SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 13 Disember 2012

Keguguran

Actually aku tak tau pun aku ni pregnant sebab aku fikir aku ada masalah hormon je sebab aku pernah ambil enjection kat punggung untuk mencegah kehamilan bulan Jan 2012 dan since aku ambil enjection tu aku tak datang bula untuk 6 bulan. So bulan 7 dan 8 2012 aku period seperti biasa. So aku consider takde masalahlah, so aku pun macam biasa erobik, makan jamu, minum coke walaupun aku tak period dari bulan 9..

Tup tup aku rasa tak sedap hati bila aku period macam sport sport je. Pastu ada kawan yang menegur badan aku lain, agak kembang. 3 kali aku buat pregnancy test, ada 1/2 ada dan takde. Ha ko pikirla macam mana nak decide. So aku ajak husband check up doktor, sangat hampeh dokter tu acuh tak acuh dan suruh tunggu 2 minggu lagi untuk cek. Aku mintak buat scan pun dia tak nak, dasar pemalas.

Lastly 26.11.2012 aku ajak husband g pakar O & G di Barakah. Mula-mula dokter rasa sebab aku mengalami peningkatan berat badan dari 48kg to 62kg seram nooks. Pastu dokter scan, OMG "Awak mengandung tapi dah tak jadi. U Boleh nampak tulang belakang dia. Panjang dia dah 3.5cm. Tak dapat pasti dah berapa bulan maybe anggaran 2 bulan." So dokter suggest cuci, sure aku taknak. So aku mintak makan ubat dulu.


Alhamdulillah 2 hari lepas tu benda tu keluar sebesar 1/2 tapak tangan. Sayu gak hati tengok bila dibelek nampak jelas tulang belakang (macam tulang ikan sardin) pastu ada macam satu gumpalan not sure otak atau usus tapi macam bentuk otakla. Dalam hati aku, mungkin dia tak sanggup nak hidup dalam dunia yang semakin mencabar kot.

Aku ambil MC untuk seminggu untuk rest. Bagi aku macam biasa je tapi aku dapat rasakan badan aku ni macam berbisa dan lain macam. So aku pun berpantangla dari makan, pakai sock, bertungku, makan jamu, berurut dan tak angkat berat. Alhamdulillah, aku dah sihat dah dan start erobik balik.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke 2

Rasanya belum terlambat untuk aku up kan entry Ulang Tahun aku sendiri.
01hb Oktober 2010 (Jumaat) 3.30 petang aku selamat menjadi seorang isteri kepada Mohd Hafiz. Yes hohohhhoooo..
Aku upkan lagi pict time aku kawen dulu, seronoknye jadi raja sehari walaupun penatnya tuhan je tau.







Alhamdulillah bertambah lagi usia perkahwinan aku. Ko tak tahu betapa aku takut masa mula-mula en hafiz ni nak ajak aku kawen. Kakakaah, aku serem sebenarnya dan tak pasti aku ni betul-betul bersedia ke.

Kesian suami aku, 3 kali ajak kawen baru aku setuju. Itu pun lepas kena ugut kena tinggal hahhaaa. Kelakar pun ada tapi alhamdulillah En Hafiz ni bagus. Cewah puji nampak. Ofcoz la kan, laki aku. Aku bagi hadiah pape pun tapi semperna hari jadi aku 21.09.2012 dan second annuversarry we all buat BBQ pada 29.09.2012(Sabtu) so dapatla ajak ahli keluarga lain datang makan-makan.

Untuk suami ku,
Wahai suami ku, aku bersyukur sebab aku adalah wanita terpilih untuk menjadi isteri mu. Aku juga bersyukur sebab engkau suami yang sangat bersabar dengan gelagat dan perangai aku yang kadang-kadang tak ape-ape tah. Aku juga bersyukur sebab engkau juga bapa yang sangat baik & bertanggungjawab kepada anak-anak kita. Walaupun Hani Maisarah tak dapat bersama kita, aku tau dia pasti bangga dapat Baba sebagai bapa. Terima kasih baba sebab sentiasa menjaga dan melindungi kami 2 beranak hehehe..

LOVE : Mama & Adik

Selasa, 9 Oktober 2012

Hani Qaisarah susah ambil gambar


Macam ni la hasil kalau nak ambil gambar Sara sekarang.
Memang susah nak ambil gambar tu comel-comel sikit.
Sabar je la mama ni dik. Hhurmmmm..

Anakku Naik Kuda

Pict ni kak ipar aku ambil masa raya 2012. Aku harus la ambil and save dalam blog ni, supaya Sara boleh tengok masa dia kecik macam mana rupe dia..



Aku cari gak kuda ni kot ada jual, aku jumpa kat Giant tapi jenis getah Rm29.90. Agak luntur colour dia, not good so aku tak beli hahhaaa. Sorry la dik, maybe next time ye kalau mama jumpa yang lebih elok.. Mama sayang adik..

Khamis, 4 Oktober 2012

Happy Belated Birthday

Selamat Hari Jadi.... Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Akuuuuuuu...
Selamat Hari Jadi...
Yeaaaaaay..

Hari Lahir aku jatuh pada 21 hb september 1986. Hurm sekelip mata lagi umur aku dah bertambah. Kejap je masa berlalu, rasanya baru sehari dua aku tiup lilin umur setahun. Alhamdulilla Allah masih panjangkan umur aku untuk aku terus bersama keluarga & kawan2. TQ Allah.

Untuk hari bersejarah aku ni takde apa pun yang aku mintak. Cuma aku berharap aku diberikan kesihatan yang baik, dibuka pintu rezeki halal yang luas, keluarga yang bahagia, kerja yang bagus dan sentiasa dalam perlindungan Allah.

So far hubby ada gak tanya nak hadiah ape, tapi aku rasa memadai dia beri aku dan Sara cukup makan pakai dan kasih sayang. Takde ape sangat yang aku nak, sebab tu semua cukup membahagiakan aku.

Disebabkan next week nya ulang tahun perkahwinan aku dan en suami, so aku decide wat BBQ dan jemput ahli keluarga terdekat untuk makan bersama. Agak banyak meriah makanan nya hu. Aku makan sampai tak boleh bernafas huh.

Semoga hidup aku akan terus succes.

Selasa, 18 September 2012

Wahai Suami

Lately ni aku selalu terdengar rumahtangga orang yang bergoyang. Goyang bukan sebab angin tapi ribut tsunami & lanina. Aku yg jadi runsing & stress sebenarnya dengar masalah ni. Aku yang jadi terfikir-fikir.

Kenapa dulu aku kalau hubby ajak kawen je taknak, ini lah salah satu sebab nya. Aku takut, aku takut sebab aku tau kalau benda2 macam ni terjadi aku tak kuat. Subhanallah aku harap Allah sentiasa di sisi aku dan dihindari keluarga aku dari perkara yang tak baik. Insyaallah selagi ada hayat aku, aku akan setia bersama keluarga aku.

Mostly yang menjadi mangsa adalah perempuan. Bukan aku nak berpihak pada wanita tapi hakikatnya wanita lah yang akan terjejas. Bertahun-tahun berkahwin, hidup susah bersama, kumpul harta bersama, membesarkan anak bersama tapi di tengah jalan si isteri di dua kan. Seakan menidakkan hak isteri yang telah berkongsi hidup dengan si suami.

Tanpa rasa hormat pada isteri, tau-tau dah diberi madu. Isteri mana yang tak makan hati. Lebih-lebih lagi bagi si isteri yang baik. Siap tolong jaga si ibu lelaki lagi, menguruskan rumahtangga, anak-anak dididik, membantu dari segi kewangan. Si suami mengherdik si isteri(Selalu aku nampak), WTH dalam kepala otak aku. Aku pulak terasa malu.

Mungkin alasan si suami untuk menduakan isteri, berhelai2 kertas. Si isteri dah tak cantik di mata suami. Gemuk. Berlemak. Tak menarik. Tak pandai berfesyen. Masa muda lawa bukan main, sekarang dah macam bibik. Hurrmm, tapi wahai suami, si isterilah yang mengandungkan zuriatmu sehingga badan berisi macam ni. Untuk kembali ke bentuk asal memang mustahil. Dengan corak batik di perut, yang C-sear lain plak (double buncit), tangan sekasar kertas pasir. Selulit di tiap ceruk. Bila si suami complain tentang tubuh badan, percayalah suami kami WANITA sangat sensitif tentang tubuh badan. Si isteri-isteri ni memang nak sangat badan melentik macam anak dara dulu. Aku cadangkan si suami Complain tu berserta la RM untuk si isteri ni wat slimming.

Lastly bila si isteri dapat tahu. Bermula la proses penceraian. Kita tak boleh cakap, bermadu kita boleh dapat payung emas. Tak semua isteri ni kuat hatinya.

Aku nak cerita banyak pun tak boleh, hal sensitif. Tambahan pulak aku pun baru setahun jagung dalam alam berumahtangga ni. Aku harap mereka yang sedang mengalami masalah ni, banyakkan bersabar. Cuba kuatkan diri, demi anak2. Mungkin aku tak mengalami aku boleh bercakap tapi sebagai perempuan aku cuma boleh bagi semangat je. Semoga ujian ni datang atas sebab yang lebih baik, Allah sahaja yang tahu.

Khamis, 13 September 2012

"Tak Pe" bagi lelaki

Semalam berbual dengan seorang kawan. Tentang hal hal rumah tangga.

Selamat menempuh ke alam rumahtangga lah kepada sesiapa yang nak berumahtangga. Kira bernasib baik lah sebab dapat menempuh alam rumahtangga sebelum ke alam barzakh. Kalau silap pilih pasangan, alam rumahtangga pun rasa lebih kurang je la macam alam barzakh. Hehe.

Apabila dah jadi isteri ni, maaf cakap lah. Memang banyak benda kau nak kena fikir. Aku tak pasti sindrom tu jadi ke atas aku seorang, atau semua orang sekali. Silap hari bulan kau boleh stress.

Being me, aku nak jadi semua siap. Bukan perfect, tapi siap. Siap kemas rumah. Siap sapu sampah. Siap basuh baju. Siap basuh pinggan. Siapkan barang anak. Aku takla mampu nak terkejar semua kerja rumah lagi-lagi bagi aku yang berkerja. Memang hujung minggu je waktu untuk betul-betul jadi housewife. Kalau korang datang rumah aku, ada nampak benda senget sikit ke. Atau ada cebisan kertas terbersepah ke. Itu tandanya aku dah tak larat nak pikir lah tu.

Itu pun aku kasi diskaun bab vacuum. Bab mop lantai. Bab cuci jamban seminggu sekali. Lipat baju. Sebab hubby yang buat. Kalau tak lagi stress kepala otak aku. Padahal sebelum kawen dulu, memang aku yang buat semua tu tapi bila kita dapat pasangan yang tak sama hasil tangan so kadang-kadang sentap dibuatnya. Bukan tak buat yang terbaik tapi yang terbaik kita tu bukan hasil yang terbaik bagi pasangan kita. Hurmmm.

Aku tau ada segelintir suami yang cakap tak pe :

"Tak pe..tak payah masak.."

"Tak pe..tak payah kemas.."

"Tak pe..tak payah gosok baju.."

"Tak pe..tak pe..tak pe.."

Tapi bak kata kawan aku tu

"Tak pe lelaki ni..tak boleh percaya. Takpe..takpe..takpe..malam kang perlahan je suara dia mengaduh lapar,"

Bak kata mak aku..

"Lelaki ni, mula-mula je takpe..takpe..takpe...Esok lusa dia jumpa perempuan yang rajin masak, rajin mengemas..masa tu hilang la 'takpe' dia," muncul pulak alasan lain si isteri tak pandai jaga diri, tak kurus, tak bergaya, tak pandai uruskan rumahtangga.

Ingat tu.

Dan bagi aku, walau hakikatnya kita manusia biasa, cuba jangan bagi sebarang sebab untuk suami kita complain itu ini tentang hal dalam rumah dan dalam spender. Walaupun aku selalu je kena complain tapi aku cuba berusaha sebaik mungkin untuk pastikan aku tak lupa tugas aku. Tapi kalau ape pun ko tetap kena complain kita tadah je la telinga. Semoga si suami ni nampak kita sebenarnya kita berusaha memastikan yang terbaik untuk keluarga kita. Tak kisah dari segi pengurusan rumahtangga, kewangan, mahupun zahir batin.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin



Hi.. Selamat Hari Raya..
Lagi sehari kita akan menyambut hari Lebaran. Rasa tak sabar pulak aku nak makan ketupat bagai.

Mula-mula aku nak mintak maaf kat sesiapa yang aku dah sakitkan hati, terkasar bahasa, termakan dengan tak sengaja, kutuk keterlaluan, bergurau tak bertempat dan ape sahaja yang boleh mendatangkan dosa kat korang. Maaf zahir batin aku pohon kat korang semua.

Tahun ni aku beraya di belah husband. Tak sure aku dah story lom, raya pertama mesti rumah belah suami. Atas alasan nak tengok kubur Maisarah. Hari raya kedua baru lah balik ke Johor, bersatu dengan keluarga belah aku. Hurmmm aku tak kisah, cuma kadang-kadang aku rindu nak makan ketupat atok Lebi/Leha T_T. Sebab raya kedua kadang-kadang Ketupat bagai dah habis . Lepas tu raya pertama je belah atok Leha ada berkumpul hurmmmm. Tapi kena lah terima katanya dah kawin kan.

Macam mana pulak gak nya kalau raya pertama kat johor dulu? Hurmm, jelus aku bila aku telefon kampung dok dengar suara sedara-sedara bising-bising. Hei korang tak tau ke aku sentap ni.

Tak pe lah maybe akan datang boleh wat gilir-gilir. Aku pun kena paham lah belah husband tak ramai adik-beradik, sedara pun tak rammmai so kesian la. Ni membuat aku nak beranak ramai-ramai ni, takut raya sorang-sorang nanti. Sian aku.

Raya tahun ni, baju raya melayu aku 5 pasang, baju seluar omputih 3 pasang, blom tudung raya lagi XOXO. Qaisarah 8-10 helai gak la. Husband harus 3 pasang je (baju melayu, kemeja, jeans).

Raya tahun ni, aku tak bercadang nak ke Kota Tinggi sebab plan nak buat 2 tahun sekali je. Lepas tu beraya rumah sedara-sedara terdekat dan sahabat-sahabat terdekat sahaja.

P/S : K lah, korang berhati-hati di jalan raya. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan ingatlah orang-orang tersayang. Daaaaa..

Rabu, 15 Ogos 2012

Lagi Best Lagi Power


WELCOME Myvi SE 1.5....
Semalam 15.08.2012 (Rabu)aku and husband ambil kereta
yang dah ditempah hampir 2 minggu.
Nampak gayanya jadi lah kami beraya dengan kereta baru.

Bak kata husband, sekurang-kurangnya dalam 10 tahun takkan ada bunyi tentang kereta baru. Lagipun En. Waja dibeli second, tak salah nak beli yang baru pula.

Harapnya En. Myvi akan berbakti sepeti yang sepatutnya. Tak mendatangkan masalah kepada kami dan kami pasti akan menjaga kamu dengan baik.

So far aku belom nak complain ape-ape lagi. Bagi aku try & test dulu dalam seminggu dua ke ye.

Hurmmm 2 hari lagi nak raya dah.. Tak sabar rasanya jahhh..

Rabu, 8 Ogos 2012

Sahur Bersama Meggi

Hi Korang yang awesome.
Pernah tak korang rasa tak lalu nak makan sahur.
Bukan tu aje, tak sempat masak, lambat bangun bla bla.

Saja aku nak kecau ke imanan korang.
Sedapnya, Ya Allah berbunyi terus perut aku.
Selama berpuasa ni dah 3 kali bersahur meggi.
Hurmm boleh la tahan, sebab kadang-kadang kita jemu nak makan nasi.

Nimaggi Fav aku. Harus ok ada dalam almari.
Selain tu pilihan hati En. Suami Maggi Ayam.
Tapi Meggi ni ada 2 jenis Meggi Kari tau.
Yang Ni.. Meggi Kari Meletup.

Bagi aku tak meletup pun. Sebab dia ada rasa pahit.
So kalau en. suami tersalah beli. Rasa nak marah pun ada.
Nasib baik barang-barang kering ni bawah seliaan dia hu3.
Redha je la. Lepas tu Meggi tu keras je la dalam almari ha3.

K la ape pun selamat menjalani ibadah puasa.
Sabar ye kita ada 9 hari lagi untuk menyambut hari lebaran.
Aku sebenarnya yang dah sabar.

Selasa, 31 Julai 2012

Hurmmm Tak Jadi / Cancel

Hi all..
Sebelum ni aku ada story aku nak angkat Myvi kan.
So, untuk makluman CANCEL. Why??
Huh very the long story..
Tapi aku patut share kot untuk jadi panduan yang lain.

Aku beli kereta terpakai kat Seri Kembangan. K.*.K******
Serius aku cakap muka memang murah RM1K sahaja.
Tak kisah ape kereta yang ko nak angkat booking RM500.
Yang buat aku bengang kalu nak test drive pun kena bayar RM500.
See how F***. Discuss dengan husband, ok la. We all bayar..

Ok lagi satu. kalau ko beli kereta second ko jangan ingat
kereta tu macam kereta baru. Korang fahamkan maksud aku.
Setakat rosak kecik-kecik tu ko kenalah pejam mata.
Berbalik story tadi, aku pun test Viva, FAULT.

Husband rasa tertipu sebab dah bayar deposit so how.
Kena lah pilih gak, so Myvi.
Dah bagi segala dokumen, salesman tu cakap dalam masa seminggu.
Dalam hati aku, kenapa seminggu? Biasa dalam 3 hari dah settle.

So seminggu lepas tu aku nak ambil kereta.
Hati aku rasa tak sedap, so mintak husband ceck betul-betul.
Tiba-tiba datang 1 bro ni, soh ceck betul-betul.
Kalau dah sure ceck perjanjian pulak.
Husband macam tertanya-tanya. So mintak bro tu bagitau?

Suprise.. Dia adalah mangsa tipu Usecar tu.
Beli kereta cash, tipu harga kereta.
Isi kereta telah ditukar ganti (Gearbox).
Perjanjian yang tak munasabah..
Lepas tu manjang rosak je, dalam masa seminggu.
Bila cek gearbox leakking (betul ke spelling aku ni).
Mekanik cakap kalau macam ni dah ditukar ganti barangnya.

Lepas mengamuk kat Usecar, dapat RM2K (Ganti rugi tipu harga).
Lepas tu bos dia buat tak reti.
Wat report polis, rupanya dah melambak report tentang usecar tu.
Last dia mengadu di Tribunal pengguna.
And dia datang masa tu nak hantar surat/macam surat makhamah la.

Patutla masa bro ni borak dengan husband,
salesman/girl semua memandang and macam kelamkabut.
Terus panggil bro tu masul office.

Bila husband cek kereta, ada leakking, di bateri ada tambahan wayar.
So aku discuss, takpayah ambil, rugi Rm500 takpe.

So cancella. So dorang semua dah kelam kabut kenapa aku cancel.
1. Salesman tipu dan di Mudah.my pun, kata tahun 2008,
tapi rupenya 2007. Harga mengikut tahun kan lain.
Yang buat aku geram, tak bagi tengok geran. So anisiatif aku,
soh husband mintak bank fax kan geran.
2. Gearbox leakking yang banyak.
3. Bateri tiba-tiba ada sambungan wayar.

So lepas ni korang tak payah nak tergesa-gesa macam aku.
Relaks dulu, hutang 9 tahun lama tau.
Hope entry aku dapat membantu korang..

Jumaat, 27 Julai 2012

Welcome To Encik Myvi


Insyaallah this car will be part of me and family..
Welcome and berharap sangat kau akan berjasa seperti yang sepatutnya..
Pastikan juga kami sekeluarga selamat atau sesiapa sahaja yang kau bawa selamat ke mana saja destinasi..

Harap kali ni, jodoh dengan kau panjang..
Tak seperti Cik Myvi yang sebelum ni..
Insyaallah kau akan di jaga baik seperti jasa kau juga..

Rabu, 11 Julai 2012

Kursus Induksi


Allamak sengetla gambar..
Ahhh yang lain tak penting..

Korang tahukan aku kena pergi kursus induksi seminggu hujung bulan 3 haritu.
So, alhamdulillah aku dah lulus semua paper dengan jayanya..
Yeaaay.. Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus..

Paper-paper lain pun aku dah lulus dengan jayanya.
So tunggu surat sah jawatan dan yes Skim Pencen..
Dalam tempoh 1 tahun lebih aku dah settle segala paper dan exam..
Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur,
Kau permudahkan segala urusan hambaMu ini..

Isnin, 25 Jun 2012

The Thing About PTPTN is...

Masih teringat lagi betapa beria aku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!” Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!

Copy From Hanis Zalikha..

Aku setuju seratus peratus hujah hanis ni, ko takyah cerita zaman dulu, zaman sekarang pun belum tentu ramai ibu bapa yang mampu membiayai kos pengajian anak2 kat universiti. Lebih-lebih lagi kita wahai orang Melayu. Kaum Cina India ada persatuan diaorang, kau ada. Susah bangkit diaorang ada yang sudi bantu, kau ada. Kalau ada Syukur la ye..

Tapi dalam setuju-setuju aku aku geram nak mampos ni.
Aku dalam berusaha mengasingkan duit nak melunaskan PTPTN ni,dia dok tambah kos dakwa RM212 dalam penyata akaun PTPTN aku. Hoi macam ni bila nak abis.

Mungkin sebab dulu aku bayar ada wat lobang,
tapi bila aku bayar maintain (sebab guna Maybank2u).
Tiap kali dapat gaji, bayaran PTPTN aku dulukan still kne caj dakwa.
Aku bagi nafkah mak aku pun tak secepat bayar ko PTPTN.
OK FINE.. AKU TAK NAK BAYAR DAH..
Tunggu lah aku dapat wet dari langit..

Saya Sayang Dia.. Sayang Sangat2..



Tak lama lagi Hani Qaisarah akan berumur 1 tahun.
Bila teringatkan dia nak setahun ni, teringat pulak detik2 nak melahirkan dia.
First time tatap muka dia. Susu kan dia.
Dan segalanya dia.
Bertapa tak sabarnya aku nak dengar dia panggil aku mama.

Sekarang keletah dia yang bermacam2 buat aku lagi semakin tak boleh berpisah.
Itu lah dia penangan kalau dah ada anak..

I love u sayang..
I love u to kakak..
BOTH OF U..

Khamis, 21 Jun 2012

Majlis bertunang Mia

Tadaaaaaaaaaaaaaaa..
SALAMIAH BT ESA@AIASS.
Majlis bertunang pada 9hb Jun 2012 (Sabtu).
Actually dia ni, kakak susuan aku. Beza umur >< 12 bulan kot. Hurmmm mak dia Mak Long aku, sebab masa aku dilahirkan ibu aku tumpah darah. So atok aku suruh mak long aku susu kan aku. Lebih kurang macam tu la..
Nice kan. Sejuk je..
Make-up tak terlalu mencapap @ menonjol. Tunang kena slow sikit.
Majlis kawen baru boleh mencapap.
Ni adik dia yang make-up kan, sebab adik dia tengah kursus make-up.
Not bad la, cantekkkkkkkkkkk plussss FREEEEEE..

Pict Mia & Hakim bukan nama sebenar.. (Nanti aku story)
Ok yang ni tak boleh nak marah aku la, kabur pict nya.
Salahkan jurugambar yang lain sebab tolak camera hp aku,
tau la hp murah je T_T. Sampai hati tau..

Ni hantaran dari pihak lelaki..
Nampak sangat GRAND ok.. Colour ni nampak sangat mewah..
Tapi harap maklum, 2 hantaran telah tersesat jalan dan sampai setelah majlis selesai.
Hurmmmm sabor je lah..
Bak kata Mia, JANJI AKU BERTUNANG DULU, TAK CUKUP PUN TAKPE.
Terdesak Nok, dah tueeee.. Hahhaaaa..

Yang ni dari pihak perempuan..
Nice gak, redup mata memandang.. Purple..
Kenapa hantaran tema Purple baju bertunang Merah???


* Start dari lepas magrib HARI KELUARGA HJ MD AMIN & HJH ARBI

Berpanas Di Tepi Jalan

Beberapa minggu yang lalu..
Wahh ade macam cerpen Darjah 1 tak..

Aku sekeluarga merancang nak ke kenduri kawin teman en. suami,
lepas tu merayap ke serata JJ bukit tinggi..
Tetapi lain yang jadi..





Korang paham tak maksudnya..
Aku terpaksa berkelah di tepi jalan kerana En Wajagini telah MOGOK..
So what can i do..
Duduk tepi bustand sambil berpeluh-peluh.
Ditambah Sarah melambai2 ke arah kereta yang lalu lalang seperti
meminta pertolongan nak duduk dalam aircond..

Dan akhirnya Atok puan dan Makngah Ima datang membantu..
En Suami sila la uruskan Wajagini itu..
Kami gadis2 yang lemah nak mencari perlindungan dari Panahan matahari..
* PHEEEWWW *

Banyak story tapi takde masa

Actually aku banyak story nak share tapi masa sekarang
amat terhad..
Kat office kerja hakiki so banyak..
Lebih-lebih lagi bos i dah masuk kerja balik..

Nampak sangat takde bos wat kerja lain..
Hahaaa..

Selasa, 5 Jun 2012

Pelengkap Hidup



Mama sayang Baba, Mama sayang Adik..
Luv u all so much..
Big hug, big kiss..
Muahhhhhhhhhhh..

Selasa, 29 Mei 2012

Aku VS Kepala Batu


Pernah tak rasa diri tak dihargai.
So hati dan perasaan mula la nak merungut tak henti2.
Mula la semua perasaan tak puas hati tu meloncat-loncat nak dihambur.
Lepas tu bila rasa bengang tu mulai hilang/reda,
mula la menyesal tak pepasal..

Hurm..
Aku stress sangat, bila jumpa manusia yang nampak sangat bertolak
ansur tapi sebenarnya amat selfish dan terasa diri SO GOOD & EGO.
Benci tau tak, aku rasa mujurla aku ni jenis yang memendam
tapi bila lama-lama pendam boleh gila tau tak.
Itu yang kalau sesekali kalau aku memaki hamun,
aku tak kira dah tak kira perasaan orang.
Perasaan aku sapa yang nak jaga pulak..

Kekadang bila marah, rasa tak puas hati kita tak boleh nak lepaskan.
Walau pd dasarnya kita perlu luahkan, khuatir mendatangkan pergaduhan.
Sebab bila kita tak diberi peluang utk meluahkan ketidakpuasan hati.
Itu yang jadi gaduh lebih besar dan akhirnya,
diri sendiri yang terasa tak guna sangat.

Entry ke laut.
silap hari bulan aku yang ke laut..

Ahad, 27 Mei 2012

Hari ke 4 di HTAR


Hari yang ke-4 sepatutnya sara dah semakin baik tapi
start hari ke-3 aku perasan dia dah mula muntah-muntah
dan mengeluarkan najis yang seakan2 susu basi berminyak..

Aku risau sebab dah macam cirit-birit.
Minum susu terus cirit,
kalau bagi susu banyak mesti terus membuak muntah.
Dokter cakap mungkin disebabkan dos ubat yang tinggi
disamping badan dia yang cuba melawan kuman yang ada.

Tapi hati sapa tak sedih bila tengok anak yang ceria,
aktif jadi pasif. Terbaring je, asik nak tido, berdukung,
lepas tu cepat sangat sentap.
Walaupun bunyi bising yang tidak disengajakan
Sara dah mula melelehkan airmata menangis.

Adik cepat sihat ye..
Mama n baba sayang adik..
Risau nye kami, Tuhan je tau..

Isnin, 21 Mei 2012

Hani Qaisara Admit Wad

19hb Mei 2012 (Sabtu) aku tido dengan Sara, tiba2 aku rasa badan dia panas.
Aku dengar nafas dia macam sangkut sikit.
Pastu aku terus inform Baba, aku bagi dia minum susu semua.
Aku nampak Sara macam releks je tapi tiba2 muntah membuak2.
Terus baba bawa mandi lama2.
Serius bahangnya terasa sampai ke badan aku masa hug dia.

Aku siap bagi makan, terus nk bawa klinik tp dalam 10 minit bergerak
Sara muntah lagi, kali ni aku kesian tengok Sara.
Mata dia dah berkaca2 muntah tapi tak nangis.
Lepas tu terus dia lembik, senyap, mata muka semua terus mendongak ke atas.
Dalam hati aku Sara kena demam tarik ke.

G klinik, klinik teros refer Hospital.Sampai hospital terus ke ICU,
no respont walau sikit pun, mata je terbuka. Takut, risau Allah je tau.
Sesekali aku intai macam2 wayar kat badan dia.
Sara kalau dengan stranger mesti menangis tapi senyap je.
Last dokter bagi 1 suntikan dan ubat bontot.
Lepas tu terus Sara mula menangis.

Lepas selesai di ICU Sara admit wad 6A (Pengasingan).
Sedih aku tengok dia longlai macam tu. Flat macam tu je.

Dokter tak pasti disebab sawan atau ape.
Tapi bagi memastikan adik betul2 takde masalah lain dokter mintak
ambil air tulang belakang sara. For sure baba tak bagi, kesian adik katanya.
Baba kata lepas ni kita cuba berubat kampung.
So cara lain dokter minta buat MRI kepala.
Khuatir ada gegaran otak atau bengkak disebabkan terjatuh atau buaian mesin.


Ni dah sehari dua la. So far dia dah ok. Cuma macam rimas dok dalam katil besi.
Takpe sabar ye dik, mama ade dengan adik.
Cepat sihat ye sayang.

Isnin, 14 Mei 2012

Banting - Jengka - Kuantan - Banting

13hb Mei 2012 (Ahad) aku dan suami merancang nak ke Jengka atas urusan melihat, menengok, mengintai dll sebuah Perodua Myvi.

Pagi bergerak dalam pukul 7.45 pg siap isi minyak, top up Touch N Go, Fhotostat IC terus speed ke Jengka. Alhamdulillah berjalan lancar, walaupun salah keluar Tol, LPT tapi aku ok je. Aku suka jalan-jalan main redah ni, tapi dalam otak dah penuh peta dari Cik Google hahaa.

Dah tengok kereta bagai, we all bincang2 nak speed ke kuantan pulak ke rumah bapak sedara aku. Tanpa ilmu di dada we all lalu jalan dalam/kampung. Tanpa sesat sebab aku ada satu kata2 semangat, selagi kat Malaysia jangan riso tak jumpa jalan pulang, pastu jangan malu bertanya jalan.

Dari Kuantan aku teros shoot ke Banting. Wow heaven ok, aku puas walaupun dalam masa 1 hari je. Cuma disebabkan masa yang suntuk aku tak dapatla singgah2, cuma melihat je. Mulut dah ajak si suami ke Gambang tapi adeeeii lalu je la. Kami sehelai sepinggang je..

Seronok ok. Aku dah lama tak buat kerja macam ni. Last time masa aku anak dara, memang aku redah je Cherating, Kuantan, Freser Hill, Cameron.. Hurmmm, baba jom buat lagi macam ni.. Syok laaaaaaa.. Akhirnya Mayvi tak jadi ambil atas sebab2 meragukan tapi puas sebab dapat jalan have fun.. Lebih-lebih lagi berdua..

Ahad, 29 April 2012

SERONOKNYA KALAU ADA KEMBAR

Paham tak ape yang aku rasa?? Aku rasa sebak dan terasa sempit sume saluran nafas.. Seronokkkan kalau kakak ada bersama.. Nampak comel je bila tengok pict fayyad & Sara..

Isnin, 9 April 2012

Today Is Tuesday, Tomorrow is Wednesday

Nak mulakan kerja adalah sangat malas ok..
Terasa segala anggota badan berat nak melangkah..
Walaupun aku sampai opis jam 7.30 pagi..
Harus melayan perasaan sambil memandu..
Hati dan perasaan belom bersemangat nk berkerja..
Hadeeeeeeeeeeeeeeeeeei..

Tapi esok adalah cuti lagi..
Lalalllaaaaaaaaa.. Cuti..
sebab cuti agong kenapa ye? entah lupe sebab ape..
Tapi yang penting adalah cuti..
Tak sabar nak cuti lagi..
Nak tido sepuas2nya..
Nak tidoo.. Tido.. Tido..

Please..................................
Leave me alone..
I wanna sleappppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp..
Tireddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd..

Full Weekand

Hujung minggu lepas aku adalah sangat busy ok..
Attend kenduri kahwin sebab aku kena rewang (tlg kat dapur)..
Harus aku rajin ok, tapi aku tak boleh terlebih rajin sebab Sara adalah meragam yang sangat.. Stress acik tau..

Selepas 2 hari berpenat di kenduri orang, berita kematian datok kepada suami.
Fine harus busy lagi, walaupun badan adalah sangat flat sangat sebab malam sabtu tu aku rewang ditambah tak boleh tido dek sebab Sara meragam..

Al-Fatihah buat Allahyarham Othman Bin Mat Dom..
Semoga ditenang & terlepas dari seksa kubur serta diberkati Allah..
Atok meninggal disebabkan sakit tua..
Anggota dalaman tidak berfungsi dengan baik lagi..

Kepada keluarga & waris-waris atok aku ucapkan takziah..

Khamis, 29 Mac 2012

Mama Rindu Baba & Sarah


Rindu nya dengan baba n adik..
Ma kena kursus seminggu ni, rasa stress sangat sebab tak dapat peluk adik.
Tunggu ma balim ye, lagi 3 hari je lagi..

Doa kan aku berjaya k, kursus induksi ni.
Aku exam 1 April 2012..
Chaiyok2..

Selasa, 13 Mac 2012

Kehilangan Tragis Insan Yang Disayang

Pada 06hb Mac 2012 (Selasa), bapa kepada ayah serta sepupu aku telah pergi untuk selamanya akibat accident. Al-Fatihah buat Hj Ruslan B Abdul Razak (7* tahun) & Mohd Aidil B Abd Halid (12 tahun).

Sebab lately ni aku sangat tak menghiraukan atok aku sebab mungkin kerana dia pelupa, suka sendiri dan kurang sakit. Aku kurang berborak dengan dia, hanya bertanya kabar dan tiada gurau senda. So stupid, aku harap benda ni jadikan aku pengajaran agar aku tak bersikap bodoh macam ni lagi. Kekesalan memang datang selepas kehilangan tapi aku harap benda ni jadi pengajaran buat aku dan semua.

Pemergian mereka sebenarnya membuka mata aku seluas-luasnya. Ada beberapa benda yang membuatkan aku sedar, betapa aku insan yang lemah. Nak cerita pun buat aku sendiri rasa sangat malu. Biarla aku simpan sendiri.

Kemalangan terjadi di persimpangan jalan sekolah, not sure tapi lebih kurang macam tu la. Aidil minta atok dibawa ke klinik sebab demam. So on the way dalam 2.30 petang tu la mereka menaiki motor dan dilanggar lori 3tan. Ya Allah, atok digilis manakala Aidil tercampak jauh. Tak mungkin Aidil tercampak jauh kalau lori tersebut dipandu perlahan. Atok menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Kecederaan patah 2 kaki, 2 tangan, 4 tulang rusuk & pecah anggota dalaman badan. Ya Allah tempatkan Arwah Hj Ruslan B Abd Razak ditempat orang2 beriman & kau lindungi.

Aidil dibawa orang ramai ke klinik kesihatan berdekatan dalam keadaan kepala terkopak dan hampir terkeluar isi otak. Ibu aku berkesempatan berbual dengan nurse klinik kesihatan yang membantu Aidil semasa hari pengkebumian. Dalam pangkuan seorang hamba Allah, Aidil bertarung nyawa. Mulutnya tak putus menyebut ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH..... Sesekali airmatanya mengalir kesakitan. Ya Allah bertapa azabnya si kecil ini Ya Allah. Sesekali darah membuak keluar dari mulut dan hidung beserta nasi yang dijamah tengahari tadi. Doktor dan nurse di situ memberikan yang terbaik bagi membantu Aidil. Nurse kat situ sempat mengajar Aidil bersyahadah, Aidil ikut dengan bibir tanpa suara katanya. Aidil di bawa ke Hospital dan dalam pertarungan nyawa di ICU, Aidil kalah. Tepat jam 5 petang Aidil menghembuskan nafasnya terakhirnya.

Ya Allah, kau tabahkan lah hati si isteri, si ibu, si bapa, si anak dalam pemergian mereka berdua. Aku tahu Ya Allah perginya mereka dalam syahid.

100 hari sebelum kematian, seseorang itu akan diberi tanda2 kematian. Begitu juga Atok & Aidil, mereka seakan dah tau mereka akan pergi untuk selamanya. Sebak rasanya bila tahu tanda2 pergi nya mereka itu. Sebab kalau kita tahu, mesti kita nak peluk mereka erat dan berbuat baik sebaik yang mungkin kepada mereka. Aku sambung entry ni kemudian ye. Tak tahan pulak rasa hati ni.. Al-Fatihah..

Khamis, 16 Februari 2012

Budaya Kerja Di Malaysia



Semua orang yang dah kerja mesti mengalami banyak dilema dan masalah. Tapi kerja kat Malaysia ni lain sket. Kita punya work ethic agak berlainan berbanding dengan negara lain yang jauh lagi maju dari kita. Kes pandang slack dekat mereka yang rajin dengan alasan "dia nak bodek bos dan cepat nak naik pangkat" tu selalu kedengaran tapi sedar tak sedar sebenarnya the good guy dalam bab tu adalah mamat atau minah yang rajin tu. Aku tak kisah sangat dengan orang yang suka bodek bos.

Aku cuma tak suka dengan orang yang gila kuasa. Takde kuasa pun tapi sebab dia ngam dengan bos, dia rasa dia power.Orang2 macam ni memang agak menjengkelkan aku.

Tapi benda yang paling membimbangkan aku bila aku borak2 dengan member aku yang juga menjadi penjawat awam adalah budaya kerja diorang yang agak ....ridiculous. Bukan sebab kes staff gomen suka curik tulang....pasal ni aku tak nak tulis banyak. Cukup lah aku tulis ada satu masa, Jabatan kat Putrajaya terpaksa hantar pegawai round satu Alamanda untuk cari staff2 yang mengular time kerja dan siap sediakan bas untuk bawak balik diorang ke ofis masing-masing. Mana2 yang rajin, takyah terasa. Mana2 yang mengular...silalah terasa.

Tapi itu bukan point aku hari ni. Point aku hari ni. Kau tak boleh lawan bos walaupun kau tau benda yang bos kau buat tu salah. Memang macam haram aku rasa.

Itulah sebenarnya yang terjadi dalam mana2 sistem organisasi negara kita. Orang yang jaga integriti,jaga value kerja dia akan dipandang slack oleh sesetengah golongan yang dapat benefit daripada salah laku tu. Bukankah sepatutnya kita lebih menghargai orang yang menjaga akhlak diorang semasa kerja? Ya...tapi work ethic kat Malaysia ni...you can't play by the book. You can't play nice. You shouldn't be correcting the wrong.

Tak semua tempat kerja macam tu tapi once kau dah dapat bos yang corrupt, kau akan terpaksa jadi corrupt sama. Betul tak? Mungkin kau tak jadi corrupt atas sebab wang ringgit tapi kau attitude wise, kau still corrupt. Sebab kau tau benda tak betul jadi depan kau dan kau tak nak lawan sebab kau nak jaga perikuk nasik kau sendiri. Aku kalu tersepit tentang hal ni, aku bengang nak mampus. Tu yang jadi nya, aku selalu half day sebab tak boleh bla.

Work ethic negara kita sangat menghargai yes man.

Tapi bukan sekadar yes man sahaja tapi kita orang Melayu sangat menghargai yes man yang angguk kepada semua benda tak kiralah betul atau salah. Nak tengok betapa huduhnya masyarakat kita? Cuba jadi straight man dalam organisasi kau. Cuba bangkang, cuba report, cuba lawan. Kau lah yang akan dipandang slack nanti sebab kau lurus sangat atau dalam bahasa budak sekolah "mat skema."

Kenapa? Entahlah.

Dari zaman aku sekolah lagi kita dah diajar distorted ethics ni. Masa sekolah dulu siapa suka budak yang report benda jahat dekat cikgu? Siapa suka pengawas sekolah? Pengawas sekolah aku yang disukai hanyalah pengawas yang bila dia nampak benda salah jadi,dia join sekali, takpun dia buat lara je.

Macam mana kita nak jadi negara yang beretika kalau dari kecik lagi kita dah diajar...whistleblower adalah golongan yang tidak cool? Kenapa mereka yang trying to do the right things pula yang dipanggil pengkhianat? Shit kan.

Aku kalau bos buat benda yang aku rasa salah, aku takkan buat. Kalau aku kena buat juga, aku akan pastikan bos dah sign awal2 siap cop sekali. So if something happen, please check atas arahan siapa. Tak semua bos corrupt, segelintir je. Bos-bos yang bagus mesti disayangi anak buah. Macam saya, "SAYA SAYANG BOS SAYA".

Rabu, 15 Februari 2012

I hate u PTPTN

Dulu sewaktu mula-mula bekerja, dengan gaji yang sangat sedikit untuk meneruskan hidup selesa, aku gagahkan juga membayar sebulan sebanyak RM50. Pun masih lagi dihujani dengan surat amaran yang datang bulan demi bulan. Gaji aku betul betul sikit. Itu sahaja yang aku mampu.

Entah bila pula, sekali lagi peminjam PTPTN digemparkan dengan penambahan caj perkhidmatan di dalam hutang yang telah kami lakukan. Dengan selamba menambah caj perkhidmatan tanpa segan silu padahal dalam perjanjian yang aku buat semasa mula-mula dulu, tidak dinyatakan lansung akan kos-kos tambahan itu. Celaka.

Menjelang tahun kedua bekerja, aku bekukan pembayaran hutang aku dengan PTPTN. Sebabnya aku nak berkahwin. Setiap bulan sampai waktu dapat gaji, aku akan asingkan sekurang-kurangnya RM500 untuk persiapan kahwin. Sebab aku bukan anak Tan Sri / Datok / Paduka, aku kena juga bantu mak bapak aku.

Setahun aku abaikan PTPTN aku.

Masuk tahun ke tiga aku bekerja, aku sudah pun berkahwin. Dengan kadar kehidupan yang masih terumbang ambing, aku di sahkan pregnant. Tapi aku sambung semula membayar hutang PTPTN aku. Banyak sikit dari sebelum ini, RM100. Itu pun apabila aku periksa penyata, RM37.50 dari RM100 diambil sebagai caj perkhidmatan.

Tahu-tahu sahaja, aku periksa dalam awal 2011, aku telah disenarai hitamkan untuk ke luar Negara. Mungkin kerana aku pernah tak bayar selama setahun. Jadi yang setahun sebelum dan setahun selepas punya bayaran mereka tak ambil kira. Biasalah, nila setitik, rosak lah susu sebelanga.

Tapi bila aku duduk berbual dengan rakan-rakan yang bakal bercuti ke luar Negara, yang tak pernah SATU SEN pun membayar PTPTN, dengan bangganya berkata mereka tidak disenarai hitam kan, aku jadi bengang. Bukan bengang dengan kawan lah. Tapi dalam cerita ni, memang aku bengang dengan PTPTN lah.

Setiap kali kau dikenakan tindakan guaman, korang boleh cek cost lowyer akan meningkat dari RM50 ke RM100 ke RM200. Hishhhh **** betullah.

Pun akan aku usahakan juga nak keluar dari senarai hitam. Tapi macam mana, mana nak kaut RM16k sekelip mata. Bengang aku. Aku dah terfikir nak lump sum kan PTPTN ni, aku dah taknak ada sebarang kaitan dengan PTPTN celaka ni lagi. Sekali pun anak aku nak sambung belajar, akan aku suruh bapak dia cari duit, kalu takde duit tak payah belajar. Melainkn dapat biasiswa. Huh..

Lagi hati aku bertambah panas bila banyak komen dari orang ramai, kalau kita bayar habis sekalipun akan ada hidden cost. Kalu ditanya operator celaka PTPTN dia cakap cost guaman. Ni hati makin panas, dah la nak bayar habis lagi banyak bunyi. Segala urusan lembap makan bulan.

Aku nak cuba tutup PTPTN dengan loan tapi hubby kata tak bagus sebab macam tutup lubang tapi buat lubang baru. Tapi at least hati aku tak sakit, bila tengok statement amount macam tak berganjak. Sekarang aku bayar RM100 / RM150 sebulan, dapat gaji baru nanti aku bayar RM200. PTPTN ingat kita ni kerja 1-2 tahun dah boleh dapat gaji RM6k ke? Tapi kalau aku dah tak boleh tahan, aku akan usahakan macam mana sekalipun.

Sara, mama dah buka buku akaun TH adik for ur future. Mama dah buat potongan gaji terus kat adik. If mama ada rezeki lebih mama extra lagi untuk adik ye. Mama taknak adik belajar tapi kena meminjam macam mama.

VALENTINES DAY

I've never celebrated Valentines with my then boyfriend (now husband) during our 2 year relationship before we got married. We didn't need to exchange gifts, he didn't give me chocolates, teddy bears or roses or out for a romantic dinner.

Yet we made it through and now we have a Maisarah & Qaisarah, and we're very happy. Religious reasons aside, I do not see the purpose of celebrating Valentines. Besides it's not special, not unique, celebrating love on the same day as everyone.

The only 'special' thing about Valentines is the superficial material stuff that comes with catered to that day. A whole opportunity for people to make money and rip off people who believe love should be celebrated in a material form. You do not need material stuff to show or prove that you love someone. That's not the essence of true love. Stupid it's.

So please, tak payahlah nak gedik celebrated. Apa tak cukup bukti cinta korang pada pasangan anda yang anda perlu menyambutnya pada 14hb Februari? Cinta kita kepada Allah bagaimana pula? Renung-renungkanlah. Tapi before aku together2 dengan Hubby, aku pun pernah terlalai and obses dengan valentines day ni. Shitt, Ampunkan Aku Ya Allah..

Selasa, 14 Februari 2012

Safi Rania Gold


Seriusly aku tak pernah pandang produk lain selain Nouvelle Visage since 2006. But lately aku macam terpengaruh dengan testimonal aku terbaca so why not aku tak try.

So untuk percubaan pertama, SRG ni lebih kepada kedutan. Setahu aku kalau pasal kedutan and so on first aku mesti dapatkan Krim Pelembap Malam (RM26.90). Krim malam ni penting untuk proses membaikpulih wajah time kita tido. Untuk memanfaatkan proses semula jadi, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Korang dapat rasa kulit korang lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi. So hasil yang aku dapat dalam 3 4 hari ni, WOW kulit rasa macam lembut dan lembap..









Produk NV dah bersama aku 5 tahun. Produk kat atas ni adalah benda yang wajib ada kat aku. But as u know NV ni a bit expensive tapi berbaloi sebab dia tahan lama dalam 3 bulan. Aku nak try SRG sebab harga yang lebih murah dan mudah dimiliki. Sabun NV RM50 SRG RM14.90, Toner NV RM30 SRG RM14.90, Krim Pelembap Malam NV RM60 SRG RM26.90 and all.. So why not..

Tapi aku rasa aku nak try SRG Krim Pembersih muka RM14.90, Skrub RM14.90, Penyegar/Toner RM14.90. Yang lain aku setia dengan NV sebab Day Cream & Foundation terlalu bagus untuk aku. Mahal pun aku tak kisah sebab dapat tahan lama..

Mesti korang takutkan aku campur-campur. Tapi terpulang korangla, ikut kesesuaian wajah korang. Tapi if aku tak sesuai Sila Katakan Tidak..

korang nak tau kenapa lately ni aku terlalu taksub dengan kecantikan muka?
Harus malu ok, muka aku lepas bersalin memang hancus sebab 9 bulan aku tak menjaga muka. So muka adalah sangat kusam dan menakutkan..

So hopefully wajah i ni berseri-seri balik macam pengantin baru dulu.. Bluerkkk..

Khamis, 9 Februari 2012

Graf Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi



Shared from Blog Peribadirasulullah..

Fadilah Surah Yasin

Rasulullah Saw telah bersabda, “Bacalah Surat Yassin karena ia mengandungi keberkatan”, yaitu:

1. Apabila orang lapar membaca Surat Yassin, ia menjadi kenyang.
2. Jika orang tidak mempunyai pakaian akan mendapat pakaian.
3. Jika orang belum menikah, segera mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan akan hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat, sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surat Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surat Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Barang siapa sembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surat Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Did I'm Gorgeous..

Lately ni aku rasa nak feeling ala-ala gorgeous boleh x..
Semangat nak slim macam Jessica Alba..
Nak gebu macam Tiz Zakiyah..
Mulut nak mungil macam Rosnah Mat Aris??
Ohhh tidak, kalau macam tu kena kawen dengan under age..
Euwwwww.. No Thanks..

Bila la nak pegi Erobik balik ni..
Bagi peluh-peluh berahi ni semua keluar menjurai..
Kalau boleh, biar basah setiap liang roma yang ada..
Bari feel dah kurus, perut ala 6 pax huh!!

B : Did I'm Gorgeous?
Plz say yes dear..
If not..
Give me RM 10K for Slimming Beuty plus 5K for skin treatment..

Takkan dengan bini pun berkira?? LAlallaallaaaaaa....

Isnin, 30 Januari 2012

I'm Getting Fat!



Kalau cakap pasal gemuk je aku stress ok.
Semua baju aku sebelum mengandung TOTAL LOST Hokey.
Kejam kau lemak, kejam sangat. Sanggup kau buat aku macam ni.

Aku sekarang ni rasa down gila sebab berat badan dah naik, kau tahu dulu sebelum mengandung aku timbang selalunye 48 49 kg, tapi sekarang 55 56 kg adeiii.. baru2 ni timbang naik sampai 58, shit! terus stress, asek makan mee suah je...haha! Lepas bersalin aku turun 10 kg je. Bencila, lagi-lagi kalau hubby memanjang cakap aku gemuk macam Spongebob Uwaaaa, badan macam kotak mancis..tak suka langsung..

Seriously aku cuba kawal makan kau tau. Tapi kalu aku makan tak ikut time aku mesti rasa sakit hulu hati lepas tu buat ape pun dah tak boleh fokus. Nasi aku amik dalam kuantiti sedikit lebihkan sayuran (1 hari sekali je), malam makan mee suah tanpa minyak adeiii. Aku rasa mungkin aku mengandung twin so proses aku nak buang babat kat perut tu payah sikt, di tambah aku ni bersalin C-ser. Buat kerja berat sikit, aku mesti terasa berdenyut kat perut bawah.

Tapi setakat ni aku dah boleh pakai 2 jeans lama, tapi mana yang dulu size 27 28 harap maaf, jangan mimpi nak pakai (Aku dah bagi adik aku pun huh).

Azam aku nak cuba dapatkan berat 50 - 53 kg..

Update Jan 2012

Lately aku terlalu sebuk dengan kerja hakiki aku..
So blog pun agak terabai..
Cume baru-baru ni, mak sedara husband aku meninggal..
So hujung minggu sebuk dengan menziarah dan kenduri tahlil..
Al-Fatihah untuk dia, semoga rohnya terperlihara dari seksa kubur dan mendapat lindungan dari Allah..

Aku lately sangat penat, terasa badan ni di paksa berkerja lebih dari kemampuan..
Seronoknya dapat bermanja-manja dengan tukang urut hemmm..
Hubby : Ok je, cuma aku rasa dia penat sebab duit banyak keluar bulan ni.
Dengan WLY problem 2 minggu berturut-turut.
Qaisarah : Ok jew. Dah pandai gelak. Dah pandai buat pondok-pondok. Sweet rasanya kan?

Hopefully hidup aku terus di limpahi dengan kegembiraan dan sentiasa dalam keredhan Nya.. Aminnnnn..

Selasa, 24 Januari 2012

Hani Qaisarah 6 bulan





Alahai anak mama sayang.. Mama sayang adik..
I love u, adik..
I love u so much
I love u very much
I love u much much more..
Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Semangat Cuti Raya Cina

Wahhhh seriously malas nya nak mula kan hari berkerja..
Kan best kalu dapat sambung cuti lagi macam budak sekolah..
Huhhh Choi betollah..

Dah lama tak up date Blog kan?? Masa yang mengekang dan blig yang telah di block kat office so paham2 je la..

Ermmmm tak sabar nak cuti 4 hari lagi, 2 minggu depan lallalaaa...