SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 31 Julai 2013

PTPTN Blacklist ditarik balik ke?

Aku ada macam pelik sikit la..

Seperti yang korang tahu, kebenaran ke luar negara untuk aku kan dah di blacklist oleh pihak Imigresen. Tapi tak tau la tadi aku saja cek kat laman wen Jab Imigresen dia mention, "Tiada halangan". Owhh, why??

Bukan la tak bersyukur, syukur alhamdulillah. Cume pelik kenapa ye. Ke ni semua salah satu cara nak mengenakan orang-orang yang tersedia blacklist ni. Hurm harapnya takde la muslihat tipu daya ke bagai ye. Kalau korang nak cek pergi kat Portal Jab. Imigresen Msia dan cari semakan status perjalanan. Kalau still blacklist aku tak tau la kenapa ye..

Sebelum ni aku story kan yang aku dikenakan bayaran guaman RM200 terus aku nekad tak nak bayar. Aku gaji kecik, bersusah payah usahakan jugak sediakan RM100 sebulan untuk pastikan baki berkurang tapi mana adooo berkurang kalau macam tu. Untuk aku yang kurang bijak ni, aku rasa bayar tak bayar sama gak kena kos guaman. Sebab aku ceck akaun PTPTN denda dia meningkat dari RM50 ke RM100 ke RM150 dan last aritu RM200. Bengang mak noksss..

Di sebabkan blacklist aku dah clear nanti aku pujuk la hati ni nanti untuk membayar balik. Jangan aku dah start bayar balik ko senang-senang nak caj kos guaman aku lagi. Kalau aku dah merajuk nanti tak payah bayor la nampaknya sampai bila-bila, tunggu pencen bayar sekaligus..

Pape pun terima kasih sebab dah clear kan nama aku walaupun aku ni takde lah nak pergi bercuti ke mana-mana pun. Insyaallah, aku akan start bayar balik pinjaman PTPTN tu.. : )





Note : Memang ada niat pun hujung tahun ni kalau dapat duit KWSP, sedikit akan diperuntukkan untuk mambayar pinjaman PTPTN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan