SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 9 Mei 2013

Tantrum @ Amukan - Nor Hani Qaisarah



Lately ni aku perasan ragam Hani agak kasar, dari menghantukkan kepala ke lantai, membaling barang, menggigit, menghempas barang, menghempas badan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang membuatkan aku mula naik darah dan hilang kesabaran dengan karenah Hani..

Mula-mula aku agak aku dan suami dah terlebih manja kan anak kecil ni. Sehinggakan Hani berkelauan agak kasar dan kadangkala biadap. Aku mula terfikir di mana salahnya aku dalam mendidik anak kecil ni. Aku tak nak tersalah didik, anak kecil yang sememangnya aku dan suami tatang bagai minyak yang penuh..

Apabila aku selidik ada sejenis Tantrum dikalangan kanak-kanak iaitu tingkah laku menarik perhatian. Tantrum ini bukanlah sejenis penyakit tetapi sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak. Ia boleh berlaku mulai usia anak 9 bulan hingga 4 tahun. Bergatung kepada keupayaan anak itu mengawal emosi dan tidak semua anak akan mengalaminya.

Tindakan yang dianggap ‘melampau’ oleh kita sebagai ibu bapa sebenarnya isyarat yang anak anda perlu di beri lebih perhatian.Anak ini tidak tahu untuk memberitahu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan/emosi ini. Jadi anak-anak mungkin terpaksa menggunakan teriakan dan jeritan sebagai cara berkesan demi menarik perhatian ibu bapa.

Dari hasil pembacaan En Google aku, masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hilang dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari.

Pencetus tantrum :
1. Tidak selesa fizikal contohnya lapar, penat atau sakit- Samalah keadaannya seperti orang dewasa yang sukar mengekalkan ‘mood’ yang baik dalam situasi sama dialami kanak-kanak.

2. Emosi tidak terkawal, takut, teruja dan bosan. Suasana persekitaran yang mengganggu perasaannya juga boleh mencetus tantrum. Contohnya kunjungan temu janji dengan doktor, bermain dalam tempoh yang lama, aktiviti membeli-belah yang lama dan berlanjutan. Jadi, cuba kenal pasti punca tantrum sebelum anda ambil langkah menanganinya. Ia samalah ibarat seorang doktor yang mengenal pasti penyakit terlebih dahulu sebelum memberi ubat untuk rawatan.

Sekiranya kita berhadapan dengan situasi anak meradang ini, aku syorka korang semua bertenang dan mengawal kemarahan. Bukanlah bermaksud anda mengalah dengannya, tetapi menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda. Kita sebagai ibu bapa boleh mengatasi dengan :
- Beri perhatian yang ringan seperti ‘eye contact’ dengan anak.
- Beri sentuhan/pelukan dan nyatakan anda sayang akan dirinya dan sertakan sekali kata-kata nasihat.
- Nyatakan dengan suara yang lembut untuk anak anda mengetahui bahawa mereka mendapat perhatian anda.
- Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat.
- Beri sedikit kebebasan memilih pada anak anda. Misalnya, dengan membenarkan anak memilih minuman kesukaannya. Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya.

Note : Harapnya info ni, dapat digunakan parent lain. Ilmu keibu bapaan kadangkala tidak boleh dimiliki selagi kita tak mengalaminya sendiri. Seriusnya aku belom bijak dalam mengatur ragam Hani, malah en. suami ada menyatakan aku lemah dalam mengatasi ragam Hani. Aku akui, mungkin bukan cara aku untuk memarahi dan memukul. Apa pun Mama Sayang Hani banyak-banyak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan