SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 15 Julai 2013

Penat berkerja seharian

Hai korang..
Aku lately ni rasa macam penat laa. Rasa macam alahai seronoknya jadi housewife(HW). Boleh duduk rumah tak payah nak gigih-gigih nak perah otak bagai, nak target tu nak target ni..
Mungkin yang duduk rumah kata berkerja lagi best dapat pakai baju lawa-lawa, bergaya, make up. Tapi hakikatnya kerja ni kadang-kadang stress tau. Lagi-lagi sampai satu tahap kita rasa otak kita ni nak meletop pun ada, PK pk pk pk sampai aptb..

Aku pun tau duduk rumah pun stress jugak kekadang. Tapi bagi aku duduk rumah cume kena pastikan dari depan rumah sampai dapur berkilat, kain baju basuh & berlipat, anak-anak dapat kasih sayang, cukup time sediakan makanan, bila dah settle boleh rehat. Owh seronoknya jadi HW..

Mungkin aku stress sebab selepas urusan kerja kena pulak selesaikan hal-hal rumah belom lagi ditambah urusan lain-lain. Balik kerja dah penat drive 30 minit, balik-balik seng-seng lengan baju, basuh baju, sapu-sapu depan dalam uma, sental pinggan mangkuk, lipat baju, siap dengan karenah anak berak nak susu, sepah sana sepah sini. Bukan la nak mengeluh tapi aku terasa diri ni macam terlalu penat. Banyak sangat nak difikir, nak dilakukan, dipertanggungjawabkan. Ke aku yang mengada banyak..

Sebab tu la aku kalau buat kerja rumah tak pernah sekali gus. Nanti aku penat, mula rasa macam nak baran pastu emosi dah macam senah gila meroyan. Sian anak aku, kadang-kadang tu kena marah padahal dia datang dekat nak manja-manja. Alahai anak, maafkan mama ye. Routin aku, aku buat ikut dan aku je, mana aku rasa aku larat. Mungkin isnin basuh baju sapu, kemas dapur sapu2. Selasa lipat baju sapu-sapu. Rabu sapu-sapu kemas bilik. Khamis sapu-sapu mop lantau basuh toilet. Dan seterusnya..

Hurrmmmm. Kena banyakkan mehasabah diri ni. Wawa sabar, semoga rasa penat ko ni tak berpanjangan. Hanya sementara macam datang bulan. Semoga segala kepayahan ko sekarang ada ganjaran pahala. Ikhlas kan segala yang ko lakukan tu kerana Allah jugak, jangan merungut jangan mengeluh..

Astarfirullah....
mungkin aku terlupe tentang nak bersyukur kot. Hurmmm, yela dengan berkerja la aku dapat nak belanja ikut suka tekak aku, dapat bagi nafkah kat orang tua aku, dapat agihkan simpanan untuk anak aku, simpanan hari tua, sekali sekala dapat belanja keluarga makan, dapat bantu adik-adik belajar, dapat merasa ada harta sendiri, dapat travel sana sini, bayar balik loan PTPTN..

Betapa aku tak bersyukurnya, padahal masih ramai lagi orang kat luar tu yang masih tercari-cari perkerjaan. Sedangkan aku yang dah memiliki perkerjaan merasa terbeban padahal dengan setiap minit terbeban tu aku dibayar gaji..

Ya Allah kau buka kan lah pintu rezeki halal ku seluas-luasnya supaya aku dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri, ibu, anak dan kakak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan