SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin



Hi.. Selamat Hari Raya..
Lagi sehari kita akan menyambut hari Lebaran. Rasa tak sabar pulak aku nak makan ketupat bagai.

Mula-mula aku nak mintak maaf kat sesiapa yang aku dah sakitkan hati, terkasar bahasa, termakan dengan tak sengaja, kutuk keterlaluan, bergurau tak bertempat dan ape sahaja yang boleh mendatangkan dosa kat korang. Maaf zahir batin aku pohon kat korang semua.

Tahun ni aku beraya di belah husband. Tak sure aku dah story lom, raya pertama mesti rumah belah suami. Atas alasan nak tengok kubur Maisarah. Hari raya kedua baru lah balik ke Johor, bersatu dengan keluarga belah aku. Hurmmm aku tak kisah, cuma kadang-kadang aku rindu nak makan ketupat atok Lebi/Leha T_T. Sebab raya kedua kadang-kadang Ketupat bagai dah habis . Lepas tu raya pertama je belah atok Leha ada berkumpul hurmmmm. Tapi kena lah terima katanya dah kawin kan.

Macam mana pulak gak nya kalau raya pertama kat johor dulu? Hurmm, jelus aku bila aku telefon kampung dok dengar suara sedara-sedara bising-bising. Hei korang tak tau ke aku sentap ni.

Tak pe lah maybe akan datang boleh wat gilir-gilir. Aku pun kena paham lah belah husband tak ramai adik-beradik, sedara pun tak rammmai so kesian la. Ni membuat aku nak beranak ramai-ramai ni, takut raya sorang-sorang nanti. Sian aku.

Raya tahun ni, baju raya melayu aku 5 pasang, baju seluar omputih 3 pasang, blom tudung raya lagi XOXO. Qaisarah 8-10 helai gak la. Husband harus 3 pasang je (baju melayu, kemeja, jeans).

Raya tahun ni, aku tak bercadang nak ke Kota Tinggi sebab plan nak buat 2 tahun sekali je. Lepas tu beraya rumah sedara-sedara terdekat dan sahabat-sahabat terdekat sahaja.

P/S : K lah, korang berhati-hati di jalan raya. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan ingatlah orang-orang tersayang. Daaaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan