SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Hari Lahir Hani 2 Tahun


Selamat Hari Lahir Anak Mama..
Nor Hani Qaisarah dah 2 Tahun..
Mama doakan anak mama diberi kesihatan yang baik, hidup diberkati Allah dan sentiasa dalam lindungan oleh Nya..

Entry ni terlambat up, tak pe la ye..
Gambar atas tu pada 4.07.2013, hari berkerja so aku nak juga beli kek. Walaupun hanya sepotong kek Hani teruja tau, habis 1 rumah dia suap. So far Hani setakat ni bukan la ank yang susah dijaga. Bagi aku Hani anak yang bijak dan mudah di jaga, bukan nak bangga dengan ank sendiri tapi itu la hakikatnya. Tapi kalau cerita masa tempoh 3 bulan selepas kelahiran dia, memang stress. Hahhahaaa ape tak nye meraung je tak kira masa, nak tido dalam dukungan je. Habis 1 rumah bangun, pagi-pagi semua dah jadi mata panda. Aptb..

Hari ke tiga hani dilahirkan. Masa tengok muka dia macam tak percaya pun ada, aku dah bergelar MAMA. Walaupun kakak takde dengan kita, sekurang-kurangnya adik ada dengan Mama. Sebab semua orang cakap muka kakak dengan adik sama, cuma muka kakak bujur sireh. Takpelah mama dah redha..

Hari Jadi Hani kami just buat sambutan kecil-kecilan panggil atok-atok semua dan sedara-sedara sikit. Dan yang paling best kek full ice krim coklat Hani ada upin ipin, seronok tengok Hani seronok bila dia tengok pict Upin Ipin atas kek. Hahahhaa yang kelakar dia tak bagi aku makan upin ipin tu. Ada mak kesah, last2 dia pun sama makan gak upin ipin tu..
Aku masak Nasi Ayam stress, mee sup, atok mak bawakkan mee hoon dengan buang nangka, atok ibu bawak donut coklat. Donut coklat dan buah nangka bagi la kat budak-budak selorong jalan tu. Dorang suka je, lagipun Baba memang rajin sedekah kat budak-budak tu. Lagipun Donut coklat tu memang sedap. Sorry lupe nak amik gambar makanan..

Baru-baru ni Hani ada check up umur 2 tahun kat Klinik..
Check up untuk macam ubat cacing, tapi till now aku tak bagi lagi. Aptb la mak ko ni. Berat dan tinggi dah masuk line Kuning, berat 9.5 Kg dan tinggi 79 cm je. So Hani kena repeat lagi next month untuk pantau tinggi dan berat. Nasib la nakkk. Nurse jugak syor Hani bertukar susu like Dumex / kini Dugro. Memang ada niat pun tapi tak berkesempatan nak bagitau Baba, sebab bab belanja-belanja ni harusla Baba kan :) Next month ye Hani sayang..

Hani 2 tahun :
- sudah 5 patah perkataan dan tak pelat
- pandai mengira 1-10 in BM and BI
- ABC so so je, masih tunggang-langgang
- minat dengan buku (memang aku tak pernah belikan mainan, hanya buku sahaja)
- suka makan makanan berkuah / nasi lembik macam aku, nasi lemak, ayam dan kalau panas makan banyak
- dah pandai pilih kasut dan baju (ni selalu dengan baba)
- tak boleh dijanji sesuatu, nanti akan dituntut selagi tak ditepati (naik moto atau Giant atau taman)
- dah pandai mintak make up (tukang make up baba). Habis make up mak noksssss..

Luv u sayang.. Membesar jadi anak yang baik ye.. Hani memang anugerah terindah Mama Baba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan