SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin



Hi.. Selamat Hari Raya..
Lagi sehari kita akan menyambut hari Lebaran. Rasa tak sabar pulak aku nak makan ketupat bagai.

Mula-mula aku nak mintak maaf kat sesiapa yang aku dah sakitkan hati, terkasar bahasa, termakan dengan tak sengaja, kutuk keterlaluan, bergurau tak bertempat dan ape sahaja yang boleh mendatangkan dosa kat korang. Maaf zahir batin aku pohon kat korang semua.

Tahun ni aku beraya di belah husband. Tak sure aku dah story lom, raya pertama mesti rumah belah suami. Atas alasan nak tengok kubur Maisarah. Hari raya kedua baru lah balik ke Johor, bersatu dengan keluarga belah aku. Hurmmm aku tak kisah, cuma kadang-kadang aku rindu nak makan ketupat atok Lebi/Leha T_T. Sebab raya kedua kadang-kadang Ketupat bagai dah habis . Lepas tu raya pertama je belah atok Leha ada berkumpul hurmmmm. Tapi kena lah terima katanya dah kawin kan.

Macam mana pulak gak nya kalau raya pertama kat johor dulu? Hurmm, jelus aku bila aku telefon kampung dok dengar suara sedara-sedara bising-bising. Hei korang tak tau ke aku sentap ni.

Tak pe lah maybe akan datang boleh wat gilir-gilir. Aku pun kena paham lah belah husband tak ramai adik-beradik, sedara pun tak rammmai so kesian la. Ni membuat aku nak beranak ramai-ramai ni, takut raya sorang-sorang nanti. Sian aku.

Raya tahun ni, baju raya melayu aku 5 pasang, baju seluar omputih 3 pasang, blom tudung raya lagi XOXO. Qaisarah 8-10 helai gak la. Husband harus 3 pasang je (baju melayu, kemeja, jeans).

Raya tahun ni, aku tak bercadang nak ke Kota Tinggi sebab plan nak buat 2 tahun sekali je. Lepas tu beraya rumah sedara-sedara terdekat dan sahabat-sahabat terdekat sahaja.

P/S : K lah, korang berhati-hati di jalan raya. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan ingatlah orang-orang tersayang. Daaaaa..

Rabu, 15 Ogos 2012

Lagi Best Lagi Power


WELCOME Myvi SE 1.5....
Semalam 15.08.2012 (Rabu)aku and husband ambil kereta
yang dah ditempah hampir 2 minggu.
Nampak gayanya jadi lah kami beraya dengan kereta baru.

Bak kata husband, sekurang-kurangnya dalam 10 tahun takkan ada bunyi tentang kereta baru. Lagipun En. Waja dibeli second, tak salah nak beli yang baru pula.

Harapnya En. Myvi akan berbakti sepeti yang sepatutnya. Tak mendatangkan masalah kepada kami dan kami pasti akan menjaga kamu dengan baik.

So far aku belom nak complain ape-ape lagi. Bagi aku try & test dulu dalam seminggu dua ke ye.

Hurmmm 2 hari lagi nak raya dah.. Tak sabar rasanya jahhh..

Rabu, 8 Ogos 2012

Sahur Bersama Meggi

Hi Korang yang awesome.
Pernah tak korang rasa tak lalu nak makan sahur.
Bukan tu aje, tak sempat masak, lambat bangun bla bla.

Saja aku nak kecau ke imanan korang.
Sedapnya, Ya Allah berbunyi terus perut aku.
Selama berpuasa ni dah 3 kali bersahur meggi.
Hurmm boleh la tahan, sebab kadang-kadang kita jemu nak makan nasi.

Nimaggi Fav aku. Harus ok ada dalam almari.
Selain tu pilihan hati En. Suami Maggi Ayam.
Tapi Meggi ni ada 2 jenis Meggi Kari tau.
Yang Ni.. Meggi Kari Meletup.

Bagi aku tak meletup pun. Sebab dia ada rasa pahit.
So kalau en. suami tersalah beli. Rasa nak marah pun ada.
Nasib baik barang-barang kering ni bawah seliaan dia hu3.
Redha je la. Lepas tu Meggi tu keras je la dalam almari ha3.

K la ape pun selamat menjalani ibadah puasa.
Sabar ye kita ada 9 hari lagi untuk menyambut hari lebaran.
Aku sebenarnya yang dah sabar.