SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 16 Februari 2012

Budaya Kerja Di Malaysia



Semua orang yang dah kerja mesti mengalami banyak dilema dan masalah. Tapi kerja kat Malaysia ni lain sket. Kita punya work ethic agak berlainan berbanding dengan negara lain yang jauh lagi maju dari kita. Kes pandang slack dekat mereka yang rajin dengan alasan "dia nak bodek bos dan cepat nak naik pangkat" tu selalu kedengaran tapi sedar tak sedar sebenarnya the good guy dalam bab tu adalah mamat atau minah yang rajin tu. Aku tak kisah sangat dengan orang yang suka bodek bos.

Aku cuma tak suka dengan orang yang gila kuasa. Takde kuasa pun tapi sebab dia ngam dengan bos, dia rasa dia power.Orang2 macam ni memang agak menjengkelkan aku.

Tapi benda yang paling membimbangkan aku bila aku borak2 dengan member aku yang juga menjadi penjawat awam adalah budaya kerja diorang yang agak ....ridiculous. Bukan sebab kes staff gomen suka curik tulang....pasal ni aku tak nak tulis banyak. Cukup lah aku tulis ada satu masa, Jabatan kat Putrajaya terpaksa hantar pegawai round satu Alamanda untuk cari staff2 yang mengular time kerja dan siap sediakan bas untuk bawak balik diorang ke ofis masing-masing. Mana2 yang rajin, takyah terasa. Mana2 yang mengular...silalah terasa.

Tapi itu bukan point aku hari ni. Point aku hari ni. Kau tak boleh lawan bos walaupun kau tau benda yang bos kau buat tu salah. Memang macam haram aku rasa.

Itulah sebenarnya yang terjadi dalam mana2 sistem organisasi negara kita. Orang yang jaga integriti,jaga value kerja dia akan dipandang slack oleh sesetengah golongan yang dapat benefit daripada salah laku tu. Bukankah sepatutnya kita lebih menghargai orang yang menjaga akhlak diorang semasa kerja? Ya...tapi work ethic kat Malaysia ni...you can't play by the book. You can't play nice. You shouldn't be correcting the wrong.

Tak semua tempat kerja macam tu tapi once kau dah dapat bos yang corrupt, kau akan terpaksa jadi corrupt sama. Betul tak? Mungkin kau tak jadi corrupt atas sebab wang ringgit tapi kau attitude wise, kau still corrupt. Sebab kau tau benda tak betul jadi depan kau dan kau tak nak lawan sebab kau nak jaga perikuk nasik kau sendiri. Aku kalu tersepit tentang hal ni, aku bengang nak mampus. Tu yang jadi nya, aku selalu half day sebab tak boleh bla.

Work ethic negara kita sangat menghargai yes man.

Tapi bukan sekadar yes man sahaja tapi kita orang Melayu sangat menghargai yes man yang angguk kepada semua benda tak kiralah betul atau salah. Nak tengok betapa huduhnya masyarakat kita? Cuba jadi straight man dalam organisasi kau. Cuba bangkang, cuba report, cuba lawan. Kau lah yang akan dipandang slack nanti sebab kau lurus sangat atau dalam bahasa budak sekolah "mat skema."

Kenapa? Entahlah.

Dari zaman aku sekolah lagi kita dah diajar distorted ethics ni. Masa sekolah dulu siapa suka budak yang report benda jahat dekat cikgu? Siapa suka pengawas sekolah? Pengawas sekolah aku yang disukai hanyalah pengawas yang bila dia nampak benda salah jadi,dia join sekali, takpun dia buat lara je.

Macam mana kita nak jadi negara yang beretika kalau dari kecik lagi kita dah diajar...whistleblower adalah golongan yang tidak cool? Kenapa mereka yang trying to do the right things pula yang dipanggil pengkhianat? Shit kan.

Aku kalau bos buat benda yang aku rasa salah, aku takkan buat. Kalau aku kena buat juga, aku akan pastikan bos dah sign awal2 siap cop sekali. So if something happen, please check atas arahan siapa. Tak semua bos corrupt, segelintir je. Bos-bos yang bagus mesti disayangi anak buah. Macam saya, "SAYA SAYANG BOS SAYA".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan