SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 28 Jun 2013

Ayah..

Hi..
Sebelum ni aku kurang bercerita tentang ayah aku En Ali. Actually sekarang ni ayah sedang mengalami sakit tulang belakang akibat dari kesalahan teknik mengangkat barang dan asthma. So beware ye you all kalu menangkat sebarang berat please betul-betul. Jangan ko nak tunjuk lagak kuat, sebab bila sakit ko akan tanggung sendiri. Bagi aku bila ko dah sakit belakang ni keadaan ko macam separa lumpuh. Pergerakan ko adalah terbatas sangat, contohnya ayak aku la. Now tak boleh berjalan laju, duduk tak boleh lama, baring je la yang mampu. See kesian kan, tapi aku tak boleh nak tolong pape kan..

Sebenarnya ayah dah tahan sakit belakang almost 1 year. Tapi sekadar mengambil pil killer sebagai ubat penahat sakit. So since mac ayah dah mula susah nak berjalan sebab pil dah tak berkesan untuk dia. Astma memang tak dapat dielakkan la, sebab dari zaman muda ayah memang kuat merokok dan suasana di tempat kerja memang mendorong untuk asthma. Sebelum ni ayah berkerja sebagai pembantu operasi bas so asap dan habuk memang tak dapat dielakkan. Demi rezeki untuk keluarga..

FYI, tahun ni 2 kali ayah masuk wad. Bulan 3 dan 6, memang honeymoon sakan la kat hospital. Tapi admid bulan 6 haritu memang kelam-kabut, sebab ayah tiba-tiba mengadu sesak nafas. Aku terus bawa pergi klinik, klinik plak tranfer ke hospital. Gigih la aku dalm jem pukul 6 petang tu, ayah dah tercungap-cungap ni..

Sampai-sampai je terus ke Emergency, Dokter wat minnor operation kat dada kiri. Katanya paru-paru dia tak mengembang so that why dia sesak nafas. Aku sekeluarga menunggu la sehingga jam 2.30 pagi, kemudian baru lah ayah diletakkan di wad bilik pengawasan 24 jam. Dalam hati dah bersyukur sangat, tapi sayu hati tengok hidung mulut badan berwayar-wayar. Masa ni ayah masih bergantung dengan oksigen 100%. Aku menjaga dia sepanjang malam tu, dengan separa sedar dan mulut dimasuki tiub dia minta aku bukak segala wayar. Aku terpaksa sabarkan dia, kadang-kadang tu mengalir airmata dia minta dibuka segala wayar di hidung dan mulut tu. Akhirnya nurse terpaksa gak ikat tangan dia dari mencabut wayar. Yelaaa, ape jadi plak kalau dah takde oksigen, seram mak noks bila fikir..

Hari ke-2, dokter nak try mengurangkan kadar bantuan pernafasan kepada 50% still tak mampu. Ayah mengalamai sesak nafas lagi, kelihatan paru-paru kirinya tak berkembang. Dokter dah mintak keluarga bersedia dengan segala kemungkinan tapi alhamdulillah mungkin berkat doa semua orang ayah masih lagi bertahan.

Hari ke-4, bantuan pernafasan di tanggalkan, dokter bagi oksigen dos rendah dan minta ayah survive.


Pict kat atas ni, badan ayah dimasuki angin. Dokter kata disebabkan libang dada tu terlalu besar so dorang terpaksa jahirt bagi kecik. Pict ni dia yang suruh ambil, katanya Time dia gemok ni taknak pulak amik gambar. Yelaaa yahhh, aku amik la gambar. Senyum je la dia kan..

Akhirnya ayah semakin baik, mungkin dia jadi kuat semangat bila dia tengok anak, menantu, isteri bersusah payah jaga dia. Masing-masing hidup dah tak terurus, dan dia mungkin rasa bersyukur sebab ada melihat segelintir orang tua yang ditinggalkan katak macam tu je. Tak ke sedih hidup macam tu..

K lah ape-pun ayah dah keluar wad dan boleh rehat kat rumah je. Walaupun pergerakan dia terbatas tapi kau tengok dia sekarang jalan dah tegak sikit. Semoga Allah berikan dia kesempatan lagi untuk menikmati nikmat dunia. Insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan