SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 15 Februari 2012

I hate u PTPTN

Dulu sewaktu mula-mula bekerja, dengan gaji yang sangat sedikit untuk meneruskan hidup selesa, aku gagahkan juga membayar sebulan sebanyak RM50. Pun masih lagi dihujani dengan surat amaran yang datang bulan demi bulan. Gaji aku betul betul sikit. Itu sahaja yang aku mampu.

Entah bila pula, sekali lagi peminjam PTPTN digemparkan dengan penambahan caj perkhidmatan di dalam hutang yang telah kami lakukan. Dengan selamba menambah caj perkhidmatan tanpa segan silu padahal dalam perjanjian yang aku buat semasa mula-mula dulu, tidak dinyatakan lansung akan kos-kos tambahan itu. Celaka.

Menjelang tahun kedua bekerja, aku bekukan pembayaran hutang aku dengan PTPTN. Sebabnya aku nak berkahwin. Setiap bulan sampai waktu dapat gaji, aku akan asingkan sekurang-kurangnya RM500 untuk persiapan kahwin. Sebab aku bukan anak Tan Sri / Datok / Paduka, aku kena juga bantu mak bapak aku.

Setahun aku abaikan PTPTN aku.

Masuk tahun ke tiga aku bekerja, aku sudah pun berkahwin. Dengan kadar kehidupan yang masih terumbang ambing, aku di sahkan pregnant. Tapi aku sambung semula membayar hutang PTPTN aku. Banyak sikit dari sebelum ini, RM100. Itu pun apabila aku periksa penyata, RM37.50 dari RM100 diambil sebagai caj perkhidmatan.

Tahu-tahu sahaja, aku periksa dalam awal 2011, aku telah disenarai hitamkan untuk ke luar Negara. Mungkin kerana aku pernah tak bayar selama setahun. Jadi yang setahun sebelum dan setahun selepas punya bayaran mereka tak ambil kira. Biasalah, nila setitik, rosak lah susu sebelanga.

Tapi bila aku duduk berbual dengan rakan-rakan yang bakal bercuti ke luar Negara, yang tak pernah SATU SEN pun membayar PTPTN, dengan bangganya berkata mereka tidak disenarai hitam kan, aku jadi bengang. Bukan bengang dengan kawan lah. Tapi dalam cerita ni, memang aku bengang dengan PTPTN lah.

Setiap kali kau dikenakan tindakan guaman, korang boleh cek cost lowyer akan meningkat dari RM50 ke RM100 ke RM200. Hishhhh **** betullah.

Pun akan aku usahakan juga nak keluar dari senarai hitam. Tapi macam mana, mana nak kaut RM16k sekelip mata. Bengang aku. Aku dah terfikir nak lump sum kan PTPTN ni, aku dah taknak ada sebarang kaitan dengan PTPTN celaka ni lagi. Sekali pun anak aku nak sambung belajar, akan aku suruh bapak dia cari duit, kalu takde duit tak payah belajar. Melainkn dapat biasiswa. Huh..

Lagi hati aku bertambah panas bila banyak komen dari orang ramai, kalau kita bayar habis sekalipun akan ada hidden cost. Kalu ditanya operator celaka PTPTN dia cakap cost guaman. Ni hati makin panas, dah la nak bayar habis lagi banyak bunyi. Segala urusan lembap makan bulan.

Aku nak cuba tutup PTPTN dengan loan tapi hubby kata tak bagus sebab macam tutup lubang tapi buat lubang baru. Tapi at least hati aku tak sakit, bila tengok statement amount macam tak berganjak. Sekarang aku bayar RM100 / RM150 sebulan, dapat gaji baru nanti aku bayar RM200. PTPTN ingat kita ni kerja 1-2 tahun dah boleh dapat gaji RM6k ke? Tapi kalau aku dah tak boleh tahan, aku akan usahakan macam mana sekalipun.

Sara, mama dah buka buku akaun TH adik for ur future. Mama dah buat potongan gaji terus kat adik. If mama ada rezeki lebih mama extra lagi untuk adik ye. Mama taknak adik belajar tapi kena meminjam macam mama.

1 ulasan:

  1. PTPTN memang celaka, secelaka makhluk yang paling celaka...saya dah bayar hampir setahun RM300 sebulan, tapi balance tak berganjak pasal ada hidden cost. Mari kita berdoa supaya PTPTN mampus.

    BalasPadam