SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Ahad, 21 Julai 2013

Iftar Di Nyonya Kitchen

Setiap bulan Ramadhan aku memang akan adjust masa untuk makan diluar bersama Hubby. And mostly akan ajak family la and this time ibu dan ima follow untuk iftar sama-sama. Hahahaa rasa kelakar pulak sebut Iftar ni, sebut berbuka je la ye Jah, Geli la..

Satu dua hari sebelum aku memang dah berzikir kat telinga Hubby bawa aku makan luar. Berat hati Hubby, yela memasing belom gaji lagi kan, akhirnya Hubby setuju and Nyonya Kitchen jadi pilihan. Tup tup Full Booking la plak, nangis tau..

FYI percubaan berbuka di NK ni dah masuk tahun ke lima tau, see since 2009. Dari aku bercinta kawin ada anak baru la aku dapat merasa makan kat NK ni. Fist day datang dah full terus hubby booking esok, and rezeki la memang ada kosong. So petang tu berbuka la kami di Tanjung Harapan..

Menu berbuka pilihan hubby bernilai RM 145++ (4 orang)
Sup Sharkfin
Ikan Senangin Geram Assam (Asam Pedas)
Udang Goreng Berempah
Ayam Mangga
Kailan Sos Tiram
Nasi Putih

Serius yang paling aku dan Hubby suka Ayam Mangga. Perahan lemon tu betul-betul buat aku rasa nak makan lagi. Thumb up. Air kosong disediakan dan boleh refill, kalau nak air buah-buahan boleh oder lain k. Diaorang juga ada sediakan kaunter pembuka selera, dessert, cendol, kuih-muih, rojak hurm ada banyak lagi la. Ikut tekak ko la nak makan ape..

The next day with Hubby.. Jangan jeles ye Jah.. Bukan selalu aku dapat bergambar berdua macam ni.. Asek gambar Hani je..
Hani untung giler, sampai-sampai je pekerja kat situ bagi Hani makanan, puding kot. Siap cakap sedap lagi Huh.. Telan air liur mak ko ni. Serius perut Hani bukan main bulat lagi, and first time Hani duduk diam and makan sekali dengan kitaorang. Hani makan non stop ok..
Ima dan Ibu harusla inteframe sekali Jah. Menu kali ni Ibu memang nak sup sharkfin. Tapi aku memang tak minatla. Takpe la sekali sekala ikut taste dia..
Lentok sikit la, hahhahaa jaga jaga bang, belom berbuka lagi. Hati dah tak sabar ni tengok lauk dah terbentang sampai tak muat meja belom lagi menu tambahan yang belum aku ambik lagi.

Serius aku puas hati dan duit yang keluar tu sangat berbaloi. Mungkin rasanya yang berbeza dan suasana yang selesa. Pekerja yang sentiasa pantas, cakap la ko nak ape dia akan serve ko sebaik mungkin. Nampaknya NK dah jadi pilihan utama untuk berbuka puasa. Actually NK pun dibuka juga diwaktu biasa, cuma menu aku tu set untuk bulan ramadhan la..

Nyonya Kitchen No.220-222, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang.
Tel : 03-3324 1151

Psss: Tadi hubby call dia ajak makan lagi kat NK lepas gaji hahaaaaa.. Dasar kuat makan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan