SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 16 Februari 2012

Budaya Kerja Di Malaysia



Semua orang yang dah kerja mesti mengalami banyak dilema dan masalah. Tapi kerja kat Malaysia ni lain sket. Kita punya work ethic agak berlainan berbanding dengan negara lain yang jauh lagi maju dari kita. Kes pandang slack dekat mereka yang rajin dengan alasan "dia nak bodek bos dan cepat nak naik pangkat" tu selalu kedengaran tapi sedar tak sedar sebenarnya the good guy dalam bab tu adalah mamat atau minah yang rajin tu. Aku tak kisah sangat dengan orang yang suka bodek bos.

Aku cuma tak suka dengan orang yang gila kuasa. Takde kuasa pun tapi sebab dia ngam dengan bos, dia rasa dia power.Orang2 macam ni memang agak menjengkelkan aku.

Tapi benda yang paling membimbangkan aku bila aku borak2 dengan member aku yang juga menjadi penjawat awam adalah budaya kerja diorang yang agak ....ridiculous. Bukan sebab kes staff gomen suka curik tulang....pasal ni aku tak nak tulis banyak. Cukup lah aku tulis ada satu masa, Jabatan kat Putrajaya terpaksa hantar pegawai round satu Alamanda untuk cari staff2 yang mengular time kerja dan siap sediakan bas untuk bawak balik diorang ke ofis masing-masing. Mana2 yang rajin, takyah terasa. Mana2 yang mengular...silalah terasa.

Tapi itu bukan point aku hari ni. Point aku hari ni. Kau tak boleh lawan bos walaupun kau tau benda yang bos kau buat tu salah. Memang macam haram aku rasa.

Itulah sebenarnya yang terjadi dalam mana2 sistem organisasi negara kita. Orang yang jaga integriti,jaga value kerja dia akan dipandang slack oleh sesetengah golongan yang dapat benefit daripada salah laku tu. Bukankah sepatutnya kita lebih menghargai orang yang menjaga akhlak diorang semasa kerja? Ya...tapi work ethic kat Malaysia ni...you can't play by the book. You can't play nice. You shouldn't be correcting the wrong.

Tak semua tempat kerja macam tu tapi once kau dah dapat bos yang corrupt, kau akan terpaksa jadi corrupt sama. Betul tak? Mungkin kau tak jadi corrupt atas sebab wang ringgit tapi kau attitude wise, kau still corrupt. Sebab kau tau benda tak betul jadi depan kau dan kau tak nak lawan sebab kau nak jaga perikuk nasik kau sendiri. Aku kalu tersepit tentang hal ni, aku bengang nak mampus. Tu yang jadi nya, aku selalu half day sebab tak boleh bla.

Work ethic negara kita sangat menghargai yes man.

Tapi bukan sekadar yes man sahaja tapi kita orang Melayu sangat menghargai yes man yang angguk kepada semua benda tak kiralah betul atau salah. Nak tengok betapa huduhnya masyarakat kita? Cuba jadi straight man dalam organisasi kau. Cuba bangkang, cuba report, cuba lawan. Kau lah yang akan dipandang slack nanti sebab kau lurus sangat atau dalam bahasa budak sekolah "mat skema."

Kenapa? Entahlah.

Dari zaman aku sekolah lagi kita dah diajar distorted ethics ni. Masa sekolah dulu siapa suka budak yang report benda jahat dekat cikgu? Siapa suka pengawas sekolah? Pengawas sekolah aku yang disukai hanyalah pengawas yang bila dia nampak benda salah jadi,dia join sekali, takpun dia buat lara je.

Macam mana kita nak jadi negara yang beretika kalau dari kecik lagi kita dah diajar...whistleblower adalah golongan yang tidak cool? Kenapa mereka yang trying to do the right things pula yang dipanggil pengkhianat? Shit kan.

Aku kalau bos buat benda yang aku rasa salah, aku takkan buat. Kalau aku kena buat juga, aku akan pastikan bos dah sign awal2 siap cop sekali. So if something happen, please check atas arahan siapa. Tak semua bos corrupt, segelintir je. Bos-bos yang bagus mesti disayangi anak buah. Macam saya, "SAYA SAYANG BOS SAYA".

Rabu, 15 Februari 2012

I hate u PTPTN

Dulu sewaktu mula-mula bekerja, dengan gaji yang sangat sedikit untuk meneruskan hidup selesa, aku gagahkan juga membayar sebulan sebanyak RM50. Pun masih lagi dihujani dengan surat amaran yang datang bulan demi bulan. Gaji aku betul betul sikit. Itu sahaja yang aku mampu.

Entah bila pula, sekali lagi peminjam PTPTN digemparkan dengan penambahan caj perkhidmatan di dalam hutang yang telah kami lakukan. Dengan selamba menambah caj perkhidmatan tanpa segan silu padahal dalam perjanjian yang aku buat semasa mula-mula dulu, tidak dinyatakan lansung akan kos-kos tambahan itu. Celaka.

Menjelang tahun kedua bekerja, aku bekukan pembayaran hutang aku dengan PTPTN. Sebabnya aku nak berkahwin. Setiap bulan sampai waktu dapat gaji, aku akan asingkan sekurang-kurangnya RM500 untuk persiapan kahwin. Sebab aku bukan anak Tan Sri / Datok / Paduka, aku kena juga bantu mak bapak aku.

Setahun aku abaikan PTPTN aku.

Masuk tahun ke tiga aku bekerja, aku sudah pun berkahwin. Dengan kadar kehidupan yang masih terumbang ambing, aku di sahkan pregnant. Tapi aku sambung semula membayar hutang PTPTN aku. Banyak sikit dari sebelum ini, RM100. Itu pun apabila aku periksa penyata, RM37.50 dari RM100 diambil sebagai caj perkhidmatan.

Tahu-tahu sahaja, aku periksa dalam awal 2011, aku telah disenarai hitamkan untuk ke luar Negara. Mungkin kerana aku pernah tak bayar selama setahun. Jadi yang setahun sebelum dan setahun selepas punya bayaran mereka tak ambil kira. Biasalah, nila setitik, rosak lah susu sebelanga.

Tapi bila aku duduk berbual dengan rakan-rakan yang bakal bercuti ke luar Negara, yang tak pernah SATU SEN pun membayar PTPTN, dengan bangganya berkata mereka tidak disenarai hitam kan, aku jadi bengang. Bukan bengang dengan kawan lah. Tapi dalam cerita ni, memang aku bengang dengan PTPTN lah.

Setiap kali kau dikenakan tindakan guaman, korang boleh cek cost lowyer akan meningkat dari RM50 ke RM100 ke RM200. Hishhhh **** betullah.

Pun akan aku usahakan juga nak keluar dari senarai hitam. Tapi macam mana, mana nak kaut RM16k sekelip mata. Bengang aku. Aku dah terfikir nak lump sum kan PTPTN ni, aku dah taknak ada sebarang kaitan dengan PTPTN celaka ni lagi. Sekali pun anak aku nak sambung belajar, akan aku suruh bapak dia cari duit, kalu takde duit tak payah belajar. Melainkn dapat biasiswa. Huh..

Lagi hati aku bertambah panas bila banyak komen dari orang ramai, kalau kita bayar habis sekalipun akan ada hidden cost. Kalu ditanya operator celaka PTPTN dia cakap cost guaman. Ni hati makin panas, dah la nak bayar habis lagi banyak bunyi. Segala urusan lembap makan bulan.

Aku nak cuba tutup PTPTN dengan loan tapi hubby kata tak bagus sebab macam tutup lubang tapi buat lubang baru. Tapi at least hati aku tak sakit, bila tengok statement amount macam tak berganjak. Sekarang aku bayar RM100 / RM150 sebulan, dapat gaji baru nanti aku bayar RM200. PTPTN ingat kita ni kerja 1-2 tahun dah boleh dapat gaji RM6k ke? Tapi kalau aku dah tak boleh tahan, aku akan usahakan macam mana sekalipun.

Sara, mama dah buka buku akaun TH adik for ur future. Mama dah buat potongan gaji terus kat adik. If mama ada rezeki lebih mama extra lagi untuk adik ye. Mama taknak adik belajar tapi kena meminjam macam mama.

VALENTINES DAY

I've never celebrated Valentines with my then boyfriend (now husband) during our 2 year relationship before we got married. We didn't need to exchange gifts, he didn't give me chocolates, teddy bears or roses or out for a romantic dinner.

Yet we made it through and now we have a Maisarah & Qaisarah, and we're very happy. Religious reasons aside, I do not see the purpose of celebrating Valentines. Besides it's not special, not unique, celebrating love on the same day as everyone.

The only 'special' thing about Valentines is the superficial material stuff that comes with catered to that day. A whole opportunity for people to make money and rip off people who believe love should be celebrated in a material form. You do not need material stuff to show or prove that you love someone. That's not the essence of true love. Stupid it's.

So please, tak payahlah nak gedik celebrated. Apa tak cukup bukti cinta korang pada pasangan anda yang anda perlu menyambutnya pada 14hb Februari? Cinta kita kepada Allah bagaimana pula? Renung-renungkanlah. Tapi before aku together2 dengan Hubby, aku pun pernah terlalai and obses dengan valentines day ni. Shitt, Ampunkan Aku Ya Allah..

Selasa, 14 Februari 2012

Safi Rania Gold


Seriusly aku tak pernah pandang produk lain selain Nouvelle Visage since 2006. But lately aku macam terpengaruh dengan testimonal aku terbaca so why not aku tak try.

So untuk percubaan pertama, SRG ni lebih kepada kedutan. Setahu aku kalau pasal kedutan and so on first aku mesti dapatkan Krim Pelembap Malam (RM26.90). Krim malam ni penting untuk proses membaikpulih wajah time kita tido. Untuk memanfaatkan proses semula jadi, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Korang dapat rasa kulit korang lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi. So hasil yang aku dapat dalam 3 4 hari ni, WOW kulit rasa macam lembut dan lembap..









Produk NV dah bersama aku 5 tahun. Produk kat atas ni adalah benda yang wajib ada kat aku. But as u know NV ni a bit expensive tapi berbaloi sebab dia tahan lama dalam 3 bulan. Aku nak try SRG sebab harga yang lebih murah dan mudah dimiliki. Sabun NV RM50 SRG RM14.90, Toner NV RM30 SRG RM14.90, Krim Pelembap Malam NV RM60 SRG RM26.90 and all.. So why not..

Tapi aku rasa aku nak try SRG Krim Pembersih muka RM14.90, Skrub RM14.90, Penyegar/Toner RM14.90. Yang lain aku setia dengan NV sebab Day Cream & Foundation terlalu bagus untuk aku. Mahal pun aku tak kisah sebab dapat tahan lama..

Mesti korang takutkan aku campur-campur. Tapi terpulang korangla, ikut kesesuaian wajah korang. Tapi if aku tak sesuai Sila Katakan Tidak..

korang nak tau kenapa lately ni aku terlalu taksub dengan kecantikan muka?
Harus malu ok, muka aku lepas bersalin memang hancus sebab 9 bulan aku tak menjaga muka. So muka adalah sangat kusam dan menakutkan..

So hopefully wajah i ni berseri-seri balik macam pengantin baru dulu.. Bluerkkk..

Khamis, 9 Februari 2012

Graf Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi



Shared from Blog Peribadirasulullah..

Fadilah Surah Yasin

Rasulullah Saw telah bersabda, “Bacalah Surat Yassin karena ia mengandungi keberkatan”, yaitu:

1. Apabila orang lapar membaca Surat Yassin, ia menjadi kenyang.
2. Jika orang tidak mempunyai pakaian akan mendapat pakaian.
3. Jika orang belum menikah, segera mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan akan hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat, sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surat Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surat Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Barang siapa sembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surat Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Did I'm Gorgeous..

Lately ni aku rasa nak feeling ala-ala gorgeous boleh x..
Semangat nak slim macam Jessica Alba..
Nak gebu macam Tiz Zakiyah..
Mulut nak mungil macam Rosnah Mat Aris??
Ohhh tidak, kalau macam tu kena kawen dengan under age..
Euwwwww.. No Thanks..

Bila la nak pegi Erobik balik ni..
Bagi peluh-peluh berahi ni semua keluar menjurai..
Kalau boleh, biar basah setiap liang roma yang ada..
Bari feel dah kurus, perut ala 6 pax huh!!

B : Did I'm Gorgeous?
Plz say yes dear..
If not..
Give me RM 10K for Slimming Beuty plus 5K for skin treatment..

Takkan dengan bini pun berkira?? LAlallaallaaaaaa....