SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 18 September 2012

Wahai Suami

Lately ni aku selalu terdengar rumahtangga orang yang bergoyang. Goyang bukan sebab angin tapi ribut tsunami & lanina. Aku yg jadi runsing & stress sebenarnya dengar masalah ni. Aku yang jadi terfikir-fikir.

Kenapa dulu aku kalau hubby ajak kawen je taknak, ini lah salah satu sebab nya. Aku takut, aku takut sebab aku tau kalau benda2 macam ni terjadi aku tak kuat. Subhanallah aku harap Allah sentiasa di sisi aku dan dihindari keluarga aku dari perkara yang tak baik. Insyaallah selagi ada hayat aku, aku akan setia bersama keluarga aku.

Mostly yang menjadi mangsa adalah perempuan. Bukan aku nak berpihak pada wanita tapi hakikatnya wanita lah yang akan terjejas. Bertahun-tahun berkahwin, hidup susah bersama, kumpul harta bersama, membesarkan anak bersama tapi di tengah jalan si isteri di dua kan. Seakan menidakkan hak isteri yang telah berkongsi hidup dengan si suami.

Tanpa rasa hormat pada isteri, tau-tau dah diberi madu. Isteri mana yang tak makan hati. Lebih-lebih lagi bagi si isteri yang baik. Siap tolong jaga si ibu lelaki lagi, menguruskan rumahtangga, anak-anak dididik, membantu dari segi kewangan. Si suami mengherdik si isteri(Selalu aku nampak), WTH dalam kepala otak aku. Aku pulak terasa malu.

Mungkin alasan si suami untuk menduakan isteri, berhelai2 kertas. Si isteri dah tak cantik di mata suami. Gemuk. Berlemak. Tak menarik. Tak pandai berfesyen. Masa muda lawa bukan main, sekarang dah macam bibik. Hurrmm, tapi wahai suami, si isterilah yang mengandungkan zuriatmu sehingga badan berisi macam ni. Untuk kembali ke bentuk asal memang mustahil. Dengan corak batik di perut, yang C-sear lain plak (double buncit), tangan sekasar kertas pasir. Selulit di tiap ceruk. Bila si suami complain tentang tubuh badan, percayalah suami kami WANITA sangat sensitif tentang tubuh badan. Si isteri-isteri ni memang nak sangat badan melentik macam anak dara dulu. Aku cadangkan si suami Complain tu berserta la RM untuk si isteri ni wat slimming.

Lastly bila si isteri dapat tahu. Bermula la proses penceraian. Kita tak boleh cakap, bermadu kita boleh dapat payung emas. Tak semua isteri ni kuat hatinya.

Aku nak cerita banyak pun tak boleh, hal sensitif. Tambahan pulak aku pun baru setahun jagung dalam alam berumahtangga ni. Aku harap mereka yang sedang mengalami masalah ni, banyakkan bersabar. Cuba kuatkan diri, demi anak2. Mungkin aku tak mengalami aku boleh bercakap tapi sebagai perempuan aku cuma boleh bagi semangat je. Semoga ujian ni datang atas sebab yang lebih baik, Allah sahaja yang tahu.

Khamis, 13 September 2012

"Tak Pe" bagi lelaki

Semalam berbual dengan seorang kawan. Tentang hal hal rumah tangga.

Selamat menempuh ke alam rumahtangga lah kepada sesiapa yang nak berumahtangga. Kira bernasib baik lah sebab dapat menempuh alam rumahtangga sebelum ke alam barzakh. Kalau silap pilih pasangan, alam rumahtangga pun rasa lebih kurang je la macam alam barzakh. Hehe.

Apabila dah jadi isteri ni, maaf cakap lah. Memang banyak benda kau nak kena fikir. Aku tak pasti sindrom tu jadi ke atas aku seorang, atau semua orang sekali. Silap hari bulan kau boleh stress.

Being me, aku nak jadi semua siap. Bukan perfect, tapi siap. Siap kemas rumah. Siap sapu sampah. Siap basuh baju. Siap basuh pinggan. Siapkan barang anak. Aku takla mampu nak terkejar semua kerja rumah lagi-lagi bagi aku yang berkerja. Memang hujung minggu je waktu untuk betul-betul jadi housewife. Kalau korang datang rumah aku, ada nampak benda senget sikit ke. Atau ada cebisan kertas terbersepah ke. Itu tandanya aku dah tak larat nak pikir lah tu.

Itu pun aku kasi diskaun bab vacuum. Bab mop lantai. Bab cuci jamban seminggu sekali. Lipat baju. Sebab hubby yang buat. Kalau tak lagi stress kepala otak aku. Padahal sebelum kawen dulu, memang aku yang buat semua tu tapi bila kita dapat pasangan yang tak sama hasil tangan so kadang-kadang sentap dibuatnya. Bukan tak buat yang terbaik tapi yang terbaik kita tu bukan hasil yang terbaik bagi pasangan kita. Hurmmm.

Aku tau ada segelintir suami yang cakap tak pe :

"Tak pe..tak payah masak.."

"Tak pe..tak payah kemas.."

"Tak pe..tak payah gosok baju.."

"Tak pe..tak pe..tak pe.."

Tapi bak kata kawan aku tu

"Tak pe lelaki ni..tak boleh percaya. Takpe..takpe..takpe..malam kang perlahan je suara dia mengaduh lapar,"

Bak kata mak aku..

"Lelaki ni, mula-mula je takpe..takpe..takpe...Esok lusa dia jumpa perempuan yang rajin masak, rajin mengemas..masa tu hilang la 'takpe' dia," muncul pulak alasan lain si isteri tak pandai jaga diri, tak kurus, tak bergaya, tak pandai uruskan rumahtangga.

Ingat tu.

Dan bagi aku, walau hakikatnya kita manusia biasa, cuba jangan bagi sebarang sebab untuk suami kita complain itu ini tentang hal dalam rumah dan dalam spender. Walaupun aku selalu je kena complain tapi aku cuba berusaha sebaik mungkin untuk pastikan aku tak lupa tugas aku. Tapi kalau ape pun ko tetap kena complain kita tadah je la telinga. Semoga si suami ni nampak kita sebenarnya kita berusaha memastikan yang terbaik untuk keluarga kita. Tak kisah dari segi pengurusan rumahtangga, kewangan, mahupun zahir batin.