SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 3 November 2011

MULUT ORANG

Bila terjadi la sesuatu kejadian...contohnya orang tu sakit...ada la mulut orang..

'ha tu sakit sebab banyak dosa la tu..Tuhan nak balas'

Bila orang pegi Haji dan berlaku someting yang tak diingini..

'mesti ada
someting orang tu buat, tu yang dapat basalan'

Bila banjir atau musibah berlaku...

'ha tempat tu memang ramai orang buat dosa sangat, rasakanlah'

ewahhhh....tapi bila kena banjir kat rumah sendiri...tiba2 dah takdir pulak...

takde pulak dia fikir dosa dia, kalau diri sendiri sakit, tak ada pulak fikir dosa sendiri..tapi bila orang lain yang ditimpa musibah...ringan sangat mulut tu nak calculate dosa orang...

Untuk apa? kalau betul pun dia berdosa dengan Allah, kalau betul pun Allah nak duga dia, nak hukum dia, itu cerita dia dengan Allah... tak payah la nak sambung-sambungkan kisah dia..

tak boleh ke, kalau kita tah tau orang tu kena hukuman Allah, kita rasa insaf, dan takut apa pulak hukuman untuk kita...tak boleh ke kita doakan kebaikkan orang tu?

Ramai sangat yang perangai macam ni..contoh la kan...kalau kau ada emak, dan dia pegi haji, tiba2 emak kau sakit kat sana..dan tiba2 ada orang yang kau tak kenal pun berbisik dengan kawan2 dia, tu mesti ada buat salah tu...tu yang sakit tak boleh solat kat sini.

Kadang2 aku dengar, aku yang geram...baru2 ni ada kes yang hamba Allah meninggal sebab jatuh bangunan...innalillahiwainnailaihirojiun...ada jugak mulut yang cakap buat dosa itu ini itu ini, mengucap aku dalam hati... Itu kuasa Allah, dia nak tarik nyawa siapa yang dikehendaki-Nya tak kira hamba dia banyak pahala atau dosa...

Tulah manusia, suka bercakap tanpa berfikir....yang bercakap pun dengar macam lancar, tapi bila dengar semua ayatnya tak boleh pakai....

kepada yang terasa-rasa diri selalu cakap macam tu...fikirkanlah...kalau terdetik dalam hati pun kalau boleh jangan...tapi kalau dah terdetik tu..jangan pulak bgtau semua orang. kalau betul pun kisah silam orang tu buruk, pernah buat itu pernah buat ini, diam je..jadikan pengajaran dalam hidup...tak payah nak war-warkan...tak dapat pahala pun....

Aku ni tak ada la baik sangat, tapi aku tak ada la sanggup nak cakap pasal orang yang aku tak kenal, tak ada la aku sanggup nak kira dosa orang, senyum orang lain kena duga.. Aku yang kecik ni boleh fikir (kecik katatanya..hikhik) takkan la yang lagi tua dari aku tak boleh nak fikir....

adik-adik...dengarlah cakap akak ni..akak tak tipu....kalau tipu pun sikit2 je...lalalalala~~~

Aku tiba2 feeling baik, hehe....Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan