SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 31 Oktober 2011

1st Anniversary Wedding

Rancangan nak menyambut 1st Anniversary (1 Oktober 2011) ni,
harus datang dengan tiba-tiba.
Harus esok nak pergi, petang bincang, malam booking hahhaaaa gilerkan.

Mana yang mudah, dekat dan happy.
So aku suggest Gold Cost Morib, 2 hari 1 malam.
1 - 2 Oktober 2011 / Sabtu - Ahad
Saja nak relaks kan diri bersama-sama winkkkkkk..
Sara adalah tinggal sob sob sob, aje memanjang dok ingat dia jer.
Sengalkan? kata bercuti tapi ajak B balik ambil Sara, hahhahhaaaaaaa..
Aku apply bilik Studio Suite, katil king size.
Fhewww very comfort, nyenyak tido ngehhhh.
Ni waterpak dia, kalau ko menginap di hotel,
ticket adalah termasuk dalam package.
Aku dan b mandi-manda tak lama pun sebab macam penat,
hahaa maklumla aku mana boleh lasak sangat,
baru lepas c-ser bersalin kan.
Ha, ni jakuzzi dia.
Aku ambil pict kat orang sebab aku lupe nak ambil.
Aku letak pict XXX nanti, ajer gile jadinye.
Harus seronok ok, aku fist time masuk dalam tab ni.
2 kali round, best lagi-lagi ada buble hehhe..
Main buih-buih sabun, bagaikan puteri lalallaalalaa.
Hahhaa ni muka tak sabar nak masuk tab mandi ni.
B : Sayang nanti kita buat bilik air macam ni yer
Syg : Ok tapi takyah la ada jakuzzi bagai
B : Ada jakuzzi la best, boleh tengok tv dalam air
Syg : ?????? What the?
Saje nak tunjuk tangan yang ada barang kemas.
Syg : Ishhh hitamnya tangan b?Macam tutttt
B : B gelap sebab cari rezeki untuk anak isteri b tau
Syg : Okeyy (Tawadukkkkkk).. -_-*

Malam we all makan Seafood kat luar,
Malam adalah hujan dan merengek nak makan tom yam panas.
Tom yam pulak rasa hancus, layak curah kat pokok getah je.
Serius aku tak makan, TOM YAM = MANIS, WTF??
Time breakfast time dari pukul 7 hingga 11 pagi rasanya.
Memang banyak pilihan, sampai tak terpilih rasanya.
Breakfast aku tak dapat makan banyak sebab perut memulas.
So no pict, sorryyyy.
Memikirkan bila dapat datang lagi, dapat relaks-relaks macam ni.
Hurmmmmmm..

Syg : B tiap-tiap tahun kita kena bercuti k.
B : Nak bercuti selalu tak dapatla
Syg : Atleast 1 kali setahun setiap 01 Oktober
B : Okey, jom balik cari duit lagi
Syg : Adeeiiiiii *_*)

Ahad, 30 Oktober 2011

Belas Kasihan Antara Haiwan & Manusia

Ape yang korang paham bila tengok beza 2 pict kat atas ni.
Rasa bodohkan bila tengok manusia2 yang tak berhati perut.

Bila aku tengok berita TV3 tentang budak tu,
aku cepat-cepat pergi tengok sara dalam buaian.
Rasa sedih yang amat, dah la diabaikan orang sekeliling,
dilanggar buat kali ke dua T_T.
Mana hilangnya belas kasihan mereka sebagai manusia.

Dalam hati aku harap budak tu mati,
sebab aku tau kalau hidup pun dia terseksa.
Haiwan kat atas ni pun lebih mulia, walaupun dia tak dikurniakan akal.
Manusia dibagi akal tapi tak guna.

Khamis, 27 Oktober 2011

Remuknya Rasa Hati

Remuk rasa hati ni, sakit rasanya bila aku tengok balik pict lama ni.
Rasa macam nak melaung pun ada.
Aku ingin sangat tengok kakak dengan adik.
T_T

Terus sayu je rasa hati ni.
Rasanya sanggup nak rasa balik perut ni sakit bila anak-anak
mama bergerak-gerak dalam perut mama.
Walaupun menitis airmata mama menahan senak dalam perut.
Walaupun menggigil-gigil badan mama menahan sakit.
Bergelembung, benjol-benjol perut mama bila kakak dan adik bergerak.
Mama sanggup...........
Mama sanggup...........

Ya Tuhan,
Kalau kau berikan aku peluang sekali lagi untuk mengandung. Kau berikan lah aku anak kembar, dan kau berikan lah aku peluang itu.

Rabu, 26 Oktober 2011

Khatan Qaisarah

Deepavali semalam aku dan hubby bawa Sara berkhatan.
Serius, Sara kalau nak jumpa doktor mesti nak melalak. So aku dah gelak dulu, dalam klinik dah melalak buat suspen je tau. Hurmmm Sara berkhatan kat Klinik Azian, kat Tmn Sri Andalas. RM 39 proses khatan and ubat dibekalkan (Ubat tahan sakit).

Khatan ke atas kanak-kanak disunatkan 7 hari selepas kelahiran dan kalau tak dapat hari ke tujuh hari ke 40. Untuk Sara umur nak masuk 4 bulan, almaklumla mama and baba ni sebuk nak menguruskan perniagaan lombong emas kikikiiii.. Matikkk -_-*)

Yang aku tau khatan ni bertujuan menjaga kebersihan, melindungi diri dari penyakit kelamin. Dari sudut perubatan, berkhitan tidak mencacatkan atau mengganggu perkembangan fisiologo kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah (memotong daging yang paling atas mirip dengan balung ayam jantan atau daging sebelah atas vagina). So Sara memang ada darah sikit, and aku cuak sikit sebab Sara kan sbelum ni kerang darah kuning, palet darah yang memastikan darah boleh berhenti bila terluka. Alhamdulillah setakat ni luka tu nampak elok je.

Khatan kanak-kanak ni, memang sakit sebab ia di tempat yang paling sensitif tapi luka yang sedikit akan cepat sembuh. Walaubagaimana pun pahala dan manfaatnya sangat banyak sekali. Antaranya menstabilkan syahwat kanak-kanak itu apabila besar kelak. So adik kawal diri, hahhaahhaa..!!!

Dari sudut Islam :
* Khatan ke atas budak perempuan ni tak wajib. Di negara kita Malaysia, berkhatan bagi kanak-kanak perempuan yang beragama islam adalah dibuat mengikut prinsip yang berlandaskan agama Islam.
* Ia tuntutan fitrah dan satu syiar Islam serta tuntutan syarak Nabi Ibrahim s.a.w.
* Membezakan individu Islam atau bukan Islam. Namun orang bukan islam pun sudah mula berkhatan.
* Merupakan satu ikrar penghambaan kepada Allah untuk patuh kepada perintahNya dan tunduk kepada hukum dan kekuasaanNya.

Dari sudut kesihatan :
* Membersihkan kemaluan, memperelokkan kemaluan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika bersama suami.
* Mengawasi tenaga batin dan memelihara daripada mengalami penyakit kelamin, kenser dan lain-lain.

Dr Fadzilah berkata, ada sebuah hadis daripada Anas b Malik mengatakan bahawa Rasullullah SAW menegur Ummu 'Athiah Radhiallahu' anha dengan bersabda, maksudnya,
" Apabila engkau mengkhatankan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhir) dan janganlah engkau berlebih-lebih dalm memotong, kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami."
(Hadis riwayat Ath -Thabrani).

P/s : Untuk anak Mama, Mama harap adik pandai jaga diri k. Takde ape yang menggembirakan ma dan ba jika adik sebagai anak pandai memelihara maruah adik sebagai perempuan serta keluarga. Besar pengharapan ma dan ba kat adik.

Ahad, 23 Oktober 2011

Sara merengek, buat hal..

Kenapa dengan Sara mama nie.
Kenapa asek merengek je nie.
Baba & Mama dah penat sangat,
Sara tak penat ke asek menangis jew??

Pampers dah tukar, perut xkembung,
susu dah bagi, buaian dah henjut,
Yasin dah 10X baca, Ayat Kursi dah hembus laju-laju,
Hantu ape yang kaco ko ni dikkk..
Meh mama lempang dia, berani nak kacau anak mama..

Sian Sara mama nie.
Kena marah dengan Baba yew.
Yela Baba nak work esok, mama dukung pun adik nangis lagi.
Sian mama tengok berjurai-jurai airmata adik pelok mama.
Mama rasa adik nak dapat akal ni.
Takpe la dik ye, jangan la buat hal macam tu lagi.
Baba & Mama nak work, cari duit untuk akikah adik,
cukur jambul adik, nak beli nisan untuk kakak.

Mama baring sebelah adik,
tepuk adik pelan-pelan baru adik nak tido.
Mungkin sebab adik dah penat menangiskan??
Sory ye dik mungkin Baba & Mama belum pandai jaga adik.
Nanti malam mama tepuk adik tido lagi ye..
Tapi adik janji jangan nangis buat hal lagi ye..
Baba & Mama sayang adik selalu..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Nokia E5

Aku macam terpikat je dengan hp kat atas ni.
Aku macam like like je kat button dia.
Pastu meni dalam dia yang ala-ala komputer.
Harga takla mahal sangat,kira ekonomi lagi la
kalau nak dibandingkan dengan BlackBerry -_-*
Adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
Ade sape-sape nak bagi tak huhuhuhuuuu..
Encik Hubby ker, ermmm peminat peminat ker..
Auchhhhh!!!!..

Ade gak yang cakap sape pakai hp ni untuk orang
yang tak mampu nak pakai BB..
Lantak ko la kan, aku mintak duit ko ker??
Ko susah ke kalau aku pakai hp ni pun..
Blaaaa..

Ni hp aku sekarang,
aku pakai memang berbaloi-baloi..
Baling hanjing pun Okey lagi tau.
Berapa tahannya hp ni.
So aku adalah sangat sayang kalau nak tolak hp ni tau..
Dah berzaman aku pakai hp ni..
Dari bila ek???
Alamak serius aku tak ingat..

Hurmmm nak beli ke tak nak..
Nak
Tak Nak
Nak
Tak Nak
?????????????????

Rabu, 19 Oktober 2011

SURAT KEPADA

Aku nak share satu surat seorang lelaki kepada future wife dia.
Surat dia ni untuk mencari jodoh, tapi tak tau la kalau ada yang sudi.
Dia nak future wife dia seorang yang perfact, tak salah nak yang perfact.
Memang hak dia la kan -_-*
Gadis-gadis sure cabut lari tak cukup tanah kalau jumpa lelaki macam ni.
Hahaaaa.. Aku yang dah kawin pun, syukur sebab tak jumpa dengan dia.. Adeeiii..

Kehadapan my future wife(s)

I menulis surat ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca surat ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan
..

Jumaat, 14 Oktober 2011

New Handbag

Handbang baru..
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa..
RM 150.00 berbaloi atau tak???

Happy Bithday SSA Ke-25

Baru sekarang aku nak update kann.
Kerana diriku sangat busy XOXO..

Nie sambutan bufday aku dari En. Suami terchenta.
Sambutan aku adalah serba sederhana,
yang mementingkan kegembiraan dan enjoy huhu..

Tengahari tu, b dah janji nak bawa jalan.
So dalam kul 1.30 ptg, b sampai dengan suprise.

Tadaaaaaaaa 8 kumtum bunga Ros.
Pastu ade bunga purple tu, Katanya bermaksud
Dont Forget Me..
-_-* takkan lupe lorrrrr..
Actually dah lama aku nak bunga see bertapa gumbiranya aku.

Anak aku tinggalkan dengan ibu sebab
nak tengok wayang Johnny English (Superb OK)..
Aku gelak nak mati, sampai tak fikir orang sekeliling.
Lantakko la, aku pun bayar, Sit Couple tau..
Huh angkuh la konon, bagi can la..

Before tengok wayang aku makan dulu..
Dah habis pusing kawasan makan kat JJ Bukit Tinggi tu
Last masuk kat Kenny Roges..
Hubby like it huuhhuuuu..
Me like too..

YANG PENTING,
AKU SANGAT-SANGAT SERONOK SATU HARI TU.
DILAYAN SANGAT MANJA..
Suke suke suke..

Khamis, 13 Oktober 2011

Hubby Bufday

14 Oktober 2011 (Jumaat)

Bufday Hubby..

Nak bagi hadiah ape??
Ermm tak tau la..
Kalau bagi coklat, sweet tak Ngeeeee..

Kalau bagi Kiss.. Upsss..

Rabu, 12 Oktober 2011

ISTIDRAJ = Pemberian Nikmat Tuhan

Istidraj..
Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Isnin, 10 Oktober 2011

Mertua VS Menantu

Ha story ni takde kena mengena dengan sesiapa.
Cume sekadar berkongsi gosip di office yang ceria ni.

Bagi korang yang berkahwin pernah tak korang rasa mak mertua korang terlalu membela anak dia.
Tak kira apa la yang yang berlaku dalam family anak dia, anak dia gak yang betul.
Salah ke betul anak dia gak betul.
Bila salah tu jatuh kat anak dia, semua yang salah tu akan jadi POSITIF.
So menantu adalah WRONG (Macam kena hukum gamtung ok rasanya).

Korang akan perasan bila anak yang lain ada problem, si menantu juga yang salah.
So yang kena berubah sikap adalah menantu, walaupun sikap si anak tu yang harus berubah.
So anak menantu yang lain kalau dengar, tak ke kecil hati.

See STRESS ok dapat mertua macam tu.
Tapi as a menantu ko kena REDHA dan SABAR je la.
Tu kan anak dia, so korang kena bersikap BEHAVED dengan mertua macam ni.
Takyah la nak bercerita sikap yang tidak-tidak kat mak dia.
Ha nanti kau juga yang salah, ko simpan je la kat dalam hati.
KUNCI MULUT tu.
Kalau tak boleh tahan cerita dengan pokok.

Actually mertua tak perlu nak membela anak-anak kesayangan tu.
Benarkan si anak dan menantu, belajar menjalani hidup berkeluarga tu sendiri.
Kesian kat anak menantu yang kecil hati dengan sikap mak mak ni.

Bagi menantu pulak, korang janganla ambil hati sangat
kalau dapat mertua yang macam ni.
Kita yang MUDA kena bersikap POSITIF, kita yang muda ni
dah terdidik dengan bahan bacaan yang bagus, ilmu agama, dunia, moral dll.
So kita harus bersikap lebih WAJAR dan TENANG dengan situasi ni,
jangan MERUNGUT sampai nak rabak mulut.
Kena ingat "SYURGA TU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU".

Dan menantu-menantu jangan ingat semua Mertua bersikap macam tu.
Ada juga mertua yang bersikap tidak terlalu membela,
lebih TENANG dan bersikap adil dengan anak menantu.
Tapi kalau menantu dah macam hantu perangai,
memang patut la mertua tu memanjang PROTECT anak dia je.

P/s : Yang Muda Hormatkan Yang Tua, Yang Tua Sayangi Yang Muda.. Winkkkk..

Ahad, 9 Oktober 2011

Mama Rindu Qaisarah

Mama rindu sangat dengan Sara..
Hari-hari mama nak balik awal, nak bucuk-bucuk dengan
Sara mama nie..

6 Okt 2011 (Khamis), Sara kena inject 3 bulan.
Sara mesti tido kalau nak inject.
Bila kena injection melalak macam orang kena dera.
Baba kata Sara ni pandai berlakon, macam mama hahahaa.
Cian anak mama..

Mama sayang Hani Qaisarah..
Mama sayang Hani Maisarah..

(Mama takkan lupa Hani Maisarah,
doa mama sentiasa ada untuk kamu sayang)