SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 26 Oktober 2011

Khatan Qaisarah

Deepavali semalam aku dan hubby bawa Sara berkhatan.
Serius, Sara kalau nak jumpa doktor mesti nak melalak. So aku dah gelak dulu, dalam klinik dah melalak buat suspen je tau. Hurmmm Sara berkhatan kat Klinik Azian, kat Tmn Sri Andalas. RM 39 proses khatan and ubat dibekalkan (Ubat tahan sakit).

Khatan ke atas kanak-kanak disunatkan 7 hari selepas kelahiran dan kalau tak dapat hari ke tujuh hari ke 40. Untuk Sara umur nak masuk 4 bulan, almaklumla mama and baba ni sebuk nak menguruskan perniagaan lombong emas kikikiiii.. Matikkk -_-*)

Yang aku tau khatan ni bertujuan menjaga kebersihan, melindungi diri dari penyakit kelamin. Dari sudut perubatan, berkhitan tidak mencacatkan atau mengganggu perkembangan fisiologo kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah (memotong daging yang paling atas mirip dengan balung ayam jantan atau daging sebelah atas vagina). So Sara memang ada darah sikit, and aku cuak sikit sebab Sara kan sbelum ni kerang darah kuning, palet darah yang memastikan darah boleh berhenti bila terluka. Alhamdulillah setakat ni luka tu nampak elok je.

Khatan kanak-kanak ni, memang sakit sebab ia di tempat yang paling sensitif tapi luka yang sedikit akan cepat sembuh. Walaubagaimana pun pahala dan manfaatnya sangat banyak sekali. Antaranya menstabilkan syahwat kanak-kanak itu apabila besar kelak. So adik kawal diri, hahhaahhaa..!!!

Dari sudut Islam :
* Khatan ke atas budak perempuan ni tak wajib. Di negara kita Malaysia, berkhatan bagi kanak-kanak perempuan yang beragama islam adalah dibuat mengikut prinsip yang berlandaskan agama Islam.
* Ia tuntutan fitrah dan satu syiar Islam serta tuntutan syarak Nabi Ibrahim s.a.w.
* Membezakan individu Islam atau bukan Islam. Namun orang bukan islam pun sudah mula berkhatan.
* Merupakan satu ikrar penghambaan kepada Allah untuk patuh kepada perintahNya dan tunduk kepada hukum dan kekuasaanNya.

Dari sudut kesihatan :
* Membersihkan kemaluan, memperelokkan kemaluan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika bersama suami.
* Mengawasi tenaga batin dan memelihara daripada mengalami penyakit kelamin, kenser dan lain-lain.

Dr Fadzilah berkata, ada sebuah hadis daripada Anas b Malik mengatakan bahawa Rasullullah SAW menegur Ummu 'Athiah Radhiallahu' anha dengan bersabda, maksudnya,
" Apabila engkau mengkhatankan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhir) dan janganlah engkau berlebih-lebih dalm memotong, kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami."
(Hadis riwayat Ath -Thabrani).

P/s : Untuk anak Mama, Mama harap adik pandai jaga diri k. Takde ape yang menggembirakan ma dan ba jika adik sebagai anak pandai memelihara maruah adik sebagai perempuan serta keluarga. Besar pengharapan ma dan ba kat adik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan