SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 29 Mei 2013

Fast & Furious 6 Awesome


Last weekend aritu, hubby ajak d tengok FF6..
Memang owesome, serius tak rugi kalau korang tengok.
Thumb Up..
Berbanding Ion Man, Ion Man hurmm agak hambar..

Cerita ni hasil dari lanjutan dari FF1-5, dan puncanya dari Letty (kekasih Toretto yang dianggap telah mati)dan Hobs (The Rock) meminta bantuan menghapuskan kumpulan Shaw. Tak nak la cerita panjang, korang tengokla sendiri ye. Clue boleh la, nanti korang tengok tak suprise plak. Yang penting korang mesti puas hati..


For sure akan ada FF 7..
Kalau korang tengok FF6, dan korang akan faham maksud aku nanti..
Hu3..

** Baba nanti ajak mama lagi ye.. Auchh..

Ahad, 26 Mei 2013

Renovation rumah


Hari khamis 23 hb. Kan ari last keje sebelum cuti wesak day jumaatnya. Aku dengan rasa senang hati, gembira balik keje tiba-tiba ada pasir selonggok depan rumah aku..

Tak ke confused akak ko ni, nak kata nak buat renovated mmg ye tapi tunggu lah rumah ni sah jadi rumah aku la. Jangan wat hal jah. marah tokey rumah kang. Untuk makluman, aku ni menyewa je. Blom ada rezeki lagi buat masa sekarang. Korang doakan aku murah rezeki ye, mana tahu azam tahun ni tercapai. Aminnnnnnn..

Berbalik story tadi bukan pasir je selonggok tapi semen 5 bag dan kapur 3 bag. Aku dah cakap dengan hubby kalau dalam 3 hari takde sape tuntut kita semen je poch parking depan uma ni. Tapi diorang macam tau je niat jahat aku ni. Ari sabtu petang, datang pakcik ni tanya hal pasir dan barang-barang ni semua..

Dan petang tu jugak cina kedai datang pick up barang dia. Baru turun lori dah kena sound, sebabnya masuk rumah orang tanpa izin. Dan berkali- kali la cina tu say sorry. Akhirnya cool jugakla laki aku. Mungkin kali ni dia susah next time tak tau turn kita pulak kan. Cina tu takut hubby tak bagi sebab kalau tak dia yang kena ganti. Lepas di soal hanya kerana kesilapan no rumah, dari 43 dah jadi 25..

Dalam hati aku dah lega, amik la ko semuanya mata aku dah sakit 3 hari memandang pasir betul2 depan pintu rumah. Stress tau..

Khamis, 23 Mei 2013

Sayang


Kadang2 kita terlupa nak hargai orang yang ada disekeliling kita. Kerana kita menganggap mereka xkan pergi meninggalkan kita..

I love both of you.. muahhh..

Isnin, 20 Mei 2013

Hari Konvokesyen UITM Shah Alam Imah

Imah ni (Nor Seha), adik aku yang second. Selepas hampir 4 tahun belajar akhirnya dia dapat menggenggam segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan awam. Tahniah imah. Aku tau ko rasa terseksa nak belajarkan, perkataan give up tu selalu keluar dari mulut ko. Lagi2 bila ko repat paper, lagi ko stress, tapi adatla. Akhirnya ko berjaya jugak kan..

Dalam hati aku rasa bangga sangat, sekurang2nya adik aku dapat belajar lebih tinggi dari aku. Aku mampu setakat diploma je la, misi nak menyambung bila dah berlaki dan beranak ni memang payah dik. Aku yang nak exam JPA ni pun dah nak nagis membelik buku yang tebal2 tu. Aku rasa otak aku almost full la hu3..






Nota :
Cepat-cepat cari keje tetap, jangan memilih kerja. Mana2 kerja yang mana ko rasakan sesuai cepat2 grab. Aku doakan yang terbaik buat ko. Hani sayang Angah, Auccch!!

Khamis, 16 Mei 2013

Latest me

Maafkn gambar aku yg tergedik sikit.
Hajat hati nk pose ala2 awek korea, tp mcm xkena plakkan. Maafkan aku ye cik jah sekalian...

Actually aku tengah nk godek2 Samsung baru ni.
Macam mana nk up entry, pict, font and on. Kalau korang nak tau. or dah tau dah pon kot. aku lah manusia paling buta IT. buta gadgets.. dan aku jenis manusia paling pemalas nak explore benda baru. tak payah lah nak tayang-tayang kat aku cakap ini bagus, itu bagus.. senang je godek dia.. aku takkan godek!! hahahaaa.. Senang cerita spesis bengap ni..

Dari dulu aku macam tu. tapi kalau aku nak tau satu-satu benda tu. aku explore habis-habisan. tapi selalunya bukan gadget dan bukan buku pelajaran lah.. muahahah...
K til next entry..

Khamis, 9 Mei 2013

Tantrum @ Amukan - Nor Hani Qaisarah



Lately ni aku perasan ragam Hani agak kasar, dari menghantukkan kepala ke lantai, membaling barang, menggigit, menghempas barang, menghempas badan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang membuatkan aku mula naik darah dan hilang kesabaran dengan karenah Hani..

Mula-mula aku agak aku dan suami dah terlebih manja kan anak kecil ni. Sehinggakan Hani berkelauan agak kasar dan kadangkala biadap. Aku mula terfikir di mana salahnya aku dalam mendidik anak kecil ni. Aku tak nak tersalah didik, anak kecil yang sememangnya aku dan suami tatang bagai minyak yang penuh..

Apabila aku selidik ada sejenis Tantrum dikalangan kanak-kanak iaitu tingkah laku menarik perhatian. Tantrum ini bukanlah sejenis penyakit tetapi sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak. Ia boleh berlaku mulai usia anak 9 bulan hingga 4 tahun. Bergatung kepada keupayaan anak itu mengawal emosi dan tidak semua anak akan mengalaminya.

Tindakan yang dianggap ‘melampau’ oleh kita sebagai ibu bapa sebenarnya isyarat yang anak anda perlu di beri lebih perhatian.Anak ini tidak tahu untuk memberitahu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan/emosi ini. Jadi anak-anak mungkin terpaksa menggunakan teriakan dan jeritan sebagai cara berkesan demi menarik perhatian ibu bapa.

Dari hasil pembacaan En Google aku, masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hilang dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari.

Pencetus tantrum :
1. Tidak selesa fizikal contohnya lapar, penat atau sakit- Samalah keadaannya seperti orang dewasa yang sukar mengekalkan ‘mood’ yang baik dalam situasi sama dialami kanak-kanak.

2. Emosi tidak terkawal, takut, teruja dan bosan. Suasana persekitaran yang mengganggu perasaannya juga boleh mencetus tantrum. Contohnya kunjungan temu janji dengan doktor, bermain dalam tempoh yang lama, aktiviti membeli-belah yang lama dan berlanjutan. Jadi, cuba kenal pasti punca tantrum sebelum anda ambil langkah menanganinya. Ia samalah ibarat seorang doktor yang mengenal pasti penyakit terlebih dahulu sebelum memberi ubat untuk rawatan.

Sekiranya kita berhadapan dengan situasi anak meradang ini, aku syorka korang semua bertenang dan mengawal kemarahan. Bukanlah bermaksud anda mengalah dengannya, tetapi menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda. Kita sebagai ibu bapa boleh mengatasi dengan :
- Beri perhatian yang ringan seperti ‘eye contact’ dengan anak.
- Beri sentuhan/pelukan dan nyatakan anda sayang akan dirinya dan sertakan sekali kata-kata nasihat.
- Nyatakan dengan suara yang lembut untuk anak anda mengetahui bahawa mereka mendapat perhatian anda.
- Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat.
- Beri sedikit kebebasan memilih pada anak anda. Misalnya, dengan membenarkan anak memilih minuman kesukaannya. Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya.

Note : Harapnya info ni, dapat digunakan parent lain. Ilmu keibu bapaan kadangkala tidak boleh dimiliki selagi kita tak mengalaminya sendiri. Seriusnya aku belom bijak dalam mengatur ragam Hani, malah en. suami ada menyatakan aku lemah dalam mengatasi ragam Hani. Aku akui, mungkin bukan cara aku untuk memarahi dan memukul. Apa pun Mama Sayang Hani banyak-banyak..

Rabu, 8 Mei 2013

Pulau Redang di Redang Beach Resort Part 2

Hi salam semua..
Aku nak contenue story aku kat Pulau redang, huh jenuh gak nak abiskan story ni. Tapi aku cuba abiskan jugak..

Ok sesampai sahaja aku kat pantai tu gerabak bag dah menunggu. Huh syukur, mana nak dukung anak, bawak beg, bawak badan yang lemah pening serabut. Cepat-cepat en suami campak segala bagai bag dalam tu. Almaklumla semua dah mabuk laut..

Selesai mendaftar di kaunter, kami diberi taklimat dalam dua bahasa English / Cina. Gigih la kalau ko nak pilih Cina kan, tenganga je nanti. Selesai mendengar taklimat aku sekeluarga dibenarkan check in bilik. Huh tak sabar nak baring ni.

Bilik aku lebih kurang ni la, aku tak sempat nak snap gambar. Gigih nak jaga anak bagai. Yang berbeza hanya kerusi, kerusi bilik aku tu lebih mesra alam gitu walaupun hanya rotan, bilik sangat luas. Hani berlari dah macam padang permainan. Gambar itu, sangat kecik di atas sebab yang tidak diketahui. TQ En. Google.

Aktiviti pertama makan, hahaa gila ko tak makan. Tempat makan ni sangat selesa dan mesra alam, pemandangan laut. Taste makanan cina, tukang masak pun dah cina. Ikut tekak melayu aku macam tak berapa ngam makanan tu, tapi makan je la. Seram aku tengok cef tu, Time orang makan boleh round2 keliling buffet. Dok pandang makanan dalam pinggan orang. Huh sangat tak selesa, rasa macam cef tu cakap "Kalau ko tak abiskan makanan tu, siap ko?" Hahaa..


Selesai makan kitaorang semua pergi snockling, hu3 owesome. K lah korang layan je la pict2 ni. Gambar aku tak la banyak, sebab kena jaga anak, alasan always anak YES..








Ok, setakat tu je pict kat sana, time korang naik bot nak pergi snockling cuba dapatkan tempat duduk kat atas bot dengan pemandu, tak pun duduk kat muncung bot. Aku dapat duduk kat muncung bot, gila seronok. Dapat tengok pemandangan terus ke dasar laut, penyu, ikan, hidupan laut semuanya live depan mata. Subhanallah cantik ciptaan Allah..

FYI tempat yang paling best snockling adalah Taman Laut. Tempat ni ko kena bayar RM5. Serius aku cakap tak payah gi tempat lain, kat sini dah cukup memuaskan hati korang. Macam-macam ikan ko dapat tengok, ikan yang paling cantik ikan warna pink + biru teqoise. Fisrt time tengok aku tergoda, macam lalai layan ikan-ikan ni semua. Perkara yang paling tak dapat aku lupakan..


Malam nya kami dapat makan BBQ, dan korang kena bakar sendiri ok. Malam tu aku dan Hamim bakar daging kambing 3 pinggan, aku ni peminat tegar daging kambing tau. En suami disebabkan terlebih makan kambing malam tu terus demam. Hurmmm potong betulla, nasib baik dah last day..

K korang, sampai sini dulu ye.. Daaa..
Perasan tak pict aku tak banyak, hurmmmmm gewammmms

Rabu, 1 Mei 2013

This Feeling Not Really Sucke


Korang jangan terkejot pulak tengok gambar ni ye. Aku memang tengah gigih lah 4-5 bulan ni nak turunkan muncit kat tummy ni, Almaklumla aku kan pregnant twin. Berat 2 babay je dah 2.4kg campur 2.5kg, gigih tak jah 5kg aku ke hulu ke hilir bawak perut..

Stretch mark ko jangan cakap la MERIAH, walaupun minyak zaiton, minyak bio-oil, minyak telon semua aku dah sapu time preggy dulu. Tapi aku redha, uhuk uhuk ini la tanda aku pernah membawa baby 9 dalam perut ni. Kena bersyukur tau, sebab Allah dah bagi aku peluang untuk pregnant dan be a mama. So jangan nak merungut sangat ye jah..

Aku rasa tummy aku dah mula susut, alhamdulillah. Sebab dari saiz 31 inc dah turun ke 29 inc, YESSSS. Dah turun ke 29 inc pun aku dah cukup syukur, nak dapat balik 27-28 inc tu macam tak la. Tapi kalu dapat pun ok ape, boleh aku sarung seluar jeans ketat-ketat yang bergantung tu. Serius nak bagi orang huh, rasa sayang bukan tamak tau. Ada jugakla dalam 3 helai dah let go. Tu pun hati kena cekal, sebab stakat saiz 26-27 tu tak payah mimpi sangatla nak sarung balik..

Minggu lepas tengah duduk melipat baju, aku terpandang jeans aku saiz 28. FYI, jeans tu memang aku dah jadi kan target mengecilkan pinggang.Dalam hati geram je tengok dok bergantung selamba je. Aku bangun TRY TEST TENGOK. Ok Good, dalam hati dah berbunga-bunga.
-Last year 2012 aku sarung sampai lutut je mampu.
-Bulan 1/2013 aku pakai tapi sangkut kat punggung.
-Bulan 4/2013 dah boleh kancing tapi senak perut menahan nafas huhu. Bumper still ada.

K lah, next time kalau aku dah boleh pakai jeans tu dengan santekkkk nya. Aku akan show off ok. Tapi sekiranya gagal, aku akan let go jugak jeans ni.. Berserah..

Daaa..