SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 29 Mac 2012

Mama Rindu Baba & Sarah


Rindu nya dengan baba n adik..
Ma kena kursus seminggu ni, rasa stress sangat sebab tak dapat peluk adik.
Tunggu ma balim ye, lagi 3 hari je lagi..

Doa kan aku berjaya k, kursus induksi ni.
Aku exam 1 April 2012..
Chaiyok2..

Selasa, 13 Mac 2012

Kehilangan Tragis Insan Yang Disayang

Pada 06hb Mac 2012 (Selasa), bapa kepada ayah serta sepupu aku telah pergi untuk selamanya akibat accident. Al-Fatihah buat Hj Ruslan B Abdul Razak (7* tahun) & Mohd Aidil B Abd Halid (12 tahun).

Sebab lately ni aku sangat tak menghiraukan atok aku sebab mungkin kerana dia pelupa, suka sendiri dan kurang sakit. Aku kurang berborak dengan dia, hanya bertanya kabar dan tiada gurau senda. So stupid, aku harap benda ni jadikan aku pengajaran agar aku tak bersikap bodoh macam ni lagi. Kekesalan memang datang selepas kehilangan tapi aku harap benda ni jadi pengajaran buat aku dan semua.

Pemergian mereka sebenarnya membuka mata aku seluas-luasnya. Ada beberapa benda yang membuatkan aku sedar, betapa aku insan yang lemah. Nak cerita pun buat aku sendiri rasa sangat malu. Biarla aku simpan sendiri.

Kemalangan terjadi di persimpangan jalan sekolah, not sure tapi lebih kurang macam tu la. Aidil minta atok dibawa ke klinik sebab demam. So on the way dalam 2.30 petang tu la mereka menaiki motor dan dilanggar lori 3tan. Ya Allah, atok digilis manakala Aidil tercampak jauh. Tak mungkin Aidil tercampak jauh kalau lori tersebut dipandu perlahan. Atok menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Kecederaan patah 2 kaki, 2 tangan, 4 tulang rusuk & pecah anggota dalaman badan. Ya Allah tempatkan Arwah Hj Ruslan B Abd Razak ditempat orang2 beriman & kau lindungi.

Aidil dibawa orang ramai ke klinik kesihatan berdekatan dalam keadaan kepala terkopak dan hampir terkeluar isi otak. Ibu aku berkesempatan berbual dengan nurse klinik kesihatan yang membantu Aidil semasa hari pengkebumian. Dalam pangkuan seorang hamba Allah, Aidil bertarung nyawa. Mulutnya tak putus menyebut ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH..... Sesekali airmatanya mengalir kesakitan. Ya Allah bertapa azabnya si kecil ini Ya Allah. Sesekali darah membuak keluar dari mulut dan hidung beserta nasi yang dijamah tengahari tadi. Doktor dan nurse di situ memberikan yang terbaik bagi membantu Aidil. Nurse kat situ sempat mengajar Aidil bersyahadah, Aidil ikut dengan bibir tanpa suara katanya. Aidil di bawa ke Hospital dan dalam pertarungan nyawa di ICU, Aidil kalah. Tepat jam 5 petang Aidil menghembuskan nafasnya terakhirnya.

Ya Allah, kau tabahkan lah hati si isteri, si ibu, si bapa, si anak dalam pemergian mereka berdua. Aku tahu Ya Allah perginya mereka dalam syahid.

100 hari sebelum kematian, seseorang itu akan diberi tanda2 kematian. Begitu juga Atok & Aidil, mereka seakan dah tau mereka akan pergi untuk selamanya. Sebak rasanya bila tahu tanda2 pergi nya mereka itu. Sebab kalau kita tahu, mesti kita nak peluk mereka erat dan berbuat baik sebaik yang mungkin kepada mereka. Aku sambung entry ni kemudian ye. Tak tahan pulak rasa hati ni.. Al-Fatihah..