SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 18 September 2012

Wahai Suami

Lately ni aku selalu terdengar rumahtangga orang yang bergoyang. Goyang bukan sebab angin tapi ribut tsunami & lanina. Aku yg jadi runsing & stress sebenarnya dengar masalah ni. Aku yang jadi terfikir-fikir.

Kenapa dulu aku kalau hubby ajak kawen je taknak, ini lah salah satu sebab nya. Aku takut, aku takut sebab aku tau kalau benda2 macam ni terjadi aku tak kuat. Subhanallah aku harap Allah sentiasa di sisi aku dan dihindari keluarga aku dari perkara yang tak baik. Insyaallah selagi ada hayat aku, aku akan setia bersama keluarga aku.

Mostly yang menjadi mangsa adalah perempuan. Bukan aku nak berpihak pada wanita tapi hakikatnya wanita lah yang akan terjejas. Bertahun-tahun berkahwin, hidup susah bersama, kumpul harta bersama, membesarkan anak bersama tapi di tengah jalan si isteri di dua kan. Seakan menidakkan hak isteri yang telah berkongsi hidup dengan si suami.

Tanpa rasa hormat pada isteri, tau-tau dah diberi madu. Isteri mana yang tak makan hati. Lebih-lebih lagi bagi si isteri yang baik. Siap tolong jaga si ibu lelaki lagi, menguruskan rumahtangga, anak-anak dididik, membantu dari segi kewangan. Si suami mengherdik si isteri(Selalu aku nampak), WTH dalam kepala otak aku. Aku pulak terasa malu.

Mungkin alasan si suami untuk menduakan isteri, berhelai2 kertas. Si isteri dah tak cantik di mata suami. Gemuk. Berlemak. Tak menarik. Tak pandai berfesyen. Masa muda lawa bukan main, sekarang dah macam bibik. Hurrmm, tapi wahai suami, si isterilah yang mengandungkan zuriatmu sehingga badan berisi macam ni. Untuk kembali ke bentuk asal memang mustahil. Dengan corak batik di perut, yang C-sear lain plak (double buncit), tangan sekasar kertas pasir. Selulit di tiap ceruk. Bila si suami complain tentang tubuh badan, percayalah suami kami WANITA sangat sensitif tentang tubuh badan. Si isteri-isteri ni memang nak sangat badan melentik macam anak dara dulu. Aku cadangkan si suami Complain tu berserta la RM untuk si isteri ni wat slimming.

Lastly bila si isteri dapat tahu. Bermula la proses penceraian. Kita tak boleh cakap, bermadu kita boleh dapat payung emas. Tak semua isteri ni kuat hatinya.

Aku nak cerita banyak pun tak boleh, hal sensitif. Tambahan pulak aku pun baru setahun jagung dalam alam berumahtangga ni. Aku harap mereka yang sedang mengalami masalah ni, banyakkan bersabar. Cuba kuatkan diri, demi anak2. Mungkin aku tak mengalami aku boleh bercakap tapi sebagai perempuan aku cuma boleh bagi semangat je. Semoga ujian ni datang atas sebab yang lebih baik, Allah sahaja yang tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan