SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 21 Mei 2012

Hani Qaisara Admit Wad

19hb Mei 2012 (Sabtu) aku tido dengan Sara, tiba2 aku rasa badan dia panas.
Aku dengar nafas dia macam sangkut sikit.
Pastu aku terus inform Baba, aku bagi dia minum susu semua.
Aku nampak Sara macam releks je tapi tiba2 muntah membuak2.
Terus baba bawa mandi lama2.
Serius bahangnya terasa sampai ke badan aku masa hug dia.

Aku siap bagi makan, terus nk bawa klinik tp dalam 10 minit bergerak
Sara muntah lagi, kali ni aku kesian tengok Sara.
Mata dia dah berkaca2 muntah tapi tak nangis.
Lepas tu terus dia lembik, senyap, mata muka semua terus mendongak ke atas.
Dalam hati aku Sara kena demam tarik ke.

G klinik, klinik teros refer Hospital.Sampai hospital terus ke ICU,
no respont walau sikit pun, mata je terbuka. Takut, risau Allah je tau.
Sesekali aku intai macam2 wayar kat badan dia.
Sara kalau dengan stranger mesti menangis tapi senyap je.
Last dokter bagi 1 suntikan dan ubat bontot.
Lepas tu terus Sara mula menangis.

Lepas selesai di ICU Sara admit wad 6A (Pengasingan).
Sedih aku tengok dia longlai macam tu. Flat macam tu je.

Dokter tak pasti disebab sawan atau ape.
Tapi bagi memastikan adik betul2 takde masalah lain dokter mintak
ambil air tulang belakang sara. For sure baba tak bagi, kesian adik katanya.
Baba kata lepas ni kita cuba berubat kampung.
So cara lain dokter minta buat MRI kepala.
Khuatir ada gegaran otak atau bengkak disebabkan terjatuh atau buaian mesin.


Ni dah sehari dua la. So far dia dah ok. Cuma macam rimas dok dalam katil besi.
Takpe sabar ye dik, mama ade dengan adik.
Cepat sihat ye sayang.

1 ulasan: