mewarna, and dalam hati nak terus ajar anak membaca tapi Hani cume tau A B & C sahaja dan 1 2 3 (BM BI). Aptb lagi hahhaaaa (gile tak sabor mama ko ni hani)..

Satu malam hubby ajak g Giants (kitorang ni DUTA GIANTS)saja cuci mata nak transfer duit bagai. Masa kat dalam area buku teringat pulak nurse pesan. Yang dalam usia 2 tahun kita dah kena mula ajar anak kita pegang pensil dan mengenalkan nombor dan huruf T_T. Hubby terus grab pakej pensil, pemadam, sharperner, cryon dan pensil warna. Aku pilih plak buku mewarna dan menulis (yang ikut titik tu) walaupun dalam hati takdemana nye titik titik tu hhahhahaaa..

See bukan main suka lagi Hani tapi kalau mewarna aku kena sama-sama dengan dia. Pilihan warna atas pilihan dia gak huh kedekut.

Gigih tau kalau dia mewarna, mana tempat aku colour kat situ lah tempat dia nak colour. Bila aku dah merajuk, dia pulak marah ajak sama-sama. GGGgggggggggrrrr.Ikut suka lah Hani, nak mewarna ke nak menconteng ke. Mak ko pasrah je..


* Malam tu aku teman dia colour dari pukul 10.00 malam sampai 11.45 malam. Serius aku dah tertido sambil pegang colour. Bila tersedar jam dah pukul 11.45 malam. Maafla Hani mama penat, nasib Hani tak conteng muka mama :)

Isnin, 26 Ogos 2013

TQ For Coming Gurlz

Last friday member dari class aerobik datang..
Walaupun boleh pulak terlupe nak datang, hahahaaa kelakar betulla..
Nasib sampai jugak, kalau tak menagis aku menengok mee sup tak berganjak..

TQ kak fir, lyn, kak zura, kak hajar and kak watie (xde dalam pict) sebab sudi datang ke rumah i hu3..

Ramai rupenye anak-anak mereka ni, tapi body tip top. Fuhhh..
Pape pun TQ sebab datang..

Masing-masing dah ngeri badan dah naik, vontot dah berat hahhaaa..
Redha je lah.. Takpe Isnin ni class dah start..
See u there gurls..

Isnin, 19 Ogos 2013

Happy Bufday Mohd Hamim & Nur Laila

Al kisah nye, 18hb Ogos last week kak long (ipar aku la) buat makan-makan kat Kampung Jawa. Semperna bufday Hamim (adik ipar aku) dan Laila (anak jiran ipar). Banyak gakla makanan yang ada, tapi mata aku tertumpu street kat kari ayam dan nasi impit. Sedap sedap sedap, rasa kari tu memang terangkat. Dasar kuat makan kan. Pict takde k, malu nak bangun snap gambar, nanti takut dikatakan addict FB hahhaaaa..

Kek tak nak kalah ok, walaupun dah besar panjang dan lebar still dapat kek lagi. Aku je takde kek sejak menjak dah tua ni T_T. Meratap merayu pun tak tentu lagi dapat, nangis la kau kat situ..

One more, kek ni kak long yang buat sendiri tau. See untungla pandai buat kek sendiri, kek sekarang mahal woo. Bayangkan kek Hani yang 1 Kg aritu pun dah RM80. Bagus-bagus kak long boleh buat tempahan pasni. Pict pembuat kek takde ye, maaf sesangat baterry kong dah hahhaaa..


Mohd Hamim & Nur Laila,

I Wish Allah bless you happy, with all joy and cheer, may you live a long life, and stay away from every grief. Happy Birtday..

Big love, sis..


Masa ni budak-budak dah meragam dah, sebab semua dah geram dengan Nips atas kek tu. Tersamasuklah Hani, dah meraung nak kan Nips tu adeeiii la Hani..


Terut di undang, BFF and jejiran kak long. Al kisahnya MIL aku kan dulu memang dok situ so memang dah kenalla dengan Hamim ni. So jemputla datang makan-makan sekali. Syok aku tengok BFF kak long tau, BFF aku sekarang dah bersepah-sepah..


*Kak long, nak kek gak... T_T

Jumaat, 16 Ogos 2013

Pengalaman Courts Mammoth

Hurmmm..
Ada sesiapa yang pernah beli barangan Courts?
Aku rasa mesti ramaikan dan aku percaya ramai yang membeli secara ansuran..

Aku rasa pembelian di Courts ni cekik darah, nak mamp.
Tapi aku tak boleh nak salahkan si penjual tapi si pembeli yang tidak bijak dalam membeli. Atau bodoh..

Al kisah ni bukan aku lah yang beli. Aku dah terdidik dengan cara ibu aku, no money no talk. Kalau rasa setakat nak beli barangan RM2000 ke bawah adalah lebih baik menabung dari berhutang. Bersusah dahulu takpe, yang penting kita dan keluarga kita tak susah kemudian..

Bapa aku ada membeli barangan Courts yang berjumlah hampir RM2,2**.00 tahun 2010.
Aku pun tak tau ape yang menyebabkan ayah boleh terjebak membeli barangan Courts ni.
Mungkin disebabkan dulu tempat kerja dia dekat dengan kedai Courts ni.
Dan yang pasti tindakan tu adalah salah sama sekali tapi apakan dayaku masa itu, hanya mampu berkata tidak.
Masa tu ayah masih berkemampuan dan sihat..

Barangan dia aku rasa barangan reject kot, sebab tak sampai 3 bulan macam-macam rosak. Bila mintak service baikpulih dia suruh hantar sendiri lah, nanti lah dia hantar orang. Yang paling best dah sampai depan umah dia taknak pun amik barang, lagi aku tak faham..

Aku dan family berbincang nak settle kan bayaran Courts memandangkan, ayah dah sakit dan tidak lagi berkerja.
Bila aku tengok balik transaksi faedah dia berjumlah lebih RM 4,000.00.
Total bayaran ikut agreement RM 6,318.85. Gulp.. T_T
Tu belum dia caj ko, bayaran collecter ke denda ke dan ape ape lah..

Hurmmm.. Allah murahkan lagi rezeki ku, ibu ku dan ahli keluargaku.
Gigih gak la nak settlekan bayaran Courts tu.
Alhamdulillah settle. Terima kasih Allah dengan rezeki yang datang..

Note kat sini, aku bukan nak story tentang duit tu tapi nak story tentang bahaya pembelian secara hutang di Courts.
Dan aku juga percaya sebahagian nya adalah kaum aku M dan aku harap korang-korang berfikir dengan lebih dalam dan cari dulu maklumat dan tanya lah dulu kepada yang telah terlebih dahulu membeli di Courts. Aku bukan tak bagi tapi aku nak ko berfikir je dengan lebih dalam. Tapi buat keluarga aku, dah dah cakap awal-awal "AKU HARAM KAN KORANG JEJAK KAKI KAT COURTS"..

Kepada korang-korang jugak, aku nasihatkan jangan sesekali jadi penjamin atau nama rujukan (refer) kat mereka-mereka yang nak membeli di Courts. Atau lebih baik aku cakap, untuk ape sahaja. Korang faham kan maksud aku, kalau si pembeli tak dapat dihubungi dia cari si perujuk. Kesian kat perujuk tu nanti akan macam-macam dia buat. Walaupun korang bukanlah penjamin, sekadar perujuk. Ape yang aku boleh cakap, cara diaorang sama je dengan Along. Nak angkat barangla, nak sita la. Tapi kalau korang dah terkena korang kena tahu hak korang, kena bijak dan jangan cepat gelabah ye..

Nak story banyak sebenarnya, sebab aku banyak cari rujukan dan pengalaman orang kat Google. Tapi baik korang refer kat mana forum-forum yang ada membincangkan hal ni. Kalau korang nak tau lebih lagi Google ye. Aku sekadar berkongsi sedikit info supaya takde kamu kamu kamu kamu terkena seperti mana aku..

Khamis, 8 Ogos 2013

08. 08. 08

Hi korang,
special kan tarikh atas ni, bagi yang tak tau tak dapat la aku nak tolong. Dan tarikh ni juga kita menyambut Hari Raya Aidilfitri..

K berbalik kepada tajuk entry di atas..

B ,
B ingat lagi tak date 08.08.08?
Syg rasa b mesti lupe kan, tak pon tak ingat langsung. Sentap la macam ni hahahaa..


Kalau ikut dalam hari-hari penting dalam hidup aku, bagi aku tarikh ni terkesan sikit sebab untuk pertama kalinya setelah lama aku frus menonggeng aku menerima seseorang untuk didekati. Kalau tak haram tak payah tunjuk muka kat aku, punya lah aku marah dengan lelaki dulu. Takpe takpe tu story lama..

08.08.08 hari itu,
B text Syg. "Assalamualaikum" tu je ok.
Aku dalam blurr terus reply "Waalaikumsalam".

See tu lah ucapan pertama, nampak macam sweet sangat, hahaa baru nak kenal kne la bebaik sikitkan Dasar. Tapi mungkin ini dikatakan jodoh, hubungan tu terus menerus la, sampaila ke jinjang pelamin, dan sampaila ke detik ini. Walaupun banyak perkara yang harus dilalui tapi itulah dia, baru nak mengenal hati budi..

Mula-mula perkenalan tu, aku rasa aku tak serasi dengan Mr B ni. Gila ko garang nak mamp, suara tak romantik langsung. Hati tu rasa macam nak tak nak je, tapi dah kata jodoh tu ada. Kan b kan??

Pejam celik pejam celik dah 5 tahun hubungan kita. Dari detik pandang memandang, menyampah-menyampah (ni aku la, gaduh-gaduh, sentap-sentap, majuk-majuk (ni B) stress tau huh..


Dari detik itu hubungan kitorang bermula sebagai kawan dan so on. Now day dah sah sebagai husband and wife Alhamdulillah. Semoga hubungan kita terus dirahmati Allah SWT.. Amin..

Rabu, 7 Ogos 2013

Duit Raya Dah Ready


Tahun ni punya buget duit raya sederhana je..
Untuk kaum keluarga aku dan hubby, hurm maklumla keluarga besar..
Ditambah kanak-kanak dah memang ramai. Tapi duit raya ni bukan untuk kanak-kanak je tau, untuk orang yang tua juga..

Alhamdulillah, hubby ada rezeki lebih dia sudi nak bagi duit raya kat atok-atok dan mak-mak sedara semua. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki kita ye..






* Duit raya dah settle bersampul..

Selasa, 6 Ogos 2013

Selamat Hari Raya 2013

Assalamualaikum..

Lagi sehari kita akan menyambut hari kemenangan..
Rasa teruja seronok semua pun ada kan..

Oleh yang demikian, kepada semua reader yang sudi baca blog aku dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini, aku dengan rasa rendah diri sebagai hamba Allah SWT yang tidak sesempurna mana, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..

Maaf jika aku ada terkasar bahasa, membuat korang terasa hati, terkecil hati, termakan terminum dan termarah termaki. Mohon maafkan salah silap aku sebagai manusia yang kerdil yang kadang-kala lupa bahawa aku juga manusia biasa yang dicipta Nya..

Selamat Hari Raya..

Ahad, 4 Ogos 2013

Tugasan sebelum raya

Adoii Jah, matikla Jah..
Mak belom kemas uma nak raya ni, 2 hari lagikan katanya nak raya..

Orang sebok kemas umah ko sebok nak membuta bila cuti..
Adeiii tolong mak nokss..

Takde mana pun nak mendeko bagai, cuma bagi kemas sikit dari selalu..
Kalau korang tengok lukisan rumah kat bawah ni, semua susunan tu yang sedia ada, cuma perlu ubah sikit-sikit je bagi mood raya tu ada..


Korang tengok plak list panjang yang aku dah buat..
Hurmm terbuat ke tidak ni Jahhh..
Gaya memang tak la, tapi will try my best..
Hani pls jangan kacau mama ye..
Nanti kamu beraya dengan baju tak berbasuh kang..


Baba help me pls.. I need u very much.. T_T