SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 19 Julai 2013

Ashraf Muslim & Dayana Lokman


Semalam kecoh di semua media mengatakan Ashraf Muslim telah berkahwin kali ke-2 dengan Wan Sakinah di Thailand. Allahuakbar, sabar lah wahai Dayana. Semoga yang terbaik sentiasa bersama kamu..
Pict mereka ketika di tanah suci, tak silap aku diaorang nikah kat sana..

Ni pulak wanita yang dikatakan isteri ke dua Ashraf..

Ni adalah nukilan Dayana yang ditulis menerusi laman akaun Facebook miliknya petang semalam yang aku ambil dari Oh Bulan. Kalau puisi ni di manupulasi kan oleh individu lain aku tak tahu la ye..

Bait-bait puisi tersebut seolah-olah menggambarkan tentang perasaan kecewa dan sedih Dayana terhadap perbuatan suaminya. Bila kau baca pun terasa sebak dalam hati. Penuh dengan kecewa kecewa kecewa..T_T

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan


To Dayana, sabar ye semoga Allah sentiasa bersama kamu. Doa & perkataan itu sahaja kami dapat mampu berikan kepada anda..



Aku dapat merasakan bertapa sakitnya hati Dayana. Tertipu, di duakan, di asingkan, terasa diri tidak diperlukan, bla bla. Semua rasa ada.. Sad..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan