SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 30 April 2013

Pulau Redang di Redang Beach Resort Part 1

17 hb. Mac 2013 (Ahad)
Percutian ni dah lama aku rancang sebenarnya. menjadi sebab utama aku memilih Pulau Redang berbanding pulang-pulau yang lain, katanya pulau ni adalah pulau yang paling cantik di Malaysia. So tak ke ko teruja tahap max nak ke sana. Dari carian makluman di Google pulau ni terletak di perairan Laut China Selatan, dan merupakan 1 daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di Negeri Terengganu. Dan sumpah aku tak tipu, memang cantik ciptaan tuhan. Subhanallah..

Percutian ni pada mulanya dirancang bertiga, lama-kelamaan jadi berlapan so 2 kereta. Ok la baru seronok sikitkan. Percutian selama 4 hari 3 malam, 1 malam di Kuala Terengganu dan 2 malam di Pulau Redang.
Kenapa aku pilih untuk stay 1 hari kat kuala terengganu?
1)Jadual menaiki feri untuk ke Pulau Redang pukul 9.30 pagi
2)Hajat kaum ibu nak membeli-belah di Pasar Payang
3)Saja nak merasa ronda malam2 kat bandar kuala terengganu. Ok takde ape pun.

Bahan dari En Google

Hari pertama tu memang aku habiskan masa membeli-belah di Pasar Payang dan malamnya aku habiskan masa dengan berehat. Kalu ke Pasar Payang sila sediakan duit yang berkepok ok, kalu tak kaum hawa mesti sakit hati. Baju dia masyallah cantikkkkk tapi Allah Huakhbar RM190 dan ke atas semua batik tu. Yang murah ada tapi bukan batik tapi 3D printed hurmmm RM50. Aku yang tak berapa nak ada ni, rembat 1 baju batik RM190. Lepas tu makan hati tengok baju cantik2 huwaaaa huwaaa, nangis tau..

18 hb. Mac 2013 (Isnin).
Pagi jam 8.30 kitaorang semua turun checkout hotel dan berjalan kaki ke Jeti Shahbandar. Korang akan lalu hadapan bangunan Nagoya, Pasar Payang dan tepian jeti Shahbandar.Semuanya berdekatan, janji takkan sesat he3.

Kitaorang booking dengan Redang Beach Resort (RBR)secara call HQ di KL. Harga pakage mengikut pilihan bilik ye, lagi Mewah bilik ofcoz lebih mahal. Later will updete k, dah lupe la cik jah @,@


Pict bawah, tunggu time untuk naik boat. Untuk makluman siapa yang beli tiket feri dengan booking hotel, adalah menjadi keutamaan untuk naik feri dulu ye. So takdela hazab nak bertolak2 kan.


Masing-masing dah excited nak naik boat. Alhamdulillah dapat feri yang cantik. Tapi sapa la kita nak melawan kuasa ombak. 1 jam perjalanan Hani menangis je, lagi 45 minit aku yang menangis hu3 siap termuntah lagi. Sedih je aku tengok Hani, meraung dia sampai semua orang naik kesian, NONSTOP ok. Sengsara noks, maybe pagi tu ombak agak kuat sampai bergoyang feri ni tahap tak boleh bla..

Layan dulu pict dari atas boat ye.

Steady je diorangkan, hurmm malu aku. Happy tengok diaorang happy. Doakan anak-anakmu lebih rezeki ye, insyaallah dapat bawak kalian lagi. Sobs Sobs..


Gambar aku sorry la memang takde, moody ok. Rasa separuh menyesal pun ada hu3. Credit to Hamim (adik en. suami)untuk pict ni. Perjalanan 1jam 45 minit ni memang menyeksakan, tapi bagi yang tak boleh tahan mabuk laut, pengangkutan secara udara ada ye dan sila Googel sendiri he3..

To be continue..

1 ulasan:

  1. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam