SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 31 Julai 2013

PTPTN Blacklist ditarik balik ke?

Aku ada macam pelik sikit la..

Seperti yang korang tahu, kebenaran ke luar negara untuk aku kan dah di blacklist oleh pihak Imigresen. Tapi tak tau la tadi aku saja cek kat laman wen Jab Imigresen dia mention, "Tiada halangan". Owhh, why??

Bukan la tak bersyukur, syukur alhamdulillah. Cume pelik kenapa ye. Ke ni semua salah satu cara nak mengenakan orang-orang yang tersedia blacklist ni. Hurm harapnya takde la muslihat tipu daya ke bagai ye. Kalau korang nak cek pergi kat Portal Jab. Imigresen Msia dan cari semakan status perjalanan. Kalau still blacklist aku tak tau la kenapa ye..

Sebelum ni aku story kan yang aku dikenakan bayaran guaman RM200 terus aku nekad tak nak bayar. Aku gaji kecik, bersusah payah usahakan jugak sediakan RM100 sebulan untuk pastikan baki berkurang tapi mana adooo berkurang kalau macam tu. Untuk aku yang kurang bijak ni, aku rasa bayar tak bayar sama gak kena kos guaman. Sebab aku ceck akaun PTPTN denda dia meningkat dari RM50 ke RM100 ke RM150 dan last aritu RM200. Bengang mak noksss..

Di sebabkan blacklist aku dah clear nanti aku pujuk la hati ni nanti untuk membayar balik. Jangan aku dah start bayar balik ko senang-senang nak caj kos guaman aku lagi. Kalau aku dah merajuk nanti tak payah bayor la nampaknya sampai bila-bila, tunggu pencen bayar sekaligus..

Pape pun terima kasih sebab dah clear kan nama aku walaupun aku ni takde lah nak pergi bercuti ke mana-mana pun. Insyaallah, aku akan start bayar balik pinjaman PTPTN tu.. : )





Note : Memang ada niat pun hujung tahun ni kalau dapat duit KWSP, sedikit akan diperuntukkan untuk mambayar pinjaman PTPTN..

Isnin, 29 Julai 2013

Aku Nikahkan Dikau Dengan Hamba Abdi

Tadi aku terbaca satu artikel yang dikongsi di http://anuox.blogspot.com dan aku rasa macam syok nak share. Korang baca lah entry bawah ni..

Share dari fb (mana lagi, itu je la sumber ilham penulisan blog ni). Kali ni pasal kepentingan menghargai wanita.

Alkisahnya si suami balik rumah seraya melihat rumah tunggang-langgang tak berkemas. Dapur bersepah, baju kotor tak bercuci, makanan belum tersedia. Bila ditanya pada isteri kenapa rumah macam tu, si isteri memberi jawapan lebih kurang berbunyi, "Abang kata saya suri rumah, takde kerja, padahal seharian saya mengemas rumah sampai kepenatan. Tengok apa jadi harini bila saya tak kerja."

Lalu penulis tersebut pun cerita bagaimana keadaan rumah kalau takde isteri. Mula-mula memang seronok sebab tak kene bebel, tapi lama-lama beliau tak boleh hidup tanpa isteri sebab:

"... laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop. [...] tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa..."

Aku keliru sekejap.

Kau rindukan isteri kau sebab kau sayang dia ke, atau sebab kau perlukan seorang pembantu rumah percuma? Kalau kau hanya perlukan isteri sebab malas nak masak air, atau tak reti basuh tuala, atau takde masa nak pergi kedai beli ubat gigi, aku rasa apa yang kau perlukan adalah hamba abdi tak bergaji.

Mungkin kau ingat hantaran kawin sepuluh ribu berbelas ribu tu dikira sebagai gaji untuk isteri kau kutip spender hamis kau setiap hari. Tapi sebenarnya tak. Kalau kau rindukan isteri kau sebab tanpa dia, baju kotor kau akan berlonggok tak berbasuh, itu maknanya kau tak reti bezakan isteri dan orang gaji.

Paling bangsat adalah ayat terakhir artikel tu:

"SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!"

Ohoo... Kalau takde perempuan, maka hilanglah balaci penjerang air kau kat dunia ni. Walaupun niat artikel tu baik, nak bagi lelaki hargai wanita, tapi takde satu bait pun dalam artikel tu menyebut pasal menghargai kasih seorang isteri. Semuanya pasal kepentingan beristeri supaya rumah kemas dan perut kenyang. Cinta tak ikhlas, Ye laaa, ape guna bayar mas kawin sampai beribu-ribu tapi tak boleh dibuat orang gaji kan. Menangis kalau ada laki macam ni..


Bongok.

Kencing di toilet

Hahhahaa tajuk tak best betulkan.. Toilet ?? Kencing??


Actually aku nak story tentang Hani yang tiba-tiba je pandai nak shishii kat toilet. Aku sebenarnya tak faham kenapa Hani merengek-rengek pastu cakap nak kencing. Aku cakapla shishii je la pastu dia dah dok merengek kat telinga aku menghempas-hempas badan..

Pastu ibu cerita, hani ada cakap dia nak shishii, than ibu bawa Hani g toilet. Memang dia kencing. Dalam hati aku dia dah mula ada rasa kot..

Lepas ni baba boleh la jimat sikit beli pampers Hani. Mahal nakk pempers sekarang, RM33++ hani.

So bila cuti aku pun cuba la tanya kot-kot dia nak kencing ke. Nampak tak excited mak ko terlebih rajin nak ajar ko ni hahhahaaa..

Kalau dia kata dia nak kencing memang dia nak kencing la. Kalau dia kata tak, maka tak la..

Hani : Maaaa, kencinggggg (sambil tolak pempers dia)
Mama : Nak cing ye. Cepat cepat cepat(Tapi wat aku gelak, dia sempat berjoget-joget macam tahan kencing Hahaaha)
Hani : (Time dia kencing tu boleh tak dia bersorak) Kencing.. Kencing.. Kencing..
Mama : Adeiii la hani. Matik kutu mak ko ni tau..


Hahaa boleh dia bersorak, aptb tau. Dia boleh seronok tengok ada air keluar memancut T_T.
Setakat ni dah 5 6 kali gak la aku ajar dia kencing kat toilet dan banyak kali jugakla air kencing dia berterabur depan pintu bilik air. Tak sempat nokss, proses lambat nak buka seluar lagi pempers lagi. Memang keje aku mengemop lantai je la..

Bila time nak mandi tu aku selalu akan sekalikan la soh dia kencing. Tak boleh kencung pun aku suruh gak kencing..

Mama : Hani kencing cepat, hani pandai kan
Hani : (Sambil cangkung) Tak boleh maaaaa
Mama : Cuba la, sambil buat muka meneran(Bagi semangat)
Hani : Tak adaaaa ma (muka dah sentap sebab tak boleh kencing)

Bila aku toleh je tempat lain, terus dia kencing sambil ketawa gelak-gelak buget funny. Senyum je la aku mampu bagi tengok gelagat anak macam tu..

Tak pe Hani, nanti mama ajar lagi ye. Anak mama ni pandai sebab tu Hani sendiri ada perasaan geli nak kencing dalam pampers kan. Ye nanti mama ajar adik ye..


Note : Haritu hani cakap kat baba, dia nak berak. Baba dia boleh wat dont know je. Sekali betul dia dah berak. Hampehhh betulla baba ni, support la sikit anak tu..

Selasa, 23 Julai 2013

Islam tapi tak puasa

Tajuk post tak boleh tahan kan. Tapi ini lah hakikat sebenar, berita malam tadi tajuk lagi best, penjawat awam kena tangkap sebab tak puasa. Ha, ambik ko, malu betulla. Aku rasa penjawat awam ni mesti yang beruniform, kot la kan sebab takkan orang boleh tahu dia penjawat awam..

------------------------------------ Pict Dari En Google..

Actually kelmarin Isnin hubby ada pergi kedai aksesori kereta, tup tup keluar soalan cepu emas dari tauke kadai berbangsa cina..

Tauke : You orang puasa macam mana?
Hubby : Puasa la. tak makan, tak minum. (Jawapan paling mudahla).
Tauke : Yaka, 30 hari ma. Kalau tak makan tak pe ma, tapi minum ha tak boleh tahan woo.
Hubby : Boleh, you ha 360 hari asek makan saja. Bagi sikit rehat la sama you punya perut. Kerja saja penat. Lagi pun baru kita tau macam mana keadaan orang yang susah tak makan.
Tauke : Yala yala. Tapi ha, ini polis 2 orang boleh makan ma. Makan kat belakang kedai. (Aku rasa tauke ni pun tahu kot yang puasa tu wajib bagi orang islam).
Hubby : Ergkkk.. Buntu, tak tau nak jawap ape.. Orang yang tak puasa tu orang yang tak percaya Tuhan. Kalau kita percaya mesti boleh puasa punya. I puasa tau, tak sama dengan itu polis.
Tauke : Yalaaa kena puasa, kena percaya pada Tuhan. Itu polis takde percaya Tuhan la..

See nampak tak setuasi ni, bukankah memalukan bangsa dan agama sendiri. Kalau ye pun abang-abang ni dah tak larat betul nak puasa jangan la makan kat tempat cina tu walaupun dia sendiri offer. Ko tak rasa malu ke, for sure dia pandang serong kat ko. Mesti dia fikir ko Islam pada nama je..

Aku yang dengar pun jatuh malu tau, ada manusia yang berfikiran terlalu senteng tanpa fikir kesan kepada diri, bangsa dan agama. Hurmm dah macam patriotik pulak aku ni ha. So guys next time kalau betul ko tak puasa walau ape pun alasan ko please please please menyorok di tempat yang hanya ko dan Allah je yang tau. Faham kan maksud aku. Tak perlu nak pergi menyorok dalam kedai non muslim nak mentedarah, buat malu kaum je. And gurls korang pun sama, jangan mentang-mentang ada lesen nak bercuti jangan suka-suka je nak makan kat mana-mana. Sila hormat orang yang berpuasa..


Note : Aku sedar ramai kat luar yang macam ni, bila kita fikir balik, aku pun jadi malu. Yela bangsa aku, seagama dengan aku. Tentu mereka-mereka memandang serong kita-kita yang dikatakan beragama Suci ni..

Ahad, 21 Julai 2013

Iftar Di Nyonya Kitchen

Setiap bulan Ramadhan aku memang akan adjust masa untuk makan diluar bersama Hubby. And mostly akan ajak family la and this time ibu dan ima follow untuk iftar sama-sama. Hahahaa rasa kelakar pulak sebut Iftar ni, sebut berbuka je la ye Jah, Geli la..

Satu dua hari sebelum aku memang dah berzikir kat telinga Hubby bawa aku makan luar. Berat hati Hubby, yela memasing belom gaji lagi kan, akhirnya Hubby setuju and Nyonya Kitchen jadi pilihan. Tup tup Full Booking la plak, nangis tau..

FYI percubaan berbuka di NK ni dah masuk tahun ke lima tau, see since 2009. Dari aku bercinta kawin ada anak baru la aku dapat merasa makan kat NK ni. Fist day datang dah full terus hubby booking esok, and rezeki la memang ada kosong. So petang tu berbuka la kami di Tanjung Harapan..

Menu berbuka pilihan hubby bernilai RM 145++ (4 orang)
Sup Sharkfin
Ikan Senangin Geram Assam (Asam Pedas)
Udang Goreng Berempah
Ayam Mangga
Kailan Sos Tiram
Nasi Putih

Serius yang paling aku dan Hubby suka Ayam Mangga. Perahan lemon tu betul-betul buat aku rasa nak makan lagi. Thumb up. Air kosong disediakan dan boleh refill, kalau nak air buah-buahan boleh oder lain k. Diaorang juga ada sediakan kaunter pembuka selera, dessert, cendol, kuih-muih, rojak hurm ada banyak lagi la. Ikut tekak ko la nak makan ape..

The next day with Hubby.. Jangan jeles ye Jah.. Bukan selalu aku dapat bergambar berdua macam ni.. Asek gambar Hani je..
Hani untung giler, sampai-sampai je pekerja kat situ bagi Hani makanan, puding kot. Siap cakap sedap lagi Huh.. Telan air liur mak ko ni. Serius perut Hani bukan main bulat lagi, and first time Hani duduk diam and makan sekali dengan kitaorang. Hani makan non stop ok..
Ima dan Ibu harusla inteframe sekali Jah. Menu kali ni Ibu memang nak sup sharkfin. Tapi aku memang tak minatla. Takpe la sekali sekala ikut taste dia..
Lentok sikit la, hahhahaa jaga jaga bang, belom berbuka lagi. Hati dah tak sabar ni tengok lauk dah terbentang sampai tak muat meja belom lagi menu tambahan yang belum aku ambik lagi.

Serius aku puas hati dan duit yang keluar tu sangat berbaloi. Mungkin rasanya yang berbeza dan suasana yang selesa. Pekerja yang sentiasa pantas, cakap la ko nak ape dia akan serve ko sebaik mungkin. Nampaknya NK dah jadi pilihan utama untuk berbuka puasa. Actually NK pun dibuka juga diwaktu biasa, cuma menu aku tu set untuk bulan ramadhan la..

Nyonya Kitchen No.220-222, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang.
Tel : 03-3324 1151

Psss: Tadi hubby call dia ajak makan lagi kat NK lepas gaji hahaaaaa.. Dasar kuat makan..

Jumaat, 19 Julai 2013

Ashraf Muslim & Dayana Lokman


Semalam kecoh di semua media mengatakan Ashraf Muslim telah berkahwin kali ke-2 dengan Wan Sakinah di Thailand. Allahuakbar, sabar lah wahai Dayana. Semoga yang terbaik sentiasa bersama kamu..
Pict mereka ketika di tanah suci, tak silap aku diaorang nikah kat sana..

Ni pulak wanita yang dikatakan isteri ke dua Ashraf..

Ni adalah nukilan Dayana yang ditulis menerusi laman akaun Facebook miliknya petang semalam yang aku ambil dari Oh Bulan. Kalau puisi ni di manupulasi kan oleh individu lain aku tak tahu la ye..

Bait-bait puisi tersebut seolah-olah menggambarkan tentang perasaan kecewa dan sedih Dayana terhadap perbuatan suaminya. Bila kau baca pun terasa sebak dalam hati. Penuh dengan kecewa kecewa kecewa..T_T

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan


To Dayana, sabar ye semoga Allah sentiasa bersama kamu. Doa & perkataan itu sahaja kami dapat mampu berikan kepada anda..



Aku dapat merasakan bertapa sakitnya hati Dayana. Tertipu, di duakan, di asingkan, terasa diri tidak diperlukan, bla bla. Semua rasa ada.. Sad..

Isnin, 15 Julai 2013

Penat berkerja seharian

Hai korang..
Aku lately ni rasa macam penat laa. Rasa macam alahai seronoknya jadi housewife(HW). Boleh duduk rumah tak payah nak gigih-gigih nak perah otak bagai, nak target tu nak target ni..
Mungkin yang duduk rumah kata berkerja lagi best dapat pakai baju lawa-lawa, bergaya, make up. Tapi hakikatnya kerja ni kadang-kadang stress tau. Lagi-lagi sampai satu tahap kita rasa otak kita ni nak meletop pun ada, PK pk pk pk sampai aptb..

Aku pun tau duduk rumah pun stress jugak kekadang. Tapi bagi aku duduk rumah cume kena pastikan dari depan rumah sampai dapur berkilat, kain baju basuh & berlipat, anak-anak dapat kasih sayang, cukup time sediakan makanan, bila dah settle boleh rehat. Owh seronoknya jadi HW..

Mungkin aku stress sebab selepas urusan kerja kena pulak selesaikan hal-hal rumah belom lagi ditambah urusan lain-lain. Balik kerja dah penat drive 30 minit, balik-balik seng-seng lengan baju, basuh baju, sapu-sapu depan dalam uma, sental pinggan mangkuk, lipat baju, siap dengan karenah anak berak nak susu, sepah sana sepah sini. Bukan la nak mengeluh tapi aku terasa diri ni macam terlalu penat. Banyak sangat nak difikir, nak dilakukan, dipertanggungjawabkan. Ke aku yang mengada banyak..

Sebab tu la aku kalau buat kerja rumah tak pernah sekali gus. Nanti aku penat, mula rasa macam nak baran pastu emosi dah macam senah gila meroyan. Sian anak aku, kadang-kadang tu kena marah padahal dia datang dekat nak manja-manja. Alahai anak, maafkan mama ye. Routin aku, aku buat ikut dan aku je, mana aku rasa aku larat. Mungkin isnin basuh baju sapu, kemas dapur sapu2. Selasa lipat baju sapu-sapu. Rabu sapu-sapu kemas bilik. Khamis sapu-sapu mop lantau basuh toilet. Dan seterusnya..

Hurrmmmm. Kena banyakkan mehasabah diri ni. Wawa sabar, semoga rasa penat ko ni tak berpanjangan. Hanya sementara macam datang bulan. Semoga segala kepayahan ko sekarang ada ganjaran pahala. Ikhlas kan segala yang ko lakukan tu kerana Allah jugak, jangan merungut jangan mengeluh..

Astarfirullah....
mungkin aku terlupe tentang nak bersyukur kot. Hurmmm, yela dengan berkerja la aku dapat nak belanja ikut suka tekak aku, dapat bagi nafkah kat orang tua aku, dapat agihkan simpanan untuk anak aku, simpanan hari tua, sekali sekala dapat belanja keluarga makan, dapat bantu adik-adik belajar, dapat merasa ada harta sendiri, dapat travel sana sini, bayar balik loan PTPTN..

Betapa aku tak bersyukurnya, padahal masih ramai lagi orang kat luar tu yang masih tercari-cari perkerjaan. Sedangkan aku yang dah memiliki perkerjaan merasa terbeban padahal dengan setiap minit terbeban tu aku dibayar gaji..

Ya Allah kau buka kan lah pintu rezeki halal ku seluas-luasnya supaya aku dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri, ibu, anak dan kakak..

Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Hari Lahir Hani 2 Tahun


Selamat Hari Lahir Anak Mama..
Nor Hani Qaisarah dah 2 Tahun..
Mama doakan anak mama diberi kesihatan yang baik, hidup diberkati Allah dan sentiasa dalam lindungan oleh Nya..

Entry ni terlambat up, tak pe la ye..
Gambar atas tu pada 4.07.2013, hari berkerja so aku nak juga beli kek. Walaupun hanya sepotong kek Hani teruja tau, habis 1 rumah dia suap. So far Hani setakat ni bukan la ank yang susah dijaga. Bagi aku Hani anak yang bijak dan mudah di jaga, bukan nak bangga dengan ank sendiri tapi itu la hakikatnya. Tapi kalau cerita masa tempoh 3 bulan selepas kelahiran dia, memang stress. Hahhahaaa ape tak nye meraung je tak kira masa, nak tido dalam dukungan je. Habis 1 rumah bangun, pagi-pagi semua dah jadi mata panda. Aptb..

Hari ke tiga hani dilahirkan. Masa tengok muka dia macam tak percaya pun ada, aku dah bergelar MAMA. Walaupun kakak takde dengan kita, sekurang-kurangnya adik ada dengan Mama. Sebab semua orang cakap muka kakak dengan adik sama, cuma muka kakak bujur sireh. Takpelah mama dah redha..

Hari Jadi Hani kami just buat sambutan kecil-kecilan panggil atok-atok semua dan sedara-sedara sikit. Dan yang paling best kek full ice krim coklat Hani ada upin ipin, seronok tengok Hani seronok bila dia tengok pict Upin Ipin atas kek. Hahahhaa yang kelakar dia tak bagi aku makan upin ipin tu. Ada mak kesah, last2 dia pun sama makan gak upin ipin tu..
Aku masak Nasi Ayam stress, mee sup, atok mak bawakkan mee hoon dengan buang nangka, atok ibu bawak donut coklat. Donut coklat dan buah nangka bagi la kat budak-budak selorong jalan tu. Dorang suka je, lagipun Baba memang rajin sedekah kat budak-budak tu. Lagipun Donut coklat tu memang sedap. Sorry lupe nak amik gambar makanan..

Baru-baru ni Hani ada check up umur 2 tahun kat Klinik..
Check up untuk macam ubat cacing, tapi till now aku tak bagi lagi. Aptb la mak ko ni. Berat dan tinggi dah masuk line Kuning, berat 9.5 Kg dan tinggi 79 cm je. So Hani kena repeat lagi next month untuk pantau tinggi dan berat. Nasib la nakkk. Nurse jugak syor Hani bertukar susu like Dumex / kini Dugro. Memang ada niat pun tapi tak berkesempatan nak bagitau Baba, sebab bab belanja-belanja ni harusla Baba kan :) Next month ye Hani sayang..

Hani 2 tahun :
- sudah 5 patah perkataan dan tak pelat
- pandai mengira 1-10 in BM and BI
- ABC so so je, masih tunggang-langgang
- minat dengan buku (memang aku tak pernah belikan mainan, hanya buku sahaja)
- suka makan makanan berkuah / nasi lembik macam aku, nasi lemak, ayam dan kalau panas makan banyak
- dah pandai pilih kasut dan baju (ni selalu dengan baba)
- tak boleh dijanji sesuatu, nanti akan dituntut selagi tak ditepati (naik moto atau Giant atau taman)
- dah pandai mintak make up (tukang make up baba). Habis make up mak noksssss..

Luv u sayang.. Membesar jadi anak yang baik ye.. Hani memang anugerah terindah Mama Baba..

Isnin, 1 Julai 2013

Bengkel Women Fitness

Ok pamplet pun dah menceritakan segalanya kan. So tak yah la aku nak susah payah nak story kat korang ye. Sebab ni bukan aktiviti ber aerobik tapi lebih kepada cara berkesan bila beraerobik untuk kesihatan..

Contohnaya : Ko bersenam tapi ko tau tak tahap denyutan jantung tu sesuai tak dengan kadar min dan max jantung ko. Takde la ko beraerobik tapi macam tak aerobik pun, sebab tak keluar peluh. Ni disebabkan kadar degupan jantung dalam kadar rendah atau minimum jantung kita. Kenapa aku cakap KITA sebab degupan berbeza mengikut individu ye.

Dan aku tau ada dikalangan korang yang makan supplement untuk meningkatkan metabolisma. Mean bila ko makan pil tu time ko workout peluh ko keluar luar biasa, Hahahaaa ni disebabkan jantung ko dah pam laju. Benda ni ok tapi kalu silap percaturan boleh menyebabkan berlakunya pendarahan otak disebabkan jantung terlebih laju dan saluran darah kita tak mampu nak survive. Aku pun pernah gak makan benda ni tapi sebotol je, sebab takut la plak. Untuk Hubby plak sebab dia dah terlebih telan, tiba-tiba badan dia panas sampai badan menggigil. Ko tak takut ke tengok macam tu. Tapi salah Hubby la over 4 biji ko telan kan, ape dah tak ingat anak bini ke..

Bersama penceramah, tapi serius lupa la nama nya. Seronok la dengan dia, tak bosan (Baju hijau). Walaupun dah berusia masih bertenaga tau..
Bersama rakan-rakan dari Fun 2 A'Fitness.. Caya la you all..

Insyaallah kalu berkesempatan lagi nak la join benda macam ni lagi. Sebab ilmu kesihatan ni kalu kita tak cari kita tak tau.

See you till next entry.. Daa..

Tak sabar nak balik nak tengok Hubby shopping ape untuk Hani..