SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 8 Mei 2013

Pulau Redang di Redang Beach Resort Part 2

Hi salam semua..
Aku nak contenue story aku kat Pulau redang, huh jenuh gak nak abiskan story ni. Tapi aku cuba abiskan jugak..

Ok sesampai sahaja aku kat pantai tu gerabak bag dah menunggu. Huh syukur, mana nak dukung anak, bawak beg, bawak badan yang lemah pening serabut. Cepat-cepat en suami campak segala bagai bag dalam tu. Almaklumla semua dah mabuk laut..

Selesai mendaftar di kaunter, kami diberi taklimat dalam dua bahasa English / Cina. Gigih la kalau ko nak pilih Cina kan, tenganga je nanti. Selesai mendengar taklimat aku sekeluarga dibenarkan check in bilik. Huh tak sabar nak baring ni.

Bilik aku lebih kurang ni la, aku tak sempat nak snap gambar. Gigih nak jaga anak bagai. Yang berbeza hanya kerusi, kerusi bilik aku tu lebih mesra alam gitu walaupun hanya rotan, bilik sangat luas. Hani berlari dah macam padang permainan. Gambar itu, sangat kecik di atas sebab yang tidak diketahui. TQ En. Google.

Aktiviti pertama makan, hahaa gila ko tak makan. Tempat makan ni sangat selesa dan mesra alam, pemandangan laut. Taste makanan cina, tukang masak pun dah cina. Ikut tekak melayu aku macam tak berapa ngam makanan tu, tapi makan je la. Seram aku tengok cef tu, Time orang makan boleh round2 keliling buffet. Dok pandang makanan dalam pinggan orang. Huh sangat tak selesa, rasa macam cef tu cakap "Kalau ko tak abiskan makanan tu, siap ko?" Hahaa..


Selesai makan kitaorang semua pergi snockling, hu3 owesome. K lah korang layan je la pict2 ni. Gambar aku tak la banyak, sebab kena jaga anak, alasan always anak YES..








Ok, setakat tu je pict kat sana, time korang naik bot nak pergi snockling cuba dapatkan tempat duduk kat atas bot dengan pemandu, tak pun duduk kat muncung bot. Aku dapat duduk kat muncung bot, gila seronok. Dapat tengok pemandangan terus ke dasar laut, penyu, ikan, hidupan laut semuanya live depan mata. Subhanallah cantik ciptaan Allah..

FYI tempat yang paling best snockling adalah Taman Laut. Tempat ni ko kena bayar RM5. Serius aku cakap tak payah gi tempat lain, kat sini dah cukup memuaskan hati korang. Macam-macam ikan ko dapat tengok, ikan yang paling cantik ikan warna pink + biru teqoise. Fisrt time tengok aku tergoda, macam lalai layan ikan-ikan ni semua. Perkara yang paling tak dapat aku lupakan..


Malam nya kami dapat makan BBQ, dan korang kena bakar sendiri ok. Malam tu aku dan Hamim bakar daging kambing 3 pinggan, aku ni peminat tegar daging kambing tau. En suami disebabkan terlebih makan kambing malam tu terus demam. Hurmmm potong betulla, nasib baik dah last day..

K korang, sampai sini dulu ye.. Daaa..
Perasan tak pict aku tak banyak, hurmmmmm gewammmms

Tiada ulasan:

Catat Ulasan