SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 29 Julai 2013

Aku Nikahkan Dikau Dengan Hamba Abdi

Tadi aku terbaca satu artikel yang dikongsi di http://anuox.blogspot.com dan aku rasa macam syok nak share. Korang baca lah entry bawah ni..

Share dari fb (mana lagi, itu je la sumber ilham penulisan blog ni). Kali ni pasal kepentingan menghargai wanita.

Alkisahnya si suami balik rumah seraya melihat rumah tunggang-langgang tak berkemas. Dapur bersepah, baju kotor tak bercuci, makanan belum tersedia. Bila ditanya pada isteri kenapa rumah macam tu, si isteri memberi jawapan lebih kurang berbunyi, "Abang kata saya suri rumah, takde kerja, padahal seharian saya mengemas rumah sampai kepenatan. Tengok apa jadi harini bila saya tak kerja."

Lalu penulis tersebut pun cerita bagaimana keadaan rumah kalau takde isteri. Mula-mula memang seronok sebab tak kene bebel, tapi lama-lama beliau tak boleh hidup tanpa isteri sebab:

"... laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop. [...] tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa..."

Aku keliru sekejap.

Kau rindukan isteri kau sebab kau sayang dia ke, atau sebab kau perlukan seorang pembantu rumah percuma? Kalau kau hanya perlukan isteri sebab malas nak masak air, atau tak reti basuh tuala, atau takde masa nak pergi kedai beli ubat gigi, aku rasa apa yang kau perlukan adalah hamba abdi tak bergaji.

Mungkin kau ingat hantaran kawin sepuluh ribu berbelas ribu tu dikira sebagai gaji untuk isteri kau kutip spender hamis kau setiap hari. Tapi sebenarnya tak. Kalau kau rindukan isteri kau sebab tanpa dia, baju kotor kau akan berlonggok tak berbasuh, itu maknanya kau tak reti bezakan isteri dan orang gaji.

Paling bangsat adalah ayat terakhir artikel tu:

"SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!"

Ohoo... Kalau takde perempuan, maka hilanglah balaci penjerang air kau kat dunia ni. Walaupun niat artikel tu baik, nak bagi lelaki hargai wanita, tapi takde satu bait pun dalam artikel tu menyebut pasal menghargai kasih seorang isteri. Semuanya pasal kepentingan beristeri supaya rumah kemas dan perut kenyang. Cinta tak ikhlas, Ye laaa, ape guna bayar mas kawin sampai beribu-ribu tapi tak boleh dibuat orang gaji kan. Menangis kalau ada laki macam ni..


Bongok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan