SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 28 November 2011

Janganla Demam Dikkk

Tadi atok ibu call..
Dia cakap badan Sara panas..
Mama dengar je suara Sara merengek..

Aku cakap dedor je kan?? Maybe takde pape..
Tapi ibu cakap, bukan dedor macam biasa tu.
Kali ni panas, nafas Sara pun panas..

Alahaiiii susah hati mama dengar dik..
Mama nak balik, ma dah ambil cuti 3 hari..
Adikkk sabar ye, tunggu mama balik yee..


Akaun Tabung Haji

Hari ni aku dan Sara buka akaun TH dengan harapan
dapat kumpul duit banyak-banyak, pastu boleh pergi Haji..
Wahhh keinsafan datang, bila bank simpanan yang
menyusut dengan rakus lately ni...

So conclution, buka TH pastu deposit melalui potongan gaji..
Potong takla banyak tapi ambil masa 5tahun juga la kalau nk RM10K..
Sara pun aku tak tinggalkan, deposit melalui potongan gaji aku..

Mari la sama-sama kita menyimpan ye dik..
Untuk masa depan kita bersama..

Selasa, 22 November 2011

Harimau

Bila la harimau nak mengaum ni..
Addeiiii lambatnya, takde sebarang tanda-tanda harimau nak muncul ni.
Cepatla cepatla..

Poket acik dah kempis giler nie..
Lalalllaaa hati teringin nak makan KFC..
Lalllaalallaa hati teringin nak beli baju kurung moden coluor Kuning..
Lallaaa hati teringin nak beli tudung baru..
Lalalaa hati teringin nak enjoy tengok wayang..
Lallaaallaaa bila harimau nak mengaummmm..

Ngaummm Ngaummm..

Khamis, 10 November 2011

Nor Hani Qaisarah 4 Bulan

Sara sekarang dah berusia 4 bulan, emm sekejap je kan.
Rasanya baru semalam kawin dengan En Hafiz uwekkkk..
Teheeee..
Semoga anak mama sihat selalu k, Mama sayang Sara..
Fav Sara, hisap semua jari dalam mulut..
Jangan kaki sudahka dikkkkk.. Fingsann..
Kalau Sara senyum, mama pun senyum :)
Sekarang Sara dah ada keinginan nak menyentuh,
so sifat ingin tahu tu dah ada, paling rakus tarik rambut mama,
sakitttt T_T

Balik dari kerja terus ajak baba beli Nappy Liner sebab
mama nak try pakaikan adik lampin kain moden / cloth diaper
Cari kat Butik Fiffy, RM9.** / 120pcs.
CD RM 200 / 10 pcs
Sara ada 10 CD tapi lagi 3 tengah sidai baru lepas cuci.
Harus cuci ok, tak nak la buntut anak nanti nanti ada rash.
Oleh kerana Sara semakin membesar, mama belikan adik baju Oren ni
Very sweet bila Sara pakai, RM39.90
Baju Rabbit Sara hu3.. Around RM 12.**..
Harus beli sebab baju tido Sara dah kuar perut & tak boleh butang addeiiii..
RM 15.** tapi baru perasan pinggang adalah kecik. Hurmmmm..
Wajib beli sebab puting lama macam ada bunga reflisia winnkk
RM 28.** untuk 2 puting..
Rebben adik, comel RM7.90 je....

Actually aku lebih suka membeli barang Sara kat Butik Fiffy,
sebab bagi aku harganya berpatutan.
Takde la aku nak beli baju yang terlalu mahal,
budak cepat membesar so plz jgn membazir..
Sesekali takpe, kalau baba dapat bonus ker??
Nak ke Baba belikan untuk mama sekali??
Babaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Note : Baba ada cakap dengan mama, agak-agaknya bila dia besar nanti ada tak adik belikan baju untuk kita macam kita berhabis untuk sediakan baju dia. Takpe ba ni dah tanggungjawab kita..

Rabu, 9 November 2011

Pengakuan Dirogol di Hot FM

Serius pengakuan perempuan ni buat aku touching.
Mendengar pengakuan dia, aku tau dia kuat.
Aku bersyukur sebab keluarga dia tak blame dia,
sebaliknya bagi dia semangat dan kekuatan.

Dia dirogol oleh sekumpulan lelaki, dalam 20 orang kalau aku tak silap dengar.
Dia dipengsankan semasa kejadian.
Kejadian berlaku di Johor.
Dia dan keluarga buat laporan polis.
Selepas siasatan 2 orang dapat ditangkap.

And dia bawa kes tu ke mahkamah tanpa bawa lawyer bersama.
Si perogol tu bawa lawyer, terang-terang dah takut.
Yang benar tetap akan menang, si mangsa menang kes. Alhamdulillah..
Si perogol dihukum penjara dan perlu membayar gantirugi RM23K kepada mangsa.

Tapi sedih bagi si perempuan, katanya apa gunanya duit kalau
dirinya hilang maruah diri.
Walau bagaimanapun dia puas dan syukur sebab si pelaku telah dapat hukumannya.

P/s kepada anak gadis & wanita :
Adalah baik jika kita menjaga maruah diri sebaiknya, jangan sesekali membenarkan diri hilang kawalan dek kerana cinta atau keseronokan dunia. Keseronokan dunia adalah sementara.

Isnin, 7 November 2011

Qaisarah Dalam Bakul Baju

Time ni aku dalam cuti berpantang lagi..
Sara macam biasa pagi2 lagi dah bangun nak hantar baba keje.
Aku keluar dari bilik tengok anak ada dalam bakul.
What???? Baba ape awak buat ni?
Tapi nak marah tak jadi sebab Sara senyum je,
walaupun duduk dalam bakul baju hahhaaa..

Emm suka hati la korang..
Bergelak berdua, yang Sara ni suka je bila ada orang agah dia.
Time ni Sara baru nak masuk 3 bulan..
Nasibla tulang anak tu kuat Baba oiiii..

Khamis, 3 November 2011

MULUT ORANG

Bila terjadi la sesuatu kejadian...contohnya orang tu sakit...ada la mulut orang..

'ha tu sakit sebab banyak dosa la tu..Tuhan nak balas'

Bila orang pegi Haji dan berlaku someting yang tak diingini..

'mesti ada
someting orang tu buat, tu yang dapat basalan'

Bila banjir atau musibah berlaku...

'ha tempat tu memang ramai orang buat dosa sangat, rasakanlah'

ewahhhh....tapi bila kena banjir kat rumah sendiri...tiba2 dah takdir pulak...

takde pulak dia fikir dosa dia, kalau diri sendiri sakit, tak ada pulak fikir dosa sendiri..tapi bila orang lain yang ditimpa musibah...ringan sangat mulut tu nak calculate dosa orang...

Untuk apa? kalau betul pun dia berdosa dengan Allah, kalau betul pun Allah nak duga dia, nak hukum dia, itu cerita dia dengan Allah... tak payah la nak sambung-sambungkan kisah dia..

tak boleh ke, kalau kita tah tau orang tu kena hukuman Allah, kita rasa insaf, dan takut apa pulak hukuman untuk kita...tak boleh ke kita doakan kebaikkan orang tu?

Ramai sangat yang perangai macam ni..contoh la kan...kalau kau ada emak, dan dia pegi haji, tiba2 emak kau sakit kat sana..dan tiba2 ada orang yang kau tak kenal pun berbisik dengan kawan2 dia, tu mesti ada buat salah tu...tu yang sakit tak boleh solat kat sini.

Kadang2 aku dengar, aku yang geram...baru2 ni ada kes yang hamba Allah meninggal sebab jatuh bangunan...innalillahiwainnailaihirojiun...ada jugak mulut yang cakap buat dosa itu ini itu ini, mengucap aku dalam hati... Itu kuasa Allah, dia nak tarik nyawa siapa yang dikehendaki-Nya tak kira hamba dia banyak pahala atau dosa...

Tulah manusia, suka bercakap tanpa berfikir....yang bercakap pun dengar macam lancar, tapi bila dengar semua ayatnya tak boleh pakai....

kepada yang terasa-rasa diri selalu cakap macam tu...fikirkanlah...kalau terdetik dalam hati pun kalau boleh jangan...tapi kalau dah terdetik tu..jangan pulak bgtau semua orang. kalau betul pun kisah silam orang tu buruk, pernah buat itu pernah buat ini, diam je..jadikan pengajaran dalam hidup...tak payah nak war-warkan...tak dapat pahala pun....

Aku ni tak ada la baik sangat, tapi aku tak ada la sanggup nak cakap pasal orang yang aku tak kenal, tak ada la aku sanggup nak kira dosa orang, senyum orang lain kena duga.. Aku yang kecik ni boleh fikir (kecik katatanya..hikhik) takkan la yang lagi tua dari aku tak boleh nak fikir....

adik-adik...dengarlah cakap akak ni..akak tak tipu....kalau tipu pun sikit2 je...lalalalala~~~

Aku tiba2 feeling baik, hehe....Selamat Hari Raya Aidiladha :)