SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 29 Mei 2012

Aku VS Kepala Batu


Pernah tak rasa diri tak dihargai.
So hati dan perasaan mula la nak merungut tak henti2.
Mula la semua perasaan tak puas hati tu meloncat-loncat nak dihambur.
Lepas tu bila rasa bengang tu mulai hilang/reda,
mula la menyesal tak pepasal..

Hurm..
Aku stress sangat, bila jumpa manusia yang nampak sangat bertolak
ansur tapi sebenarnya amat selfish dan terasa diri SO GOOD & EGO.
Benci tau tak, aku rasa mujurla aku ni jenis yang memendam
tapi bila lama-lama pendam boleh gila tau tak.
Itu yang kalau sesekali kalau aku memaki hamun,
aku tak kira dah tak kira perasaan orang.
Perasaan aku sapa yang nak jaga pulak..

Kekadang bila marah, rasa tak puas hati kita tak boleh nak lepaskan.
Walau pd dasarnya kita perlu luahkan, khuatir mendatangkan pergaduhan.
Sebab bila kita tak diberi peluang utk meluahkan ketidakpuasan hati.
Itu yang jadi gaduh lebih besar dan akhirnya,
diri sendiri yang terasa tak guna sangat.

Entry ke laut.
silap hari bulan aku yang ke laut..

Ahad, 27 Mei 2012

Hari ke 4 di HTAR


Hari yang ke-4 sepatutnya sara dah semakin baik tapi
start hari ke-3 aku perasan dia dah mula muntah-muntah
dan mengeluarkan najis yang seakan2 susu basi berminyak..

Aku risau sebab dah macam cirit-birit.
Minum susu terus cirit,
kalau bagi susu banyak mesti terus membuak muntah.
Dokter cakap mungkin disebabkan dos ubat yang tinggi
disamping badan dia yang cuba melawan kuman yang ada.

Tapi hati sapa tak sedih bila tengok anak yang ceria,
aktif jadi pasif. Terbaring je, asik nak tido, berdukung,
lepas tu cepat sangat sentap.
Walaupun bunyi bising yang tidak disengajakan
Sara dah mula melelehkan airmata menangis.

Adik cepat sihat ye..
Mama n baba sayang adik..
Risau nye kami, Tuhan je tau..

Isnin, 21 Mei 2012

Hani Qaisara Admit Wad

19hb Mei 2012 (Sabtu) aku tido dengan Sara, tiba2 aku rasa badan dia panas.
Aku dengar nafas dia macam sangkut sikit.
Pastu aku terus inform Baba, aku bagi dia minum susu semua.
Aku nampak Sara macam releks je tapi tiba2 muntah membuak2.
Terus baba bawa mandi lama2.
Serius bahangnya terasa sampai ke badan aku masa hug dia.

Aku siap bagi makan, terus nk bawa klinik tp dalam 10 minit bergerak
Sara muntah lagi, kali ni aku kesian tengok Sara.
Mata dia dah berkaca2 muntah tapi tak nangis.
Lepas tu terus dia lembik, senyap, mata muka semua terus mendongak ke atas.
Dalam hati aku Sara kena demam tarik ke.

G klinik, klinik teros refer Hospital.Sampai hospital terus ke ICU,
no respont walau sikit pun, mata je terbuka. Takut, risau Allah je tau.
Sesekali aku intai macam2 wayar kat badan dia.
Sara kalau dengan stranger mesti menangis tapi senyap je.
Last dokter bagi 1 suntikan dan ubat bontot.
Lepas tu terus Sara mula menangis.

Lepas selesai di ICU Sara admit wad 6A (Pengasingan).
Sedih aku tengok dia longlai macam tu. Flat macam tu je.

Dokter tak pasti disebab sawan atau ape.
Tapi bagi memastikan adik betul2 takde masalah lain dokter mintak
ambil air tulang belakang sara. For sure baba tak bagi, kesian adik katanya.
Baba kata lepas ni kita cuba berubat kampung.
So cara lain dokter minta buat MRI kepala.
Khuatir ada gegaran otak atau bengkak disebabkan terjatuh atau buaian mesin.


Ni dah sehari dua la. So far dia dah ok. Cuma macam rimas dok dalam katil besi.
Takpe sabar ye dik, mama ade dengan adik.
Cepat sihat ye sayang.

Isnin, 14 Mei 2012

Banting - Jengka - Kuantan - Banting

13hb Mei 2012 (Ahad) aku dan suami merancang nak ke Jengka atas urusan melihat, menengok, mengintai dll sebuah Perodua Myvi.

Pagi bergerak dalam pukul 7.45 pg siap isi minyak, top up Touch N Go, Fhotostat IC terus speed ke Jengka. Alhamdulillah berjalan lancar, walaupun salah keluar Tol, LPT tapi aku ok je. Aku suka jalan-jalan main redah ni, tapi dalam otak dah penuh peta dari Cik Google hahaa.

Dah tengok kereta bagai, we all bincang2 nak speed ke kuantan pulak ke rumah bapak sedara aku. Tanpa ilmu di dada we all lalu jalan dalam/kampung. Tanpa sesat sebab aku ada satu kata2 semangat, selagi kat Malaysia jangan riso tak jumpa jalan pulang, pastu jangan malu bertanya jalan.

Dari Kuantan aku teros shoot ke Banting. Wow heaven ok, aku puas walaupun dalam masa 1 hari je. Cuma disebabkan masa yang suntuk aku tak dapatla singgah2, cuma melihat je. Mulut dah ajak si suami ke Gambang tapi adeeeii lalu je la. Kami sehelai sepinggang je..

Seronok ok. Aku dah lama tak buat kerja macam ni. Last time masa aku anak dara, memang aku redah je Cherating, Kuantan, Freser Hill, Cameron.. Hurmmm, baba jom buat lagi macam ni.. Syok laaaaaaa.. Akhirnya Mayvi tak jadi ambil atas sebab2 meragukan tapi puas sebab dapat jalan have fun.. Lebih-lebih lagi berdua..