SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke 2

Rasanya belum terlambat untuk aku up kan entry Ulang Tahun aku sendiri.
01hb Oktober 2010 (Jumaat) 3.30 petang aku selamat menjadi seorang isteri kepada Mohd Hafiz. Yes hohohhhoooo..
Aku upkan lagi pict time aku kawen dulu, seronoknye jadi raja sehari walaupun penatnya tuhan je tau.







Alhamdulillah bertambah lagi usia perkahwinan aku. Ko tak tahu betapa aku takut masa mula-mula en hafiz ni nak ajak aku kawen. Kakakaah, aku serem sebenarnya dan tak pasti aku ni betul-betul bersedia ke.

Kesian suami aku, 3 kali ajak kawen baru aku setuju. Itu pun lepas kena ugut kena tinggal hahhaaa. Kelakar pun ada tapi alhamdulillah En Hafiz ni bagus. Cewah puji nampak. Ofcoz la kan, laki aku. Aku bagi hadiah pape pun tapi semperna hari jadi aku 21.09.2012 dan second annuversarry we all buat BBQ pada 29.09.2012(Sabtu) so dapatla ajak ahli keluarga lain datang makan-makan.

Untuk suami ku,
Wahai suami ku, aku bersyukur sebab aku adalah wanita terpilih untuk menjadi isteri mu. Aku juga bersyukur sebab engkau suami yang sangat bersabar dengan gelagat dan perangai aku yang kadang-kadang tak ape-ape tah. Aku juga bersyukur sebab engkau juga bapa yang sangat baik & bertanggungjawab kepada anak-anak kita. Walaupun Hani Maisarah tak dapat bersama kita, aku tau dia pasti bangga dapat Baba sebagai bapa. Terima kasih baba sebab sentiasa menjaga dan melindungi kami 2 beranak hehehe..

LOVE : Mama & Adik

Selasa, 9 Oktober 2012

Hani Qaisarah susah ambil gambar


Macam ni la hasil kalau nak ambil gambar Sara sekarang.
Memang susah nak ambil gambar tu comel-comel sikit.
Sabar je la mama ni dik. Hhurmmmm..

Anakku Naik Kuda

Pict ni kak ipar aku ambil masa raya 2012. Aku harus la ambil and save dalam blog ni, supaya Sara boleh tengok masa dia kecik macam mana rupe dia..



Aku cari gak kuda ni kot ada jual, aku jumpa kat Giant tapi jenis getah Rm29.90. Agak luntur colour dia, not good so aku tak beli hahhaaa. Sorry la dik, maybe next time ye kalau mama jumpa yang lebih elok.. Mama sayang adik..

Khamis, 4 Oktober 2012

Happy Belated Birthday

Selamat Hari Jadi.... Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Akuuuuuuu...
Selamat Hari Jadi...
Yeaaaaaay..

Hari Lahir aku jatuh pada 21 hb september 1986. Hurm sekelip mata lagi umur aku dah bertambah. Kejap je masa berlalu, rasanya baru sehari dua aku tiup lilin umur setahun. Alhamdulilla Allah masih panjangkan umur aku untuk aku terus bersama keluarga & kawan2. TQ Allah.

Untuk hari bersejarah aku ni takde apa pun yang aku mintak. Cuma aku berharap aku diberikan kesihatan yang baik, dibuka pintu rezeki halal yang luas, keluarga yang bahagia, kerja yang bagus dan sentiasa dalam perlindungan Allah.

So far hubby ada gak tanya nak hadiah ape, tapi aku rasa memadai dia beri aku dan Sara cukup makan pakai dan kasih sayang. Takde ape sangat yang aku nak, sebab tu semua cukup membahagiakan aku.

Disebabkan next week nya ulang tahun perkahwinan aku dan en suami, so aku decide wat BBQ dan jemput ahli keluarga terdekat untuk makan bersama. Agak banyak meriah makanan nya hu. Aku makan sampai tak boleh bernafas huh.

Semoga hidup aku akan terus succes.