SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 28 Jun 2013

Ayah..

Hi..
Sebelum ni aku kurang bercerita tentang ayah aku En Ali. Actually sekarang ni ayah sedang mengalami sakit tulang belakang akibat dari kesalahan teknik mengangkat barang dan asthma. So beware ye you all kalu menangkat sebarang berat please betul-betul. Jangan ko nak tunjuk lagak kuat, sebab bila sakit ko akan tanggung sendiri. Bagi aku bila ko dah sakit belakang ni keadaan ko macam separa lumpuh. Pergerakan ko adalah terbatas sangat, contohnya ayak aku la. Now tak boleh berjalan laju, duduk tak boleh lama, baring je la yang mampu. See kesian kan, tapi aku tak boleh nak tolong pape kan..

Sebenarnya ayah dah tahan sakit belakang almost 1 year. Tapi sekadar mengambil pil killer sebagai ubat penahat sakit. So since mac ayah dah mula susah nak berjalan sebab pil dah tak berkesan untuk dia. Astma memang tak dapat dielakkan la, sebab dari zaman muda ayah memang kuat merokok dan suasana di tempat kerja memang mendorong untuk asthma. Sebelum ni ayah berkerja sebagai pembantu operasi bas so asap dan habuk memang tak dapat dielakkan. Demi rezeki untuk keluarga..

FYI, tahun ni 2 kali ayah masuk wad. Bulan 3 dan 6, memang honeymoon sakan la kat hospital. Tapi admid bulan 6 haritu memang kelam-kabut, sebab ayah tiba-tiba mengadu sesak nafas. Aku terus bawa pergi klinik, klinik plak tranfer ke hospital. Gigih la aku dalm jem pukul 6 petang tu, ayah dah tercungap-cungap ni..

Sampai-sampai je terus ke Emergency, Dokter wat minnor operation kat dada kiri. Katanya paru-paru dia tak mengembang so that why dia sesak nafas. Aku sekeluarga menunggu la sehingga jam 2.30 pagi, kemudian baru lah ayah diletakkan di wad bilik pengawasan 24 jam. Dalam hati dah bersyukur sangat, tapi sayu hati tengok hidung mulut badan berwayar-wayar. Masa ni ayah masih bergantung dengan oksigen 100%. Aku menjaga dia sepanjang malam tu, dengan separa sedar dan mulut dimasuki tiub dia minta aku bukak segala wayar. Aku terpaksa sabarkan dia, kadang-kadang tu mengalir airmata dia minta dibuka segala wayar di hidung dan mulut tu. Akhirnya nurse terpaksa gak ikat tangan dia dari mencabut wayar. Yelaaa, ape jadi plak kalau dah takde oksigen, seram mak noks bila fikir..

Hari ke-2, dokter nak try mengurangkan kadar bantuan pernafasan kepada 50% still tak mampu. Ayah mengalamai sesak nafas lagi, kelihatan paru-paru kirinya tak berkembang. Dokter dah mintak keluarga bersedia dengan segala kemungkinan tapi alhamdulillah mungkin berkat doa semua orang ayah masih lagi bertahan.

Hari ke-4, bantuan pernafasan di tanggalkan, dokter bagi oksigen dos rendah dan minta ayah survive.


Pict kat atas ni, badan ayah dimasuki angin. Dokter kata disebabkan libang dada tu terlalu besar so dorang terpaksa jahirt bagi kecik. Pict ni dia yang suruh ambil, katanya Time dia gemok ni taknak pulak amik gambar. Yelaaa yahhh, aku amik la gambar. Senyum je la dia kan..

Akhirnya ayah semakin baik, mungkin dia jadi kuat semangat bila dia tengok anak, menantu, isteri bersusah payah jaga dia. Masing-masing hidup dah tak terurus, dan dia mungkin rasa bersyukur sebab ada melihat segelintir orang tua yang ditinggalkan katak macam tu je. Tak ke sedih hidup macam tu..

K lah ape-pun ayah dah keluar wad dan boleh rehat kat rumah je. Walaupun pergerakan dia terbatas tapi kau tengok dia sekarang jalan dah tegak sikit. Semoga Allah berikan dia kesempatan lagi untuk menikmati nikmat dunia. Insyaallah..

Isnin, 24 Jun 2013

Pulau Redang di Redang Beach Resort Part 3

Salam.. Hi korang..
Maaf ye, payah jugak sebenarnya nak abiskan entry Pulau Redang ni. Almaklumla orang berkerja, Insyaallah entry kali ni aku akan tamatkan untuk all story. Layan dulu gambar dorang ye..

Aku kalau dah jumpa pool memang wajib nak berendam. Tapi kalau dah berstatus mama keseronokan tu lebih kepada anak. Tapi baba dan ayahmin yang over kan hani hu3..

Sambil-sambil cuci mata tengok cucu main air, atok-atok boleh baring kat kerusi baring. Layan feel macam ala-ala Dato Datin.. :)
Bergambar sebentar di signboard untuk kenangan di RBR. Tak tau bila boleh datang lagikan Baba..
Baba jom kita pergi lagi, tak puasla. Just 2 of us..
--------------------Hani Baba AyahMim..
--------------------Hani Baba Mama..
--------------------Tok Abah Tok Emak..
--------------------AyahMim..

Hari ke-2 ni memang banyak di habiskan berjalan sekitar pulau, tu pun tak habis pusing. Yela aktiviti padat sikit, pastu asek nak layan taik mata (baba la ni)..

Kalau korang tau filem More More Tea Inn, Film ni di buat kat Pulau Redang la. Korang boleh nak tengok rumahni sebab dia dah jadikan rumah tu sebagai kedai cenderamata. Murah sikitttttt je dari RBR. Kat sini ada beberapa tempatla yang korang boleh menggedik nak bergambar. Layan gambar aku ye..

Cukupla gambar tu ye. Malas ni nak uplaod banyak-banyak ni. Actually esoknya kitaorang nak bertolak balik, ferri kitorang bertolak jam 7 pagi. Gila awal kan, macam mana Baba dah terima bertolak pukul 7 nak tukar dah tak boleh pulak kul 11 pagi. Tapi pukul 11 pagi ramai gila la kan. Bertolak pagi memang tak ramai, lengang sikit so tak la Hani nak meraung je..

Bye Redang, Insyaallah kalau ada rezeki lebih aku datang lagi. Habis gak entry ni. Kena rancang dengan Baba lagi nak bercuti ke mana pulak tahun depan. Kumpul duit dari sekarang ni..

Ahad, 23 Jun 2013

APC 2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CERMERLANG..

Salam..
Tajuk class kan Jah, tapi mana ado nya aku yang cermerlang. Saja datang meraikan yang lain dapat anugerah. Kalau aku tak datang saper pulak nak tepuk tangan kan..

Lagipun niat pertama aku nak makan xoxo. Niat pun dah salah, haruslah makanan tak sedapkan, haa mendapat la Jah. Makan kat mamak lagi sedap. Hurmmm redha, aku makan daging kambing tapi kambing rebus kot, pasti no refil blackpaper sos (1 mangkok tu la ko hadapkan reramai 1 dewan)dengan sayur kacang. Ok itu saja ye Jah..
TQ Shila sebab sudi kancingkan butang lengan baju aku,hahaa. Kalau korang nak tau, baju yang aku pakai tu dah tak boleh kancing sebab baju nikah tu Jah, berat 48 Kg mana nak sama 62kg ni Jah oiii.. Terima Kasih BFF..

Barisan tertinggi, Dato' SUK, YDP & SU, merasmikan Sistem Persekitaran Berkualiti QE yang terbaru. Eleeeeh mempromosikan nampak, harusla aku kan Pen. Setiausaha Auit QE..

Barisan Wanita Cantik Gebu Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta. Walaupun tak Vouge tapi manis kena ada ye Jah..
(From Left: Shila, Aku, Yanti, Pn.Lisa, Kak Lin, Ain)

Tahniah kepada kawan-kawan yang memperoleh Anugerah malam tu. Teruskan berkerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..

Note: Bila agaknya giliran aku..

Jerebu oh jerebu..

Korang sesak nafas tak dengan masalah jerebu ni. Aku dah naik rimas la. Macam dah tak boleh terima ni. Pakai mask pon masih sesak, rimas la. Tapi bila tak pakai mask, kena plak hidu asap tak sedap macam bau kimia..

Ni jerebu kat kawasan jajahan, tak seindah mana pun tp still boleh nmpak kejerebuannya..

Rasa pendek nafas aku, hadeiii..
Dada rasa macam sempit semacam, belom lagi kepala pening..

Berserah la jahhh..

Rabu, 19 Jun 2013

Mood Down



Harini mood aku ke laut betul..
Ye la, hidup orang tak sentiasa gembira. Kalau pun gembira, alhamdulillah rezeki dia lah..

Mood betul-betul down. Agak-agak sapa yang nak tolong naikkan semangat aku. Aku memerlukan kata-kata semangat yang membangun. Bukan mendengar luahan aku tapi lebih menyakitkan hati aku. Memang tak membantu, tapi lebih menyakitkan hati aku. Aku tak boleh terima, tak boleh. Walaupun aku terima, sedarlah aku terima kerana terpaksa tanpa hati yang ikhlas dan penuh sungutan dan marah. Takut gak nanti boleh jadi benci..

Maafkan lah saya yang penuh emosi ni. I need someone yang boleh mendengar luahan hati aku. MENDENGAR..

Tapi setakat ni luahan aku tak didengari oleh sesiapa. Tak de.

Note : Hani nak dengar tak luahan mama ni..

Selasa, 18 Jun 2013

Bawaku Pergi

Wahhh ayatkan.. Kaka VS Zizan gitu..
Hurm lately ni terasa penat dengan aktiviti harian..
Kadang-kadang terasa macam tak cukup masa dan kakitangan nak uruskan semua hal..
Penat sangat otak ni jah..

Baba, please bring me out from this chaos..



Rabu, 12 Jun 2013

Hani dan bantal busuk

Camni la cara hani tido..
Kalau baby tido comel je kan. Punggung terbuka pun nampak comel gak..
Hani tido mesti nak bantal.So kalau time nak tidokan dia, bantal kena ada..

Tujuannya hani nak tutup muka, pastu malas nak dengar bunyi bising mama dan cahaya lampu..
Biasa la nak oiii mama ko ni kalau dapat gelap ape pun tak dapat..

Mungkin dah jadi habit dia sebab time baby dulu aku suka cium time tido. Pastu automatically dia mesti ambil bantal tutup muka. Hahaaaa comel kan..

Mama sayang hani..

Selasa, 11 Jun 2013

Aerobikthon IKBN K.Langat Part 2

Entry sebelum ni aku lupa nak upload pict time show. Uhukss lupa la jah. So ni antara pict yang ada, ehsan dari kawan2..
Korang nampak kan Wow Mama ada kat mana..
Nampak tak member aku siap toleh kat aku, sebab aku kalau beraerobik muka stress taknak senyum..
Muka macam nak tikam orang hahaaa, maafkan saya ye kawan2..

Setelah menunggu dengan sekelian lama waktu, akhirnya masa kemuncak pengumumam pun bermula. Hati biasa je, sebab group yang lain pon boleh tahan bertenaga, seragam dan yang penting masing-masing nampak seronok..

Pengumuman untuk saguhati bermula tapi nama Wow Mama tak disebut, aku dan yang lain-lain dah sentap noks. Sebab kitaorang teruja nak ambil saguhati tau. Dalam hati laa, saguhati pun tak dapat ke (Untuk semua group)..

Rupa-rupanya aa rezeki Wow Mama..
Yes Alhamdulillah, Wow Mama dinobatkan tempat ke-Dua..
Dan yang paling best, Wow Mama dinobatkan sekali lagi sebagai penerima Anugerah Khas Keseragaman..
Fuhh rasa macam tak caya je, ye la kitaorangkan biasa-biasa je. Senyuman kitaorang tak habis tau sampai la masing-masing berpisah..
Ni gambar yang sempat dirakamkan sebelum masing-masing nak balik..


Hasil dari kemenangan-kemenangan ni. Kitaorang dapat hamper, maddle dan wang tunai berjumlah RM350..
Syukur, tak perlu seksi dan gedik pun kitaorang boleh menang.. Alhamdulillah..

Note : Tak sabar nak join mana-mana aerobikthon lagi..

Sabtu, 8 Jun 2013

Aerobikthon IKBN Kuala Langat

Salam.. Hi korang..
Seperti yg korang maklum aku kan aktif beraerobik, so sabtu lepas aku join satu event dari pihak IM4U K.Langat. Satu group ada 5 org, team kawasan Tmn Dato Hormat ada 2 team. Team Evergreen,memang dah 5 siri dan yg bestnya sda dari kaum india, memang sempoi. Team makcik2 je tau tp superb hebat. Go makcik Go makcik..


Ni la group aku, WOW.. MAMA..
Yellow sangatkn, awesome. Memang we all je yg pakai kuning, sgt menyerlah. Ahli group aku, kak jem, kak roy, kak lina & kak ana. FYI dorang ni semua dorang ni dah berusia tp memang semangat. Luv it. Muahhhh..


See tali kasut pn nak sama. Sweet kan. Actually ada gelang yellow gak tapi lupe nak snap hu3. Maafkn saya..


Time ni tengah tunggu keputusan, dalam hati tak berharap pun sebab niat memang nak enjoy. Suka-suka nak mencabar diri dan mencuba step yg baru. Dalam menunggu tu dapatla tengok Najwa Latif..

To be continue. .