SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 25 April 2013

Kelas Aerobik Telok Panglima Garang

Asalamualaikum.
Hai korang :) Awal tahun dulu aku ada tulis yang salah satu target tahun 2013, aku nak kembali aktif dalam bersenam aerobik kan. Yes alhamdulillah, sekurang-kurangnya dalam seminggu aku akan attand class 2 kali seminggu, paling banyak pun 4 kali. Huh gigih aku tau..

So sape-sape antara readers aku yang tinggal berhampiran Telok Panglima Garang boleh lah menghadirkan diri, join kitaorang. Mungkin ada antara korang yang nak join tapi sebab takde kawan taknak join, rasa tak dapat follow taknak join. Takpe kawan-kawan, tak pandai tu mula-mula je, lama-lama step tu akan jadi mudah bagi kita. Tapi kalau sebab kawan takde, tak jadi masalah. Datang dan buat kawan, ramahkan mulut dan lebihkan senyuman. Jangan ko nak berlagak dive, susahlah noks. Serius firstime aku join pun lonely, tak kenal orang tapi sebab minat aku langgar je. Ingat, kalau semua benda kita nak buar perlu berteman/berkawan, kemungkinan benda yang kita nak buat tak akan menjadi. Tak semua orang sama minat macam kita, ada kelapangan masa macam kita, perlu bersenam macam kita (tingkatkan body fit/kesihatan. So tepok dada tanya otak fikir. Eh tapi aku tak paksa, ikut suka hati korangla..

FYI, kelas yang aku attend ada 2 tempat.

1. Dewan Desawira (Berhadapan Kayaba)


Clas ni aku baru join November 2012 lepas. No. Tel korang boleh la amik kat pict atas ni ye. Instracter nya pun ramah-ramah so dont worry, just come and have fun. Bila dia tau ko orang baru dia akan pastikan ko tak terbiar. Actually dorang ni ada buat di beberapa kawasan lagi Exp: Balairaya Kg Jenjarom dan Balairaya Kebun Bharu dengan hari yang berlainan. For more information tanya dorang k.

Pendaftaran RM10 seumur hidup, sangat berbaloi. Sekali class RM5 tapi bagi yang tak daftar RM6 sekali class.

2. Balairaya Taman Dato Hormat

Class ni aku dah start join dari tahun 2009, zaman anak dara lagi. Pendaftaran RM10 dan seumur hidup. Instracter Julia, orang Banting katanya. Kak Julia ni pun ok, have fun sangat. Untuk kawasan TPG kat Taman datok Hormat je la yang aku tau dia ada buka class, tempat lain aku tak tau.

Pendaftaran RM10 seumur hidup, sama macam kat atas sangat berbaloi. Masa 8.30 malam hingga 9.30 malam.
Class Isnin : RM 5 (bagi yang berdaftar)
Class Selasa : RM 2 (bagi yang berdaftar)
Tapi bagi yang tidak berdaftar tambah RM 1 ye. Mana nak dapat class aerobik RM 2 kan. Inisiatif dorangla mintak sumbangan mana-mana datok atau Yb hu3. Oh ya, we all baru dapat kelmarin sumbangan RM1k dari wakil perlimen BN, Terima Kasih Kapten Bersara Saharudin B Hj Omar.

OK lah korang, kalu berminat sila-sila lah menghadirkan diri ye. Aku sihat, korang pun sihat. Aku kurus korang pun kurus.Tak ade paksaan ye. Aku tau kadang-kadang korang cari-cari kelas aerobik tapi tak dapat maklumat. Ada juga kalau jumpa pun class stok monthly yang buget RM besar. Aku faham bukan semua berkemampuan. Aku dah penat ni, jarang aku buat entry panjang-panjang macam nie ngeeeeee..

K korang berjumpa next entry ye. Daaa..

5 ulasan:

  1. Salam kenal ya sist...
    Infonya menarik nih.. semoga kapan2 qt dapat ber-aerobik bareng.. :)
    Mau nanya nih Musik jenis apa yang kiranya cocok untuk pengiring senam aerobik? Lalu ada g ya toko baju senam yang menyediakan pakaian olehraga untuk aerobik ini?
    Thanks...

    BalasPadam
  2. Wsalam jauharotul maknunah..
    Musik yang sesuai? Saya takla pandai mana tapi sekadar berkongsi jenis muzik yang saya rasakan sesuai..
    Rancak, techno- buat kita semangat nak beraerobik.
    Lagu yang mempunyai beat/bunyi drum amat membantu dalam mengatur gerakan..
    Cth: 4 min Madonna,Pump it - Black eye peace, Bara Bara,Saturday night fever..

    Baju aerobik pulak, macam saya order dari cikgu. Tapi awak boleh cari di Facebook banyak sangat. Seluar yang paling selesa bagi saya jenama E-Max dan yang paling nampak cool seluar Zumba.

    BalasPadam
  3. Hai tumpang tny,aerobik yg kt desawira still ada ke?

    BalasPadam
  4. Hi.. 2 month baru nak reply.. Sorry..
    Utk makluman class desawira sudah bermula.. Setiap hari Rabu & Ahad Jam 8.30 malam :)

    BalasPadam
  5. Hi Class Arobic masih ade lagi ke?

    BalasPadam