SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 23 Julai 2013

Islam tapi tak puasa

Tajuk post tak boleh tahan kan. Tapi ini lah hakikat sebenar, berita malam tadi tajuk lagi best, penjawat awam kena tangkap sebab tak puasa. Ha, ambik ko, malu betulla. Aku rasa penjawat awam ni mesti yang beruniform, kot la kan sebab takkan orang boleh tahu dia penjawat awam..

------------------------------------ Pict Dari En Google..

Actually kelmarin Isnin hubby ada pergi kedai aksesori kereta, tup tup keluar soalan cepu emas dari tauke kadai berbangsa cina..

Tauke : You orang puasa macam mana?
Hubby : Puasa la. tak makan, tak minum. (Jawapan paling mudahla).
Tauke : Yaka, 30 hari ma. Kalau tak makan tak pe ma, tapi minum ha tak boleh tahan woo.
Hubby : Boleh, you ha 360 hari asek makan saja. Bagi sikit rehat la sama you punya perut. Kerja saja penat. Lagi pun baru kita tau macam mana keadaan orang yang susah tak makan.
Tauke : Yala yala. Tapi ha, ini polis 2 orang boleh makan ma. Makan kat belakang kedai. (Aku rasa tauke ni pun tahu kot yang puasa tu wajib bagi orang islam).
Hubby : Ergkkk.. Buntu, tak tau nak jawap ape.. Orang yang tak puasa tu orang yang tak percaya Tuhan. Kalau kita percaya mesti boleh puasa punya. I puasa tau, tak sama dengan itu polis.
Tauke : Yalaaa kena puasa, kena percaya pada Tuhan. Itu polis takde percaya Tuhan la..

See nampak tak setuasi ni, bukankah memalukan bangsa dan agama sendiri. Kalau ye pun abang-abang ni dah tak larat betul nak puasa jangan la makan kat tempat cina tu walaupun dia sendiri offer. Ko tak rasa malu ke, for sure dia pandang serong kat ko. Mesti dia fikir ko Islam pada nama je..

Aku yang dengar pun jatuh malu tau, ada manusia yang berfikiran terlalu senteng tanpa fikir kesan kepada diri, bangsa dan agama. Hurmm dah macam patriotik pulak aku ni ha. So guys next time kalau betul ko tak puasa walau ape pun alasan ko please please please menyorok di tempat yang hanya ko dan Allah je yang tau. Faham kan maksud aku. Tak perlu nak pergi menyorok dalam kedai non muslim nak mentedarah, buat malu kaum je. And gurls korang pun sama, jangan mentang-mentang ada lesen nak bercuti jangan suka-suka je nak makan kat mana-mana. Sila hormat orang yang berpuasa..


Note : Aku sedar ramai kat luar yang macam ni, bila kita fikir balik, aku pun jadi malu. Yela bangsa aku, seagama dengan aku. Tentu mereka-mereka memandang serong kita-kita yang dikatakan beragama Suci ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan